Monday, June 14, 2010
PELAJAR CEMERLANG EKONOMI JAYAKAN PENGAJARAN SEBAYA (GRADE A STUDENTS SHARE LEARNING SECRET)
Sejak bertugas di SMK St Michael, Ipoh (SMI), kelas kendalian penulis blog (PB) belum pernah gagal mencatatkan pencapaian gred A dalam mata pelajaran Ekonomi STPM saban tahun. Walaupun peratus lulus penuh mengalami prestasi naik turun, pencapaian pelajar gred A mempunyai signifikan yang tertentu. Pelajar-pelajar gred A boleh dikatakan akur akan saranan PB yang dikemukakan dari masa ke masa.
Kohort calon STPM 2010 kendalian PB ialah kelas UA3 dengan 28 orang pelajar. Selaku guru tingkatan, PB lebih mengenali mereka menerusi urusan data setiap pelajar. Sememangnya segala data pelajar diklasifikasikan sebagai peribadi dan sulit (private and confidential), serta tidak boleh dihebahkan.
Peperiksaan pertengahan tahun telah berlalu kira-kira seminggu sebelum cuti pertengahan tahun. Analisis keputusan pencapaian setiap mata pelajaran bakal menjadi asas program kecemerlangan dan program sifar F. Masih ada masa untuk meningkatkan pencapaian akademik SMI dalam peperiksaan STPM 2010.
Bagi mata pelajaran Ekonomi, 3 orang pelajar UA3 telah mencatat gred A. Mereka ialah Chin Chooi Han, Foo Jen Huey dan Ivan Tan Yee Wun. Walaupun mutu penulisan jawapan mereka masih ada ruang untuk penambahbaikan, namun sekurang-kurangnya mereka bertiga telah membuktikan bahawa tumpuan terhadap pembelajaran di bilik darjah, di samping latihan bersendirian telah menunjukkan hasil.
Kaedah terbaik belajar ialah dengan mengajar orang lain. Maksudnya, apabila seseorang pelajar sudi berkongsi kebolehannya dengan rakan, dia dapat menguji sama ada penjelasan yang diberi dapat diterima oleh orang lain. Dari situ dia akan mendapat input pandangan kedua tentang bentuk penjelasan yang lebih baik dan mudah.
Pendekatan pengajaran sebaya (peer teaching) boleh menjadi pelengkap keberkesanan pengajaran guru. Rakan sebaya boleh menggunakan contoh pengalaman mereka sendiri sebagai alat pembentukan konsep yang lebih abstrak. Aktiviti pembelajaran secara bersahaja dan santai akan mengurangkan perasaan bosan terhadap dunia konseptual, teori dan hukum.
PB pernah menggunakan pendekatan pengajaran sebaya semasa bertugas di SMK Seri Perak, SMK Sungai Sumun, SMK Seri Muara, Sultan Abdullah, SMK Seri Kota dan SM Teknik sebelum ini. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan awam menjadi bukti. Antara mata pelajaran kendalian PB yang mencatat 100 peratus lulus penuh (prinsipal) ialah Bahasa Melayu, Ekonomi, dan Pengajian Am.
Pengajaran sebaya bukanlah satu kaedah cuba jaya tanpa sebarang latihan kepada pelajar yang diserahkan peranan berkenaan. Pelajar yang dikenal pasti berkeupayaan sebagai pemudah cara program akan diberi pendedahan asas tentang konsep, serta aplikasi pengajaran sebaya dalam konteks persekitaran pembelajaran yang akan dihadapi. Guru bertindak sebagai mentor utama program berkenaan.
Modul pengajaran sebaya boleh dilaksanakan secara berkala, atau secara sekali gus dalam program kem pembelajaran. Matlamat dan objektif yang digariskan biarlah berpatutan, tetapi mampu membawa transformasi dalam pembelajaran pelajar yang dipilih khas. Keikhlasan, kerjasama, kesabaran dan kesungguhan bagaikan mata rantai yang menggerakkan sebuah jentera yang pada mulanya pegun...
Sunday, June 13, 2010
KOTA KENANGAN ("NEWCASTLE" NOSTALGIC)
Tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain. Ujaran klasik berkenaan berkait rapat dengan kecenderungan setiap insan menelusuri akar umbi dan susur galur perjalanan sejarah peribadi hidup masing-masing. Maka, tempat kelahiran dianggap sebagai sangat penting justeru di situ detik pertama seseorang membuka kelopak mata memandang dunia penuh pancaroba yang bakal ditempuhi.
Selalunya anak murid kelihatan kaget dan memaparkan wajah tidak percaya apabila penulis blog (PB) memberitahu bahawa Newcastle ialah tempat lahir PB. Wah, cikgu lahir di United Kingdom? Ada yang sampai berkerut dahi menampakkan garis curiga tanda tidak setuju.
Biasanya PB membiarkan murid berteka-teki sebentar sebelum menggamatkan kelas dengan kata-kata bahawa Newcastle sebenarnya ialah versi Inggeris bagi Kota Bharu. Oh, cikgu oghe Kelate! Namun, pelik juga kerana percakapan cikgu langsung tidak ada lenggok negeri Cik Siti Wan Kembang.
Kemudian, PB menjelaskan Newcastle memang di England, tetapi nama bandar yang sama terdapat di Amerika Syarikat dan Australia. Peneroka benua Amerika Utara dan Oceania membuka petempatan baru dengan menggunakan nama tempat asal mereka di England. Maka, Kota Bharu tidak semestinya milik mutlak Kelantan, bahkan mungkin terdapat di Indonesia!
Kota Bharu terletak lebih kurang 35 kilometer daripada bandar raya Ipoh menghala arah selatan. Jika bergerak dari Ipoh akan melewati pekan Gopeng terlebih dahulu, melepasi balai polis dan balai bomba di sebelah kanan, bersedia mengambil laluan paling kanan sebelum menemui lampu isyarat kedua. Setelah membelok ke kanan, perjalanan akan menempuhi kawasan petempatan Kopisan dan Lawan Kuda, sebelum bertemu Kolej Matrikulasi, serta sekolah berasrama penuh integrasi.
Kemudian, di kiri dan di kanan jalan akan dipenuhi baris pokok kelapa sawit milik Gopeng Berhad, sebuah syarikat senaraian awam, bagaikan calitan kanvas hijau yang begitu mempersonakan kalbu. Sebelum tiba di Kota Bharu, terdapat dua simpang: sebelah kanan ke Changkat Tualang; sebelah kiri ke Changkat Legong. Jalan yang sudah dinaik taraf ini dibina hingga ke pekan Malim Nawar.
Kota Bharu turut menjadi stesen transit sistem kereta api laju dan mel KTMB menghubungkan rangkaian sebelah pantai barat semenanjung. Stesen lama yang telah usang berubah wajah dengan penampilan tercanggih. Jejambat (fly over) juga dibina supaya gangguan terhadap kelancaran lalu lintas tidak berlaku.
Makam Di-Raja Perak yang dipanggil sebagai mohom oleh penduduk tempatan terletak kira-kira 3 kilometer daripada pekan Kota Bharu. Suatu masa dahulu, makam ini akan diziarahi oleh sultan dalam upacara pertabalan. Kini, makam berkenaan dijaga oleh oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sebagai warisan sejarah yang amat berharga.
Antara tokoh terkenal yang berasal dari Kota Bharu ialah Datuk Mohd Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat. Rumah asal keluarga beliau di Kampung Lalang yang sering dijadikan latar lukisan dan animasi "Kampung Boy" masih boleh dilihat daripada tepi jalan menghala Malim Nawar. Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Azraei, dan arwah Din Beramboi juga ialah anak jati Kota Bharu.

Walaupun PB tidak sempat bersekolah di Kota Bharu kerana berpindah ke Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan, Kota Bharu tetap istimewa. Lebih khusus lagi ialah Kampung Changkat Tualang yang berjarak 5 kilometer daripada pekan Kota Bharu. Di situlah PB menikmati zaman awal kanak-kanak: mengutip bunga tanjung, berkejar-kejaran di kawasan yang sangat lapang dan mengikuti aktiviti kampung yang lain.
Kini, Changkat Tualang dihiasi panorama bekas lombong bijih timah yang begitu aktif suatu ketika dahulu. Ada yang dijadikan tapak ternak air akuatik, atau terbiar begitu sahaja. Walaupun cantik dipandang mata, kawasan lombong sebenarnya sangat bahaya, terutama kepada kanak-kanak, justeru dasarnya yang berbentuk tirus menyebabkan sedutan kuat di bahagian tengah lombong.
Setelah menapak kira-kira 100 meter dari padang sekolah kebangsaan, PB berasa sedikit sayu melihat puing-puing tinggalan sebuah binaan yang telah dimamah usia. Rangka asas yang masih jelas telah ditawan oleh tumbuh-tumbuhan renik yang meliar. Di tapak itulah PB mula-mula menjengah dunia...

Saturday, June 12, 2010
TIP MENONTON PIALA DUNIA (WORLD CUP MANIA UPDATE)
ThSemalam, 11 Jun 2010 (Jumaat), acara sukan yang dianggap paling berpengaruh di planet bumi secara rasminya bermula di Afrika Selatan. Pasukan tuan rumah hampir-hampir mencatat kemenangan sulung, tetapi dinafikan oleh Mexico dengan keputusan muktamad terikat 1-1. Peranchis juga tidak berjaya menjinakkan juara edisi pertama Piala Dunia, Uruguay apabila sekadar seri tanpa jaringan.
Tidak seperti kejohanan yang dilangsungkan di Eropah dan Amerika Utara, perbezaan zon masa yang tidak terlalu jauh membolehkan peminat bola sepak Malaysia menonton siaran langsung menerusi saluran berbayar Astro (semua perlawanan) atau RTM (hanya 24 perlawanan secara langsung; 11 siaran tertunda) sebelum menjelang tengah malam atau dini hari. Mereka tidak lagi perlu bersengkang mata hingga terlena di hadapan televisyen kerana kepenatan. Risiko mengantuk di tempat kerja atau di tempat belajar juga menjadi rendah.
Namun, masih banyak juga perlawanan yang dijadualkan pukul 2.30 pagi waktu Malaysia, termasuk kedua-dua perlawanan separuh akhir (Rabu dan Khamis; 7, 8 Julai) dan juga akhir (Isnin, 12 Julai). Dicampur dengan upacara penyampaian piala rebutan dan majlis penutup yang gilang-gemilang, siaran hanya berakhir menjelang waktu alunan tarhim menjelang Subuh. Maka, sekiranya terdapat pekerja mengambil cuti rehat, cuti tahunan, bahkan ada yang lebih berani berlindung di balik cuti sakit, mungkin jawapan sebenarnya sudah dapat diteka oleh majikan masing-masing.
Pencandu bola sepak tidak peduli dengan suara sinis yang mempertikaikan kesanggupan mereka menghabiskan begitu banyak masa untuk menonton 22 orang pemain berebut sebiji bola, sambil diawasi oleh para pengadil dan diiringi sorak sorai bergemuruh penonton yang membanjiri stadium. Sebaliknya mereka berasa sangat puas dihidangkan dengan aksi bola sepak kelas satu. Walaupun skuad negara belum pernah layak ke kancah saingan pusingan akhir, mereka seronok jika pasukan pujaan, atau pasukan kerdil berjaya membuat kejutan.
Peminat Piala Dunia tidak mahu tahu akan jumlah urus niaga dan aktiviti ekonomi yang berlaku. Biarlah perkara berkenaan menjadi urusan pihak lain yang berkepentingan. Mereka hanya hendak melayan siaran langsung dan sembang bola dengan kawan sama ada secara berhadapan, atau secara digital.
Apa-apa pun kita harus bersimpati dengan Nelson Mandela, mantan presiden Afrika Selatan yang juga ikon perjuangan anti-aparthied yang bersedih dengan peristiwa yang menimpa cicitnya. Nelson Mandela pernah sanggup meringkuk dan mendekam di sel penjara selama 28 tahun semata-mata demi perjuangan kaum majoriti kulit hitam yang ternafi hak mereka di bumi sendiri. Ujian buat pemimpin tersohor berusia 91 tahun itu memang berat untuk ditanggung.
Berbalik kepada liputan siaran langsung Piala Dunia edisi 2010. Jika seseorang menonton dua siaran langsung, maka tiga jam atau 1/8 hari dihabiskan di hadapan kaca televisyen, tidak kira skrin analog, digital LCD atau LED berdefinisi tinggi. Beberapa aktiviti lain mungkin akan ditunda atau dibatalkan terus.
Keasyikan menonton Piala Dunia tidak harus dibiarkan mengawal, serta menguasai keputusan tentang segala aktiviti harian kita. Janganlah kita sampai kepada tahap untuk mewajibkan diri kita mononton siaran langsung. Urusan amal ibadah, kejiranan, kekeluargaan, majlis ilmu, pembacaan, pembelajaran, rekreasi dan riadah jangan sampai terjejas.
Terlalu banyak menonton televisyen mengakibatkan mata menjadi letih. Tumpuan yang keterlaluan mungkin terbawa-bawa dalam mimpi dan perbualan yang tiada hujung pangkal. Maka, langkah yang sebaik-baiknya biarlah diri kita yang mengawal siaran langsung Piala Dunia, bukan siaran langsung Piala Dunia yang mengawal diri kita...
Kemas kini keputusan perlawanan:
Afrika Selatan seri dengan Mexico 1 - 1 (Stadium Soccer City, Johannesburg: Siphiwe Tshabalala, 55; Rafael Marques, 79)
Peranchis seri dengan Uruguay 0 - 0 (Stadium Green Point, Cape Town)
Korea Selatan kalahkan Greece 2 - 0 (Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth: Lee Jung Soo, minit 7; Park Ji Sung, 52)
Argentina kalahkan Nigeria 1 - 0 (Stadium Ellis Park, Johannesburg: Gabriel Heinze, 6)
England seri dengan Amerika Syarikat 1 - 1 (Stadium Royal Bafokeng, Rusternburg: Steven Gerrad, 4; Clint Dempsey, 40)
Slovenia kalahkan Algeria 1 - 0 (Stadium Peter Mokaba, Polokwane [padang sintetik]): Robert Koren, 79)
(Abdulkader Ghezzal, Algeria dibuang padang minit 64)
Ghana kalahkan Serbia 1 - 0 (Stadium Loftus Versfeld: Asamoah Gyan, penalti, 85)
(Aleksandar Lukovic, Serbia dibuang padang minit 74)
Jerman kalahkan Australia 4 - 0 (Durban: Lukas Podolski, 8; Miroslav Klose, 26; Thomas Mueller, 68; Cacau, 70)
(Tim Cahill, Australia dibuang padang minit 56)
Belanda kalahkan Demark 2 - 0 (Stadium Soccer City: Simon Poulsen / Daniel Agger, Denmark - gol sendiri; Dirk Kyut, 85)
Jepun kalahkan Cameroon 1 - 0 (Stadium Free State, Mangaung: Keisuke Honda, 39)
Paraguay seri dengan Itali 1 - 1 (Stadium Green Point, Cape Town: Alcaraz, 39; Daniel De Rossi, 63)
Slovakia seri dengan New Zealand 1 - 1 (Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg: Robert Vittek, 50; Winston Reid, 93)
Ivory Coast seri dengan Portugal 0 - 0 (Stadium Mandela Bay, Port Elizabeth: 37,034 penonton)
Brazil kalahkan Korea Utara 2 - 1 (Stadium Ellis Park, Johannesburg, 54,331 penonton: Maicon, 54; Elano, 51; Ji Yun Nam, 88)
Chile kalahkan Honduras 1 - 0 (Stadium Mbombela, Nelspruit, 32,664 penonton: Jean Beausejour, 34)
Switzerland kalahkan Sepanyol 1 - 0 (Stadium Moses Mabhida, Durban, 62,453 penonton; Gelson Fernandes, 52)
Uruguay kalahkan Afrika Selatan 3 - 0 (Stadium Loftus Versfeld, Tashwane, Pretoria, 42,652 penonton: Diego Forlan, 23; 79 (penalti);
Alvero Peirera, 94)
(Itumeleng Khune, penjaga gol Afrika Selatan dibuang padang minit 76)
Argentina kalahkan Korea Selatan 4 - 1 (Stadium Soccer City, 82,174: Park Chu-Young, 15 gol sendiri, Gonzalo Higuain 32, 75,79;
Lee Chung Yong, 45)
Greece kalahkan Nigeria 2 - 1: (Free State, 31,593: Kalu Uche, 15; Dimitrios Salpigidis, 43; Vassillis Torosidis, 70)
(Sani Kaita, Nigeria dibuang padang minit 32)
Mexico kalahkan Peranchis (Peter Mokaba, 35,370: Javier Hernandes, 63; Cuauhtemoc Blanco, penalti 75)
Serbia kalahkan Jerman 1 - 0 (Mandela Bay, 38,294: Milan Jonanovic, 37)
(Miroslav Klose dibuang padang minit 36; kad kuning pertama, 11)
Slovenia seri dengan Amerika Syarikat 2 - 2 (Ellis Park, 45,573: Valter Birsa, 12; Zlatan Ljubijankic, 41; Landon Donavon, 47;
Michael Bradley, 81)
England seri dengan Algeria 0 - 0 (Green Point: 64,100 penonton)
Belanda kalahkan Jepun 1 - 0 (Moses Mabhida: 60,000: Wesley Sneijder, 52)
Australia seri dengan Ghana 1 - 1 (separuh masa, Royal Bafokeng, 60,000: Brett Holman, 10; Asamoah Gyan, penalti, 25)
(Harry Kewell, Australia dibuang padang minit 25 tahan bola dengan tangan di pintu gol)
Denmark kalahkan Cameroon 2 - 1 (Loftus Versfeld, 38,074: Nicklas Bentdtner, 32; Dennis Rommedahl, 60; Samuel Eto'o, 9)
Paraguay kalahkan Slovakia 2 - 0 (Free State, Bloomfontien, 26,643: Enrique Vera, 26; Cristian Riveros, 85)
New Zealand seri dengan Itali 1 - 1 (Mbombela, Nelspruit, 38,229: Shane Smeltz, 6; Vincenzo Iquinto, 28 penalti)
Brazil kalahkan Ivory Coast 3 - 1 (Soccer City, 84,445: Luis Fabiano, 24, 49; Elano, 61; Didier Drogba, 78)
(Kaka, Brazil dibuang padang minit 87)
Portugal kalahkan Korea Utara 7 - 0 (Green Point, 60,000: Raul Meireles, 28; Hugo Ameiida, 52; Simao, 56; Tiago, 60, 88; Liedson, 80;
Cristiano Ronaldo, 86)
Chile kalahkan Switzerland 1 - 0 (Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, 34,872: Mark Gonzales, 74)
(Valon Behrami, Switzerland dibuang padang minit 30)
Sepanyol kalahkan Honduras 2 - 0 (Ellis Park, 54,386: David Villa, 16; 50)
Afrika Selatan kalahkan Peranchis 2 - 1 (Free State 39,415: Bongani Khumalo, 19; Katlego Mphela, 36; Florent Malouda, 69)
(Yoann Gourcuff, Peranchis dibuang padang minit 25)
Uruguay kalahkan Mexico 1 - 0 (Royal Bafokeng, 33,425: Luis Suarez, 42)
Nigeria seri dengan Korea Selatan 2 - 2 (Moses Mabhida, Durban, 61,874: Kalu Uche, 11; YakubuAlyegbeni, 68; Lee Jung-Soo,37; Park Chu-Yang, 48)
Argentina kalahkan Greece 2 - 0 (Peter Mokaba, 38,891: Martin Demichelis, 76; Martin Palermo, 88)
England kalahkan Slovenia 1 - 0 (Nelson Mandela Bay, 36,893: Jermain Defoe, 22)
Amerika Syarikat kalahkan Algeria 1 - 0 (Loftus Versfeld, Pretoria, 35,827: Landon Donovan, 90)
(Anthar Yahia, Algeria dibuang padang, minit 92)
Jerman kalahkan Ghana 1 - 0 (Soccer City, 83,391: Mesut Ozil, 59)
Australia kalahkan Serbia 2 - 1 (Mbombela, Nelspruit, 37,836: Tim Cahill, 68; Brett Holman, 72; Marko Pantelic, 83)
Slovakia kalahkan Itali 3 - 2 (Ellis Park, 53,412: Robert Vittek, 24, 73; Kamil Kopunek, 89; Antonio Di Natale, 80; Fabio Quagliarella, 91)
Paraguay seri dengan New Zealand 0 - 0 (Peter Mokaba, 34,850)
Jepun kalahkan Denmark 3 - 1 (Royal Bafokeng, 27,967: Keisuke Honda, 16; Yasuhito Endo, 29; Shinji Okazaki, 86; Jon Dahl Tomasson, 80)
Belanda kalahkan Cameroon 2 - 1 (Green Point, 63,093: Robin Van Persie, 35; Klaas-Jan Huntelaar, 82; Samuel Eto'o, 64)
Ivory Coast kalahkan Korea Utara 3 - 0 (Mbombela, Nelspruit, 34,763: Yahya Toure, 13; Romaric, 19; Salomon Kalou, 81)
Brazil seri dengan Portugal 0 - 0 (Moses Mabhida, 62,712)
Sepanyol kalahkan Chile 2 - 1 (Loftus Versfeld, 41,958: David Villa, 23; Andres Iniesta, 36; Rodrigo Millar, 46)
(Marco Estrada, Chile dibuang padang minit 36)
Honduras seri dengan Switzerland 0 - 0 (Free State, 28,042)
Keputusan Pusingan Kedua: Kalah Mati
Uruguay kalahkan Korea Selatan 2 - 1 (Nelson Mandela Bay: 30, 597: Luis Suarez, 7, 79; Lee Chung-Yong, 67)
Ghana kalahkan Amerika Syarikat 2 - 1 (Royal Bafokeng, 34,976: Kevin-Prince Boateng, 4; Asamoah Gyan, 92 (+3); Landon Donovan, 61 penalti)
Jerman kalahkan England 4 - 1 (Free State, 40,510: Miroslav Klose, 19; Lukas Podolski, 31; Thomas Muller, 66, 69; Matthew Upson, 36)
Argentina kalahkan Mexico 3 - 1 (Soccer City, 84,377: Carlos Tevez, 25, 51; Gonzalo Higauin, 32; Javier Hernandez, 70)
Belanda kalahkan Slovakia 2 - 1 (Moses Mabhida, Durban, 61,962: Arjen Robben, 17; Wesley Sneijder, 83; Robert Vittek, 93 penalti)
Brazil kalahkan Chile 3 - 0 (Ellis Park, 54,096: Juan, 33; Luis Fabiano, 37; Robinho,58)
Paraguay kalahkan Jepun 5 - 3 penalti; perlawanan sepenuh masa 120 minit berkesudahan seri 0 - 0
(Loftus Versfeld, Pretoria, 36,742: Oscar Cardozo, Nelson Valdez, Cristian Riveros, Lucas Barrios, Edgar Barreto:
Keisuke Honda, Makoto Hasebe, Yasuhito Endo; gagal: Yuichi Komano)
Sepanyol kalahkan Portugal 1 - 0 (Green Point, Cape Town; 62,955: David Villa, 62)
[Penjaring penalti Uruguay: Diego Forlan, Maurico Victorino, Andres Scotti, Sebastian Abreu]
[Penjaring Ghana: Asamoah Gyan, Stephen Appiah]
[gagal: Maximiliano Pareira (U); Dominic Adiyiah, John Mensah]
(Luis Suarez, Uruguay dibuang padang minit 120)
Reputasi Brazil selaku juara Piala Dunia lima kali tidak akan tercalar teruk hanya kerana tewas tipis di tangan negara kincir angin, Belanda, tetapi kerana corak permainan kasar yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemain hebatnya seperti Kaka dan Melo hingga terpaksa dilayangkan kad merah. Taktik kotor itu bagaimanapun memakan diri apabila kena taji ayam belanda (meminjam ungkapan akhbar Kosmo!). Sayang sekali kedua-dua pasukan handalan ini bertemu di peringkat suku akhir, kerana selain Argentina dan Jerman, Belanda dan Brazil boleh disifatkan kuartet bola sepak terhebat dunia.
Ghana pula terlepas peluang aksi separuh akhir gara-gara sepakan penalti Asamoah Gyan pada lewat perlawanan penuh masa (minit 120 + 1) singgah di palang gol dan terus melambung keluar ketika terikat pada kedudukan 1 - 1 dengan sebuah lagi pasukan latin, Uruguay, negara yang hanya memiliki 3 juta orang penduduk. Tindakan Luis Suarez, penyerang Uruguay menampan bola dengan tangan betul-betul di garisan gol ternyata berbaloi walaupun dia dibuang padang serta-merta, dan diikuti dengan kutukan dari seluruh dunia. Namun, itulah bola sepak bahawa keajaiban mungkin berlaku sekali-sekali, tetapi pada akhirnya pihak yang lebih licik tetap beroleh kemenangan!
Jerman kalahkan Argentina 4 - 0 (Green Point, 64,100:Thomas Muller, 2; Miroslav Klose, 67, 88; Arne Friedrich, 73)
Sepanyol kalahkan Paraguay 1 - 0 (David Villa, 82)
Kemantapan Jerman di semua posisi pemain telah membenam impian jurulatih glamor dan kontroversi, Diego Maradonna. Semua gol Jerman dijaringkan betul-betul di hadapan pintu gol. Mereka tidak memerlukan tendangan kencang jarak jauh bagi sentuhan penyudah.
bersambung...

TAMAT PUSINGAN PERTAMA

TAMAT PUSINGAN 2 KALAH MATI
Nampak gayanya semua pengadil kontroversi telah dihantar pulang, termasuk tiga orang pembantu pengadil yang bertugas di tepi padang atas prinsip tanggungjawab bersama. Visa mereka tamat serta-merta apabila khidmat mereka berakhir. Saranan penggunaan teknologi terhadap insiden seumpama itu mungkin akhirnya dilaksanakan, tetapi kalau berdasarkan peraturan tenis, setiap pasukan hanya boleh memohon penggunaan teknologi sebanyak dua kali sepanjang perlawanan.
Kekecohan tentang mutu pengadilan telah menjadi hangat sejak pertandingan peringkat kelayakan. Thiery Henry, ayam tambatan Peranchis mengakui telah menjaringkan gol menggunakan tangan untuk menafikan peluang Ireland sehingga menyebabkan Presiden Sarkozy memohon maaf kepada pemimpin Ireland sambil menyatakan kesediaan mengadakan perlawanan ulangan. Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa pimpinan Sapp Blatter, Switzerland) bagaimanapun mengekalkan keputusan pengadil perlawanan, kendatipun berkali-kali menyatakan kekesalan mereka.

Sementara itu, kemasyhuran Liga Perdana Inggeris, EPL dan Serie A di Itali nyata tidak membantu pasukan kebangsaan masing-masing. Ada pengunjung Yahoo menyifatkan pasukan England yang dikenali sebagai singa bertiga, the three lions sebagai telah terlebih penarafan, terlebih bayar dan terlebih umur (overrated, overpaid, overaged). Itali dengan jolokan Azzuri pula dilabel sebagai wira hampa (from hero to zero) justeru selaku juara bertahan tersungkur seawal pusingan pertama lagi.
Peminat Portugal pula tidak berkata apa-apa dengan sindiran Portugirl yang hanya hebat ketika menentang pasukan belasahan Asia, Korea Utara. Asia gagal menempatkan wakil ke suku akhir setelah Jepun dan Korea Selatan tersekat setakat kelompok 16 pasukan terbaik. Bola sepak masih dominasi latinos (Amerika Latin) dan Eropah secara mutlak jika tidak Ghana menamatkan cabaran Amerika Syarikat.
Saingan pertama suku akhir menemukan Oranje (Belanda) yang terkenal dengan total fotball era Johan Cryuff dengan pasukan samba (Brazil). Dengan membariskan pemain terbaik yang beraksi dalam kancah liga Eropah, pertembungan buku dengan ruas ini dijangka sengit ala perlawanan akhir. Pasukan yang alpa akan dihukum dengan jaringan.
Ghana ialah pasukan harapan dan impian penyokong fanatik bafana bafana seluruh benua Afrika. Namun, pasukan yang dihadapi bukan calang -calang lawan. Uruguay ialah juara Piala Dunia edisi sulung 1930, dan mengulanginya pada tahun 1950.
Sepanyol dijangka mudah melepasi cabaran Paraguay, kecuali wakil latino itu mengeluarkan senjata sulit yang disimpan untuk peringkat ini. Argentina pula mempunyai kelebihan untuk mengatasi Jerman, tetapi prestasi yo-yo Jerman sukar untuk ditelah. Maka, pasukan yang berjaya mengkucar-kacirkan benteng lawan dan terus merobeknya terlebih awal akan mengungguli permainan dengan syarat tidak leka terhadap serangan balas secara tiba-tiba.
KEPUTUSAN SUKU AKHIR KALAH MATI
Uruguay kalahkan Ghana 1 - 1 [4 - 2, penalti] (Soccer City, 84,017: Diego Forlan, 54; Sulley Muntari, 45+1)Belanda kalahkan Brazil 2 - 1 (Nelson Mandela Bay, 40,186: Felipe Melo, gol sendiri, 52; Wesley Sneijder, 67; Robinho, 9)
(Felipe Melo, Brazil dibuang padang minit 72)
(Felipe Melo, Brazil dibuang padang minit 72)
[Penjaring penalti Uruguay: Diego Forlan, Maurico Victorino, Andres Scotti, Sebastian Abreu]
[Penjaring Ghana: Asamoah Gyan, Stephen Appiah]
[gagal: Maximiliano Pareira (U); Dominic Adiyiah, John Mensah]
(Luis Suarez, Uruguay dibuang padang minit 120)
Reputasi Brazil selaku juara Piala Dunia lima kali tidak akan tercalar teruk hanya kerana tewas tipis di tangan negara kincir angin, Belanda, tetapi kerana corak permainan kasar yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemain hebatnya seperti Kaka dan Melo hingga terpaksa dilayangkan kad merah. Taktik kotor itu bagaimanapun memakan diri apabila kena taji ayam belanda (meminjam ungkapan akhbar Kosmo!). Sayang sekali kedua-dua pasukan handalan ini bertemu di peringkat suku akhir, kerana selain Argentina dan Jerman, Belanda dan Brazil boleh disifatkan kuartet bola sepak terhebat dunia.
Ghana pula terlepas peluang aksi separuh akhir gara-gara sepakan penalti Asamoah Gyan pada lewat perlawanan penuh masa (minit 120 + 1) singgah di palang gol dan terus melambung keluar ketika terikat pada kedudukan 1 - 1 dengan sebuah lagi pasukan latin, Uruguay, negara yang hanya memiliki 3 juta orang penduduk. Tindakan Luis Suarez, penyerang Uruguay menampan bola dengan tangan betul-betul di garisan gol ternyata berbaloi walaupun dia dibuang padang serta-merta, dan diikuti dengan kutukan dari seluruh dunia. Namun, itulah bola sepak bahawa keajaiban mungkin berlaku sekali-sekali, tetapi pada akhirnya pihak yang lebih licik tetap beroleh kemenangan!
Jerman kalahkan Argentina 4 - 0 (Green Point, 64,100:Thomas Muller, 2; Miroslav Klose, 67, 88; Arne Friedrich, 73)
Sepanyol kalahkan Paraguay 1 - 0 (David Villa, 82)
Kemantapan Jerman di semua posisi pemain telah membenam impian jurulatih glamor dan kontroversi, Diego Maradonna. Semua gol Jerman dijaringkan betul-betul di hadapan pintu gol. Mereka tidak memerlukan tendangan kencang jarak jauh bagi sentuhan penyudah.
SEPARUH AKHIR
Belanda kalahkan Uruguay 3 - 2
Sepanyol kalahkan Jerman 1 - 0
Sepanyol kalahkan Jerman 1 - 0
PENENTUAN TEMPAT KETIGA
Jerman kalahkan Uruguay 3 - 2
bersambung...
Friday, June 11, 2010
MEMPERKASA INSTITUSI ZAKAT (CARING THE HAVE-NOTS)
Ipoh, Jumaat: 11 Jun 2010 / 28 Jamadil Akhir 2010
"Semasa berkunjung ke negara China saya tidak melihat seekor anjing pun berkeliaran di kawasan bandar.
Saya juga tidak menemui seorang pun pengemis jalanan. Kemungkinan besar itu kejayaan sistem"
Demikian antara ucapan Dato' Mohd Noor Mansor al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak selaku ahli panel forum zakat di Masjid Solatiah selepas Maghrib sebentar tadi. Fokus ucapan beliau ialah supaya umat Islam mengetepikan perasaan terlalu mementingkan diri sendiri sahaja, sebaliknya berfikir dalam kerangka kekuatan umah. Jika tidak, mereka sekadar menjadi pendusta agama (yang panjang angan-angan, rujuk surah al-Ma'un).
Berkenaan pengutip derma yang kelihatan semakin banyak di kawasan tumpuan awam seperti bank dan pasar malam, Dato' Mohd Noor menegaskan bahawa majoriti mereka adalah tulen. Kalau ada pun yang menyeleweng, bilangannya sangat kecil. Keadaan itu berlaku justeru dana dan tabung khusus untuk tujuan infaq seperti pembinaan masjid dan sekolah rakyat, khususnya bagi masyarakat Kemboja, Khasmir dan Pattani tidak ada.
bersambung...
Thursday, June 10, 2010
ORANG KAYA YANG BERTERIMA KASIH (THE AFFLUENT BY CHANCES)
Prolog:
Realiti kehidupan seolah-olah menghukumkan wujudnya keseimbangan dalam kontra. Maksudnya, setiap satu perkara ada lawannya supaya saling melengkapi antara satu dengan lain. Demikian ketetapan Ilahi yang tidak betah ditolak oleh sekalian manusia.
Cuba senaraikan seberapa banyak pasangan: hitam putih, lelaki perempuan, tua muda, hidup mati, miskin kaya, tenggelam timbul, terang gelap, siang malam, suami isteri, kiri kanan, atas bawah, kecil besar, tinggi rendah, debit kredit, dahulu kemudian, baik buruk, jauh dekat, jantan betina, ... Belum lagi senarai antonim dan kata ganda. Pokoknya, paradoks (percanggahan) yang ada pasti ada hikmahnya.
Mengapa sedikit orang kaya, ramai orang miskin?
Rezeki manusia tidak sama. Model Pareto mengatakan 20% manusia menguasai 80% kekayaan, sedangkan 80% lagi manusia hanya menguasai 20% baki kekayaan yang ada. Maknanya, pemilikan harta dan kecairan (wang ringgit) dikuasai oleh segelintir manusia yang mempunyai akses terhadap peluang mengumpul sumber yang terhad.
Ketika kelab negara kaya G8 (Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Peranchis, United Kingdom) mempamerkan kemewahan dan pendapatan per kapita yang begitu tinggi, sebahagian besar benua Afrika dan Amerika Latin masih menderita akibat kemelaratan dan kelaparan. 30% penduduk Amerika Syarikat dan Australia berperut buncit kerana kekenyangan, sedangkan lebih separuh penduduk Afrika berperut membusung justeru kembung dipenuhi angin akibat kekurangan zat makanan. Pengecualian mungkin berlaku kepada beberapa kerat bangsawan dan elit, serta pemain bola sepak yang berjaya menempa kemasyhuran dalam saingan liga Eropah.
Negara yang dilanda konflik seperti Afghanistan, India, Pakistan, Palestin dan Sudan juga mengalami nasib yang sama. Aktiviti ekonomi mengalami gangguan kerana jaminan keselamatan nyawa ibarat telur di hujung tanduk. Musuh sentiasa hendak membaham, manakala saudagar senjata terus mengadu domba.
Secara individu, perbezaan taraf hidup juga berkait rapat dengan akses terhadap harta pusaka, hubungan dengan punca pengaruh, nasib baik dan peluang yang datang tanpa disangka. Apabila seseorang individu mendapat akses kekayaan, individu lain pula akan terlepas akses peluang berkenaan. Senang cakap, seseorang itu menjadi kaya kerana banyak orang lain tidak menemui peluang berbuat demikian.
Contohnya dalam perebutan tender. Sesetengah pemilik syarikat yang menikmati faedah ekonomi bidangan (kos pengeluaran yang rendah ekoran pengeluaran besar-besaran) mungkin berjaya membida begitu banyak projek berbanding dengan kontraktor lain yang hanya mampu menggigit jari. Akhirnya si kaya rakus menimbun-nimbun harta seperti kisah karun (qarun), manakala si miskin terus terperangkap dalam putaran ganas kemiskinan.
Pemilikan harta dan kekayaan yang berlegar dalam kalangan segelintir kelompok individu merupakan kepincangan ekonomi dan sosial yang bahaya. Jurang pendapatan yang ketara akan menjejaskan keseimbangan dan kesejahteraan masyarakat. Lama-kelamaan kuasa beli majoriti isi rumah kian lemah.
Apabila kuasa beli isi rumah menjadi lemah, perniagaan si kaya akan terjejas. Pasaran barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan menjadi terhad. Sebaliknya bilangan peminta sedekah, pengemis, dan lebih menakutkan ialah hakikat indeks jenayah semakin melonjak. Ketenteraman masyarakat punah.
Sejak sekian lama isu agihan pendapatan mendapat perhatian ahli ekonomi. Malah disiplin ekonomi meletakkan peranan kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat menerusi instrumen cukai dan subsidi, serta dasar fiskal dan dasar kewangan yang lain. Penyediaan barang dan perkhidmatan awam merupakan tanggungjawab yang tidak boleh sama sekali diabaikan.
Dalam sistem ekonomi Islam, instrumen agihan diinstitusikan sebagai sendi penghayatan keagamaan. Zakat tersenarai dalam rukun Islam yang keempat. Selain itu, amalan sedekah dan wakaf sangat digalakkan.

Wednesday, June 9, 2010
TANJUNG RAMBUTAN MASIH SIUMAN (THE IMAGE OF MAD PATIENT CENTRE)
Sebut sahaja Tanjung Rambutan, satu Malaya kenal. Dalam filem-filem lama, Tanjung Rambutan selalu sahaja disebut. Misalnya, satu dialog dalam filem "Tiga Abdul": Afghanistan, Turkistan, gohed gostan (go head goes turn), Tanjung Rambutan...
Perkara pertama yang biasanya terlintas dalam fikiran orang ramai apabila disebut Tanjung Rambutan ialah kes sakit mental, atau dalam bahasa kasarnya orang gila. Seolah-olah Tanjung Rambutan ialah petempatan golongan berkenaan, sama seperti imej Sungai Buloh yang menempatkan pusat pemulihan pesakit kusta. Populariti Tanjung Rambutan mengatasi Tampoi, Johor dan Bukit Padang, Sabah yang juga memiliki hospital khas rawatan mental.
Memang Hospital Bahagia terletak di Tanjung Rambutan. Pakar sakit jiwa (psikatri) terbaik negara ditempatkan di situ. Pesakit mental yang dirujuk oleh hospital umum, dirujuk oleh keluarga dan diperintah oleh hakim mahkamah akan menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Hospital Permai, Tampoi, atau Hospital Bukit Padang, Kota Kinabalu.
Namun, Tanjung Rambutan bukanlah semata-mata Hospital Bahagia. Tanjung Rambutan ialah sebuah pekan kecil yang kian maju, serta menerima tempias aktiviti ekonomi dan pembangunan hartanah bandar raya Ipoh yang jaraknya kira-kira 20 kilometer. Pendek kata, Tanjung Rambutan bakal muncul sebagai bandar satelit kepada Ipoh suatu hari nanti.
Penduduk setempat telah sekian lama menikmati kemudahan, serta prasaranan fizikal yang disediakan. Balai polis, balai raya, bank, pejabat pos dan masjid jamek menjadi tumpuan urusan kemasyarakatan. Kompleks Tenaga Nasional turut tersergam megah di Tanjung Rambutan.

Tapak pasar malam lama Tanjung Rambutan, bersebelahan stesen minyak Petronas telah dimajukan sebagai kawasan perniagaan yang canggih. Walaupun pasaran hartanah dan perniagaan runcitan terdedah kepada risiko turun naik urus niaganya, strategi tertentu mungkin telah dibuat dalam pelan induk pembangunan Tanjung Rambutan. Pengkhususan dalam aktiviti ekonomi yang tertentu mungkin dapat menarik perhatian pelabur dan usahawan bagi menjana pulangan yang tinggi.
Pengunjung yang melewati pekan Tanjung Rambutan menuju Chemor akan berpeluang melihat ladang ternakan kuda di sebelah kanan. Mungkin selepas ini, kos penjagaan kuda akan lebih rendah, serta dapat membantu kemajuan sukan ekuestrian. Imej perjudian lumba kuda akan dilenyapkan secara perlahan-lahan.
Tanjung Rambutan juga berkongsi aliran Sungai Kinta yang panjang bangat. Malah, kawasan sukatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran terdapat di sini. Walaupun Lembah Kinta jarang-jarang dilanda banjir, persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana tetap perlu diberi keutamaan.
Bersebelahan Hospital Bahagia ialah landasan dan stesen kereta api. Disebabkan perkhidmatan kereta api di sini kurang aktif, ia telah bertukar menjadi medan selera mini. Mengapa tiada idea lain yang lebih kreatif?
Kanak-kanak boleh mempelajari sistem perkhidmatan kereta api tradisional. Mereka boleh mengenal portal master, dan teknologi pemisahan dan pencantuman landasan. Mungkin pusat simulasi kereta api boleh dibuka di sini.
Tanjung Rambutan tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan dan pembinaan modal insan minda kelas pertama. Di samping sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah bantuan modal, dan sekolah persendirian, terdapat sebuah kolej pembantu hospital di sini. Setelah membaca catatan ini, imej Tanjung Rambutan di minda anda mungkin berubah...

Tuesday, June 8, 2010
MAJLIS PERKAHWINAN, PALESTIN, PIALA DUNIA (WEDDING, WORLD CUP, GAZA)
Musim cuti sekolah sudah sinonim dengan majlis kenduri-kendara, tidak kira majlis berskala kecil, skala sederhana, mahupun skala besar. Majlis keramaian bertujuan mengisytiharkan penyatuan mempelai kepada kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan tetangga di kawasan kejiranan. Begitu banyak perbelanjaan dihabiskan, dan begitu banyak aktiviti urus niaga yang berlaku.
Memandangkan amalan gotong-royong semakin sukar dilaksanakan untuk mana-mana majlis keramaian, pakej pengurusan majlis secara komersial menjadi pilihan. Keadaan demikian bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bandar, malah sudah menular ke kawasan desa. Konsep keluarga atom (berkelompok dalam kawasan yang sama) telah diganti dengan konsep keluarga nukleus (berpisah kawasan) mengakibatkan aktiviti gotong-royong semakin sukar mendapat tempat.
bersambung...
Monday, June 7, 2010
BANGUNAN KOLONIAL BUKTI SEJARAH (COLONIAL AGE DESIGN)
Antara bukti sejarah sesebuah negara ialah bangunan lama dan mercu tanda yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu, atau sebarang binaan tinggalan penjajah. Reka bentuk dan seni bina yang berasaskan sentuhan kejuruteraan lama seringkali menarik minat pengkaji dan orang ramai untuk mengetahui cerita di sebaliknya. Walaupun Malaysia tidak memiliki struktur binaan yang boleh dikelaskan sebagai "benda ajaib" seperti piramid, tembok besar China, menara condong Pisa, taman tergantung Babylon dan Taj Mahal, banyak sekali bangunan yang telah dimasyhurkan sebagai tapak warisan negara oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Terbaharu, SMK St John, Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai bangunan warisan bersejarah. Maknanya, sejumlah peruntukan akan disalurkan bagi tujuan pemuliharaan, selain peraturan bahawa sebarang langkah ubah suai bangunan atau sebarang kegunaan baharu mestilah mendapat kebenaran pihak berkuasa. Sebahagiannya didaftarkan dengan Unesco, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu yang bertumpu kepada pendidikan dan sains.
Banyak bangunan warisan lama yang masih kukuh struktur binaannya terus dimanfaatkan sebagai bangunan pejabat pentadbiran kerajaan dan rumah kedai. Misalnya, bandar Batu Gajah yang menjadi pusat pentadbiran daerah Kinta yang turut merangkumi Ipoh dan Kampar. Kompleks pentadbiran kerajaan dan bangunan hospital mengekalkan reka bentuk kolonial dengan proses baik pulih yang menerima sentuhan moden.
Maklumat tentang bangunan masih tertera dengan jelas. Court House dahulunya ialah pusat pentadbiran penjajah era Frank Swettenham. Terdapat catatan nama Sultan Perak ketika itu, dan jurutera negeri yang bertanggungjawab mereka bentuk bangunan berkenaan.
Antara ciri bangunan Inggeris lama ialah tiang yang besar-besar belaka dan lorong pesiar kaki (koridor) yang luas. Mungkin pada zaman dahulu bidang kejuruteraan dan seni bina termaju belum mendapat perhatian. Kini, teknologi nano dan penggunaan bahan komposit yang lebih kecil dan ringan mampu menyokong struktur bangunan yang lebih besar dan tinggi...

Sunday, June 6, 2010
TUGASAN CUTI (HOLIDAY ASSIGNMENT)
Sepatutnya cuti ialah masa rehat bagi melepaskan lelah rutin harian persekolahan, sambil melakukan aktiviti yang bersifat kekeluargaan dan kemasyarakatan. Mungkin ada murid yang mengambil peluang cuti untuk mengganti masa tidur, atau "membalas dendam" dengan menonton televisyen semahu-mahunya. Ada juga yang harus akur untuk menemani ibu bapa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, atau menziarahi saudara mara jauh dan dekat.
Bagi murid yang datang daripada keluarga yang berkemampuan untuk melancong, mereka mungkin berpeluang terbang ke destinasi pelancongan ternama dunia. Beg sekolah dan buku diletak ke tepi seketika. Kalau ada tugasan pun masih sempat disiapkan dua tiga hari sebelum tanggal 21 Jun menjelma.
Namun, kesempatan yang sama tidak dinikmati oleh murid yang bakal menghadapi peperiksaan awam, dan juga jika ibu bapa murid terlalu obses untuk menghantar anak mereka menyertai pelbagai kem dan seminar anjuran pihak perunding swasta. Ibu bapa yang bekerja pula mungkin khuatir akan keselamatan anak mereka di rumah, lalu memasukkan anak mereka mengikuti program intensif sama ada berbentuk kemahiran belajar atau jati diri. Akhirnya, nikmat cuti telah dirampas begitu sahaja.
Atas permintaan ibu bapa, pihak sekolah harus membekalkan tugasan cuti kepada semua murid. Jika semua sembilan mata pelajaran mesti dibuat, maka konsep cuti telah berubah menjadi hari-hari yang lebih sibuk. Mungkin bagi sebahagian murid, mereka tidak kisah. Sebahagian lagi pula akan bersungut dan berasa terseksa.
Jalan tengah bagi menangani dilema cuti ialah kebijaksanaan. Murid yang cekap akan dapat menikmati cuti dan menyiapkan segala tugasan secara serentak. Murid sebegini berpegang kepada konsep bahawa tiada sehari pun yang dibenarkan berlalu tanpa berlakunya peningkatan ilmu. Saidina Ali (karamallahu wajhah) pernah mengungkapkan (maksudnya), hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini!
Kepada murid tingkatan 4 yang bakal menjalani ujian lisan berasaskan sekolah (ULBS), persediaan masa cuti akan membantu mereka mencatat pencapaian terbaik. Giliran ULBS, sama ada berasaskan ketetapan guru, atau melalui proses undian, hendaklah dipatuhi. Kebiasaannya, bidang liputan ULBS boleh merangkumi kemahiran mengupas isu-isu semasa dan umum, di samping kebolehan menyampaikan semula analisis bacaan bahan komsas, dan juga umum.
Contoh udian giliran dan tajuk untuk kelas 4S5:
1 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 7: Kerenah Laili (muka surat 70 - 80);
2 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 8: Tertanya-tanya (muka surat 81 - 92);

3 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 9: Ekran (muka surat 93 - 103);
4 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 10: Meluah Rasa (muka surat 104 - 113);
5 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 11: Bukan Dirancang (muka surat 114 - 125);
6 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 12: Melulu (muka surat 126 - 137);
7 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 13: Hadiah Bererti (muka surat 138 - 149);
8 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 14: Misteri yang Tersimpan (muka surat 150 - 159);
9 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 15: Kunjungan Mengejut (muka surat 160 - 171);
10 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 16: Hari Sumbangsih (muka surat 172 - 182);
11 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 17: Terusir (muka surat 183 - 192);
12 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 18: Hakikat (muka surat 193 - 204); dan
13 Kajian Novel Azfa Hanani, bab 19 : Segala-galanya Berakhir (muka surat 205 - 213).
(Komponen persediaan kajian novel: 4 peristiwa menarik, watak dan perwatakan, latar
masyarakat, latar masa, latar tempat, nilai, persoalan, pengajaran)

14 Kajian Cerpen "Israk" (antologi Harga Remaja: 131 - 142);
15 Kajian Cerpen "Pemain Catur" (antologi Harga Remaja: 143 - 152);
16 Kajian Cerpen "Mellisa" (antologi Harga Remaja: 153 - 172);
17 Kajian Cerpen "Biarkan Samudera" (antologi Harga Remaja: 173 - 182);
(Komponen persediaan cerpen: sinopsis, watak dan perwatakan, nilai, persoalan);
18 Kajian Prosa Klasik: Merah Silu (antologi Harga Remaja: 51 - 54);
19 Kajian Prosa Klasik: Merah Silu (antologi Harga Remaja: 55 - 58);
20 Kajian Prosa Klasik: Hikayat Indera Nata (antologi Harga Remaja: 59 - 63);
21 Kajian Prosa Klasik: Hikayat Indera Nata (antologi Harga Remaja: 64 - 68);
22 Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 1 (antologi Harga Remaja: 69 - 76);
23 Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 2 (antologi Harga Remaja: 76 - 80);
24 Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 3 (antologi Harga Remaja: 80 - 84);
25 Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 4 (antologi Harga Remaja: 84 - 89);
26 Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 1 (antologi Harga Remaja: 89 - 94);
(Komponen persediaan prosa klasik: 4 rangkai kata sukar, 3 peristiwa penting, 2 soalan
kbkk yang mungkin ditanya)
27 Kajian Puisi Moden: Mengintai Ruang Insaf (antologi Harga Remaja: 20);
28 Kajian Puisi Moden: Mahsuri (antologi Harga Remaja: 21 - 22);
29 Kajian Puisi Moden: Adat Sezaman (antologi Harga Remaja: 23);
30 Kajian Puisi Moden: Tiba Waktunya (antologi Harga Remaja: 24 - 25);
(Komponen persediaan puisi moden: mesej yang hendak disampaikan, kaitan dengan
keadaan sebenar, nilai murni)
31 Kajian Puisi Tradisional: Gurindam 12 Fasal yang Keenam (antologi Harga Remaja: 11);
32 Kajian Puisi Tradisional: Seloka Emak Si Randang (antologi Harga Remaja: 12);
33 Kajian Puisi Tradisional: Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
(antologi Harga Remaja: 6);
34 Kajian Puisi Tradisional: Syair Definisi Orang Berakal (antologi Harga Remaja: 7 - 8);
35 Kajian Puisi Tradisional: Syair Siti Sianah (antologi Harga Remaja: 9 - 10).
(Komponen persediaan puisi tradisional: mesej yang hendak disampaikan, kaitan
dengan tingkah laku manusia, pengajaran)

Selamat bercuti dan jumpa lagi...
Saturday, June 5, 2010
MEMBALAS JASA WARGA EMAS (FAMILY ANCHOR)
Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek yang telah lanjut usia telah menjadi isu penyelidikan dalam bidang demografi dan psikologi. Masyarakat awam pula sering berbahas tentang tanggungjawab yang seharusnya dikongsi oleh generasi lapisan kedua dan seterusnya. Cakap-cakap bahawa seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, sedangkan sepuluh orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu seolah-olahnya suatu hakikat.
Kisah warga tua yang tinggal bersendirian di hujung kampung atau kesepian di rumah kenangan bukanlah kisah baharu. Anak-anak yang sibuk dengan urusan kerjaya jarang-jarang menjengah. Tega mereka melupakan pengorbanan dan susah payah yang dilalui dua orang insan yang telah membesarkan mereka daripada sebesar tapak tangan hingga mendaki puncak kesenangan hidup bagaikan menatang minyak yang penuh.
Kepincangan sosial yang menjejaskan kemuliaan institusi keluarga seperti itu hendaklah dihentikan. Anak-anak kecil perlu dibiasakan mendampingi warga tua dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Ibu bapa mesti ingat bahawa giliran mereka untuk menjadi warga tua akan tiba jua suatu hari kelak.

Subscribe to:
Posts (Atom)