Friday, September 12, 2014
TEKS PENGACARA SEMINAR INTEGRITI UNTUK PENDIDIK (SCRIPTED WELCOMING ADDRESS)
TEKS PENGACARA
SEMINAR INTEGRITI
SABTU: 13 SEPTEMBER
2014 / 17 ZULKAEDAH 1435
Assalamu
alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam
sejahtera dan selamat pagi
Majlis
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dengan iringan muzik.
Hadirin
diminta bersedia.
:::::::
Majlis
diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al-fadil Ustaz Safwan bin
____________________ dari SMK St. Michael, Ipoh. Dipersilakan.
:::::::
Jazakallahu
khairan kathira Ustaz Safwan.
Seterusnya,
acara bacaan ikrar integriti diketuai oleh wakil SMK Rapat Setia, Ipoh, _________________________________.
Dipersilakan.
:::::::
Terima kasih
atas bacaan ikrar yang suci hati.
Hadirin
dipersilakan duduk.
Pekan sari di hujung sana
Singgah sebentar menghibur hati
Pertemuan kita sangat bermakna
Memacu kerjaya penuh integriti
Yang
dimuliakan tuan penceramah seminar integriti warga pendidik (SIWP), Yang
Berusaha Puan Loh Wei Seng, pengetua cemerlang SMK St. Michael, Ipoh, Yang
Berusaha Puan Hajjah Siti Zabidah binti Setia, pengetua SMK Rapat Setia,
penolong-penolong kanan, guru kanan dan guru selaku peserta seminar integriti warga
pendidik sekalian. Terlebih dahulu, bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan
kehadiran tuan puan ke dewan SMI pada pagi ini dengan suci hati demi
meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, khususnya bagi
kita yang berkecimpung dalam bidang pendidikan. Kebetulan, isu-isu berkaitan
dengan pendidikan memang sentiasa diberikan perhatian maksimum oleh semua pihak
yang berkepentingan. Terkini, warga pendidikan sedang berhadapan dengan ujian integriti
yang sangat getir, iaitu kebocoran kertas soalan UPSR dan pengenalan sistem pentaksiran
yang diperbaharui. Hakikatnya ialah segala amanah keguruan yang kita galas terkait
dengan ukuran integriti sepanjang masa.
Tuan puan
yang dikasihi,
Sebelum saya
memperkenalkan penceramah seminar, izinkan saya menggariskan beberapa peringatan
untuk sama-sama kita patuhi dan akur sebagai peserta seminar integriti. Pertama,
marilah kita beri tumpuan dengan suci hati terhadap penyampaian input tentang integriti
oleh penceramah. Kedua, mohon menggunakan mod senyap untuk telefon bimbit.
Ketiga, peserta hanya dibenarkan keluar sebentar daripada majlis atas urusan
kecemasan dan perlu sahaja. Keempat, sama ada peserta boleh mencelah untuk
pertanyaan semasa sesi ceramah terpulang kepada budi bicara tuan penceramah. Insya-Allah,
tuan puan bakal menghargai tuan pencermah kita yang memang pakar dalam andragogi
bagi menghadapi khalayak dewasa di dewan ini.
Tuan Haji
Mohamed Shafie bin Abdul Karim memperoleh ijazah asas dalam bidang ekonomi dari
Universiti Kebangsaan Malaysia, diploma pendidikan dari Universiti Malaya,
diploma psikologi kaunseling dari UKM dan sarjana pendidikan kaunseling juga
dari UKM. Memulakan kerjaya keguruan pada tahun 1988 di SMK Beauford, Sabah
sebebelum kembali ke semenanjung 3 tahun kemudian. Telah dinaikkan pangkat
sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2004, penolong Kanan Hal Ehwal
Murid (2006) dan Penolong kanan (2009). Bintang Tuan Haji Shafie sebagai
pemimpin pendidikan terus cemerlang apabila dilantik sebagai Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah Hilir Perak pada tahun 2011. Kini, beliau sebagai pengetua di
SMK Abdul Rahman Talib (Smart) Teluk Intan.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abdul Karim
menyampaikan slot ceramah pertama: Pelan Integriti Nasional.
::::::
Terima kasih
Tuan Haji Mohd shafie bin Abdul Karim atas slotcermah pertama sebentar tadi.
Majlis berhenti rehat selama lebih kurang setengah jam. Mohon peserta sekalian
kembali ke dewan ini untuk slot ceramah kedua yang akan bermula pada pukul ____
pagi.
:::::::::
Assalamua
alaikum warahatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Semangat peserta masih berapi
Slot kedua kini menanti
Tanpa melengahkan
masa, sekali lagi majlis mempersilan Tuan haji Mohamed Shafie bin Abdul Karim
menyampaikan ceramah SIWP slot kedua bertajuk: Integriti Dalam Pendidikan. Dipersilakan.
:::::::::
Demikian
tadi ceramah slot kedua SIWP. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan penceramah.
Terima kasih dan tahniah kepada peserta yang sangat sabar dan suci hari untuk bertahan
dalam majlis. Mudah-mudahan input ilmu yang disampaikan dan diterima akan
meningkatkan integriti keguruan sebagai kekuatan untuk mengharungi cabaran
persekitaran pendidikan yang tidak pernah berhenti, insya-Allah. Terima kasih
juga kepada jawatankuasa penganjur kedua-dua buah sekolah, iaitu SMK ST.
Michael dan SMK Rapat Setia. Panjang umur murah rezeki, kita bersua lagi.
Majlis
bersurai. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tq so much sb membantu saya utk mencari idea utk tugasan yg akan kami laksanakn sabtu ini..pengacaraan majlis seminar integriti warga pddkan.
Post a Comment