SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 10, 2019

KIJANG YANG LELAH SAJAK TINGKATAN 3 (OLD AGE PROBLEM)


Pengenalan

Dimuatkan dalam antologi Bintang Hati, muka surat 9. Terdiri daripada 4 rangkap yang tidak sama panjang, kecuali rangkap dua dan rangkap 3 yang mengandungi 5 baris setiap satunya. Penulisnya, Ustaz Wan Marzuki bin Wan Ramli, 48, lulusan pengajian Islam UKM dan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Pada amnya, sajak menggambarkan keperitan hidup seekor kijang tua.

Perbincangan rangkap demi rangkap:

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

Kekuatan suara sang kijang semakin lemah sejajar dengan usia yang sudah lanjut dengan tenaga yang merosot dalam persekitaran hutan tebal itu. Sang kijang bukan lagi hebat bersaing atau lincah bergerak di kawasan penuh tumbuhan itu.

Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap.

Pada ketika itu sang kijang berasa sedih di dalam jiwa. Keyakinan diri mula pudar, manakala kekuatan dalam dirinya juga tewas. Semangat untuk bertahan kini tinggal harapan yang tipis.

Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga

Sang kijang masih berusaha untuk kembali gagah dalam baki usia yang singkat. Dia perlu melawan perasaan serik kepenatan yang mencengkam dirinya segenap segi.

Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.

Sang kijang lebih waspada mengatur langkah kerana khuatir tersangkut kaki pada akar pokok dan perangkap yang dipasang (oleh pemburu). Walaupun dikuasai keyakinan diri yang merosot, sang kijang terus juga bergerak di hutan tebal yang semakin redup. Di sudut hatinya yang dalam, sang kijang berbekalkan azam yang kukuh dan sabar sambil melangkah dengan bijak dan matang. Akhirnya, sang kijang berjaya menghilangkan rasa lemah untuk bergerak seperti biasa.

Mingguan Malaysia,
Utusan Publications &
Distributor Sdn. Bhd.

Tema


Perwatakan


Nilai murni


Persoalan


Pengajaran


kbat

No comments: