SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 7, 2019

LAPORAN RINGKAS GURU BERTUGAS 2019 SEMASA PERHIMPUNAN (HOW TO ADDRESS USING A RIGHT POSITIVE TONE TOWARDS EVERLASTING RAPPORT)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi dan salam sejahtera

Terima kasih (  ________  selaku) pengacara majlis

Yang Berusaha ____________________________
Pengetua SMK ____________________________
Yang Dihormati Penolong-penolong Kanan
Guru kanan, guru,
Pemimpin pelajar
Dan seterusnya warga SMK ___________________ yang dikasihi sekalian

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi dengan Inayah dan Kurnia-Nya kita berkesempatan berhimpun pada pagi yang indah ini. Marilah sama-sama kita betulkan semula niat kita supaya mengikhlaskan diri kepada-Nya semata-mata. Mudah-mudahan segalanya menjadi amalan mulia dan ibadah. Insya-Allah.

Saya, ____________________, bersama ___________________ dan ________________ ialah guru bertugas minggu _________ persekolahan, iaitu antara __ hingga__ Januari yang lalu. Berikut saya sampaikan laporan ringkas tentang dapatan, pemerhatian dan syor untuk penambahbaikan persekitaran pembelajaran terbaik yang dihasratkan.

Pertama, dari sudut disiplin. Pada keseluruhannya baik dan terkawal. Tahniah kepada 99% pelajar yang berjaya tiba awal ke sekolah. Kepada baki satu peratus lagi mohon mantapkan lagi perancangan perjalanan ke sekolah. Boleh rujuk guru kaunseling untuk panduan pengurusan masa yang berkesan.

Kedua, tentang kebersihan. Tahniah juga kerana boleh diberi penarafan terbaik. Hanya satu peringatan, iaitu bakul sampah hendaklah dikosongkan dari masa ke masa tanpa menunggu waktu balik.

Ketiga, pengurusan bilik darjah. Susunan kerusi meja hendaklah mengikut PAK 21. Ketua kelas disarankan supaya berbincang dengan guru kelas masing-masing ke arah itu. Begitu juga cara susunan beg dan bekas minuman.

Pendek kata, budaya sekolah yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan dan keunggulan pembelajaran, iklim sekolah yang kondusif dan semangat kerjasama yang tuntas akan dapat dikekalkan sebagai penanda aras yang bersifat terbuka untuk penambahbaikan.

Sekian laporan guru bertugas.

Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments: