SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, June 12, 2010

TIP MENONTON PIALA DUNIA (WORLD CUP MANIA UPDATE)

ThSemalam, 11 Jun 2010 (Jumaat), acara sukan yang dianggap paling berpengaruh di planet bumi secara rasminya bermula di Afrika Selatan. Pasukan tuan rumah hampir-hampir mencatat kemenangan sulung, tetapi dinafikan oleh Mexico dengan keputusan muktamad terikat 1-1. Peranchis juga tidak berjaya menjinakkan juara edisi pertama Piala Dunia, Uruguay apabila sekadar seri tanpa jaringan.
sumber foto: akhbar Kosmo!

Tidak seperti kejohanan yang dilangsungkan di Eropah dan Amerika Utara, perbezaan zon masa yang tidak terlalu jauh membolehkan peminat bola sepak Malaysia menonton siaran langsung menerusi saluran berbayar Astro (semua perlawanan) atau RTM  (hanya 24 perlawanan secara langsung; 11 siaran tertunda) sebelum menjelang tengah malam atau dini hari. Mereka tidak lagi perlu bersengkang mata hingga terlena di hadapan televisyen kerana kepenatan. Risiko mengantuk di tempat kerja atau di tempat belajar juga menjadi rendah.

Namun, masih banyak juga perlawanan yang dijadualkan pukul 2.30 pagi waktu Malaysia, termasuk kedua-dua perlawanan separuh akhir  (Rabu dan Khamis; 7, 8 Julai) dan juga akhir (Isnin, 12 Julai). Dicampur dengan upacara penyampaian piala rebutan dan majlis penutup yang gilang-gemilang, siaran hanya berakhir menjelang waktu alunan tarhim menjelang Subuh. Maka, sekiranya terdapat pekerja mengambil cuti rehat, cuti tahunan, bahkan ada yang lebih berani berlindung di balik cuti sakit, mungkin jawapan sebenarnya sudah dapat diteka oleh majikan masing-masing.

Pencandu bola sepak tidak peduli dengan suara sinis yang mempertikaikan kesanggupan mereka menghabiskan begitu banyak masa untuk menonton 22 orang pemain berebut sebiji bola, sambil diawasi oleh para pengadil dan diiringi sorak sorai bergemuruh penonton yang membanjiri stadium. Sebaliknya mereka berasa sangat puas dihidangkan dengan aksi bola sepak kelas satu. Walaupun skuad negara belum pernah layak ke kancah saingan pusingan akhir, mereka seronok jika pasukan pujaan, atau pasukan kerdil berjaya membuat kejutan.

Peminat Piala Dunia tidak mahu tahu akan jumlah urus niaga dan aktiviti ekonomi yang berlaku. Biarlah perkara berkenaan menjadi urusan pihak lain yang berkepentingan. Mereka hanya hendak melayan siaran langsung dan sembang bola dengan kawan sama ada secara berhadapan, atau secara digital.

Apa-apa pun kita harus bersimpati dengan Nelson Mandela, mantan presiden Afrika Selatan yang juga ikon perjuangan anti-aparthied yang bersedih dengan peristiwa yang menimpa cicitnya. Nelson Mandela pernah sanggup meringkuk dan mendekam di sel penjara selama 28 tahun semata-mata demi perjuangan kaum majoriti kulit hitam yang ternafi hak mereka di bumi sendiri. Ujian buat pemimpin tersohor berusia 91 tahun itu memang berat untuk ditanggung.

Berbalik kepada liputan siaran langsung Piala Dunia edisi 2010. Jika seseorang menonton dua siaran langsung, maka tiga jam atau 1/8 hari dihabiskan di hadapan kaca televisyen, tidak kira skrin analog, digital LCD atau LED berdefinisi tinggi. Beberapa aktiviti lain mungkin akan ditunda atau dibatalkan terus.

Keasyikan menonton Piala Dunia tidak harus dibiarkan mengawal, serta menguasai keputusan tentang segala aktiviti harian kita. Janganlah kita sampai kepada tahap untuk mewajibkan diri kita mononton siaran langsung. Urusan amal ibadah, kejiranan, kekeluargaan, majlis ilmu,  pembacaan, pembelajaran, rekreasi dan riadah jangan sampai terjejas.

Terlalu banyak menonton televisyen mengakibatkan mata menjadi letih. Tumpuan yang keterlaluan mungkin terbawa-bawa dalam mimpi dan perbualan yang tiada hujung pangkal. Maka, langkah yang sebaik-baiknya biarlah diri kita yang mengawal siaran langsung Piala Dunia, bukan siaran langsung Piala Dunia yang mengawal diri kita...

Kemas kini keputusan perlawanan:

Afrika Selatan seri dengan Mexico  1 - 1  (Stadium Soccer City, Johannesburg: Siphiwe Tshabalala, 55;  Rafael Marques, 79)

Peranchis seri dengan Uruguay  0 - 0  (Stadium Green Point, Cape Town)

Korea Selatan kalahkan Greece 2 - 0  (Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth: Lee Jung Soo, minit 7; Park Ji Sung, 52)

Argentina kalahkan Nigeria 1 - 0  (Stadium Ellis Park, Johannesburg: Gabriel Heinze, 6)

England seri dengan Amerika Syarikat 1 - 1  (Stadium Royal Bafokeng, Rusternburg: Steven Gerrad, 4; Clint Dempsey, 40)

Slovenia kalahkan Algeria  1 - 0 (Stadium Peter Mokaba, Polokwane [padang sintetik]): Robert Koren, 79)
                                                      (Abdulkader Ghezzal, Algeria dibuang padang minit 64)

Ghana kalahkan Serbia  1 - 0  (Stadium Loftus Versfeld: Asamoah Gyan, penalti, 85)
                                                  (Aleksandar Lukovic, Serbia dibuang padang minit 74) 

Jerman kalahkan Australia 4 - 0  (Durban: Lukas Podolski, 8; Miroslav Klose, 26; Thomas Mueller, 68; Cacau, 70)
                                                  (Tim Cahill, Australia dibuang padang minit 56)

Belanda kalahkan Demark  2 - 0  (Stadium Soccer City: Simon Poulsen / Daniel Agger, Denmark - gol sendiri; Dirk Kyut, 85)

Jepun kalahkan Cameroon  1 - 0  (Stadium Free State, Mangaung: Keisuke Honda, 39)

Paraguay seri dengan Itali  1 - 1  (Stadium Green Point, Cape Town: Alcaraz, 39;  Daniel De Rossi, 63)

Slovakia seri dengan New Zealand  1 - 1  (Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg: Robert Vittek, 50; Winston Reid, 93)

Ivory Coast seri dengan Portugal 0 - 0  (Stadium Mandela Bay, Port Elizabeth: 37,034 penonton)

Brazil kalahkan Korea Utara  2 - 1  (Stadium Ellis Park, Johannesburg, 54,331 penonton: Maicon, 54; Elano, 51;  Ji Yun Nam, 88)

Chile kalahkan Honduras  1 - 0  (Stadium Mbombela, Nelspruit, 32,664 penonton: Jean Beausejour, 34)

Switzerland kalahkan Sepanyol  1 - 0  (Stadium Moses Mabhida, Durban, 62,453 penonton; Gelson Fernandes, 52)

Uruguay kalahkan Afrika Selatan  3 - 0  (Stadium Loftus Versfeld, Tashwane, Pretoria, 42,652 penonton:  Diego Forlan, 23; 79 (penalti);
                                                            Alvero Peirera, 94)
                                                          (Itumeleng Khune, penjaga gol Afrika Selatan dibuang padang minit 76)

Argentina kalahkan Korea Selatan 4 - 1  (Stadium Soccer City, 82,174:  Park Chu-Young, 15 gol sendiri, Gonzalo Higuain 32, 75,79;
                                                                          Lee Chung Yong, 45)

Greece kalahkan Nigeria  2 - 1: (Free State, 31,593: Kalu Uche, 15;  Dimitrios Salpigidis, 43; Vassillis Torosidis, 70)
                                                         (Sani Kaita, Nigeria dibuang padang minit 32)

Mexico kalahkan Peranchis (Peter Mokaba, 35,370: Javier Hernandes, 63; Cuauhtemoc Blanco, penalti 75) 

Serbia kalahkan Jerman  1 - 0  (Mandela Bay, 38,294: Milan Jonanovic, 37)
                                                   (Miroslav Klose dibuang padang minit 36; kad kuning pertama, 11)

Slovenia seri dengan Amerika Syarikat  2 - 2  (Ellis Park,  45,573: Valter Birsa, 12; Zlatan Ljubijankic, 41; Landon Donavon, 47;
                                                                                     Michael Bradley, 81)

England seri dengan Algeria  0 - 0  (Green Point: 64,100 penonton)

Belanda kalahkan Jepun  1 - 0  (Moses Mabhida: 60,000: Wesley Sneijder, 52)

Australia seri dengan Ghana  1 - 1  (separuh masa, Royal Bafokeng, 60,000: Brett Holman, 10;  Asamoah Gyan, penalti, 25)
                                           (Harry Kewell, Australia dibuang padang minit 25 tahan bola dengan tangan di pintu gol)

Denmark kalahkan Cameroon  2 - 1  (Loftus Versfeld, 38,074: Nicklas Bentdtner, 32; Dennis Rommedahl, 60;  Samuel Eto'o, 9)

Paraguay kalahkan Slovakia  2 - 0 (Free State, Bloomfontien, 26,643: Enrique Vera, 26; Cristian Riveros, 85)

New Zealand seri dengan  Itali  1 - 1  (Mbombela, Nelspruit, 38,229: Shane Smeltz, 6; Vincenzo Iquinto, 28 penalti)

Brazil kalahkan Ivory Coast  3 - 1  (Soccer City, 84,445: Luis Fabiano, 24, 49; Elano, 61; Didier Drogba, 78)
                                                   (Kaka, Brazil dibuang padang minit 87)

Portugal kalahkan Korea Utara  7 - 0 (Green Point, 60,000: Raul Meireles, 28; Hugo Ameiida, 52; Simao, 56; Tiago, 60, 88; Liedson, 80; 
                                                                   Cristiano Ronaldo, 86)

Chile kalahkan Switzerland  1 - 0  (Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, 34,872: Mark Gonzales, 74)
                                                     (Valon Behrami, Switzerland dibuang padang minit 30)

Sepanyol kalahkan Honduras  2 - 0  (Ellis Park, 54,386: David Villa, 16; 50) 

Afrika Selatan kalahkan Peranchis  2 - 1  (Free State 39,415:  Bongani Khumalo, 19; Katlego Mphela, 36; Florent Malouda, 69)
                                                             (Yoann Gourcuff, Peranchis dibuang padang minit 25)

Uruguay kalahkan Mexico  1 - 0  (Royal Bafokeng, 33,425: Luis Suarez, 42) 

Nigeria seri dengan Korea Selatan  2 - 2  (Moses Mabhida, Durban, 61,874: Kalu Uche, 11; YakubuAlyegbeni, 68; Lee Jung-Soo,37; Park Chu-Yang, 48)


Argentina kalahkan Greece  2 - 0 (Peter Mokaba, 38,891: Martin Demichelis, 76; Martin Palermo, 88)

England kalahkan Slovenia  1 - 0  (Nelson Mandela Bay, 36,893: Jermain Defoe, 22)

Amerika Syarikat kalahkan Algeria  1 - 0  (Loftus Versfeld, Pretoria, 35,827: Landon Donovan, 90)
                                                                         (Anthar Yahia, Algeria dibuang padang, minit 92)

Jerman kalahkan Ghana  1 - 0  (Soccer City, 83,391: Mesut Ozil, 59)

Australia kalahkan Serbia  2 - 1  (Mbombela, Nelspruit, 37,836: Tim Cahill, 68; Brett Holman, 72; Marko Pantelic, 83)

Slovakia kalahkan Itali  3 - 2  (Ellis Park, 53,412: Robert Vittek, 24, 73;  Kamil Kopunek, 89; Antonio Di Natale, 80; Fabio Quagliarella, 91)

Paraguay seri dengan  New Zealand  0 - 0  (Peter Mokaba, 34,850)

Jepun kalahkan Denmark 3 - 1  (Royal Bafokeng, 27,967: Keisuke Honda, 16; Yasuhito Endo, 29; Shinji Okazaki, 86; Jon Dahl Tomasson, 80)

Belanda kalahkan Cameroon  2 - 1  (Green Point, 63,093: Robin Van Persie, 35; Klaas-Jan Huntelaar, 82; Samuel Eto'o, 64)

Ivory Coast kalahkan Korea Utara  3 - 0  (Mbombela, Nelspruit, 34,763: Yahya Toure, 13; Romaric, 19; Salomon Kalou, 81)

Brazil  seri dengan Portugal  0 - 0  (Moses Mabhida, 62,712)

Sepanyol kalahkan Chile  2 - 1  (Loftus Versfeld, 41,958:  David Villa, 23; Andres Iniesta, 36; Rodrigo Millar, 46)

                                                          (Marco Estrada, Chile dibuang padang minit 36)

Honduras seri dengan Switzerland  0 - 0  (Free State, 28,042)

TAMAT PUSINGAN PERTAMA

Keputusan Pusingan Kedua: Kalah Mati

Uruguay kalahkan Korea Selatan  2 - 1 (Nelson Mandela Bay: 30, 597: Luis Suarez, 7, 79; Lee Chung-Yong, 67)

Ghana kalahkan Amerika Syarikat  2 - 1  (Royal Bafokeng, 34,976: Kevin-Prince Boateng, 4; Asamoah Gyan, 92 (+3); Landon Donovan, 61 penalti)

Jerman kalahkan England  4 - 1  (Free State, 40,510: Miroslav Klose, 19; Lukas Podolski, 31;  Thomas Muller, 66, 69; Matthew Upson, 36)

Argentina kalahkan Mexico  3 - 1  (Soccer City, 84,377: Carlos Tevez, 25, 51;  Gonzalo Higauin, 32; Javier Hernandez, 70)

Belanda kalahkan Slovakia  2 - 1  (Moses Mabhida, Durban, 61,962: Arjen Robben, 17; Wesley Sneijder, 83; Robert Vittek, 93 penalti)

Brazil kalahkan Chile  3 - 0 (Ellis Park, 54,096: Juan, 33; Luis Fabiano, 37; Robinho,58)

Paraguay kalahkan Jepun  5 - 3  penalti; perlawanan sepenuh masa 120 minit berkesudahan seri  0 - 0
                            (Loftus Versfeld, Pretoria, 36,742:  Oscar Cardozo, Nelson Valdez, Cristian Riveros, Lucas Barrios, Edgar Barreto:
                                  Keisuke Honda, Makoto Hasebe, Yasuhito Endo; gagal: Yuichi Komano)

Sepanyol kalahkan Portugal  1 - 0  (Green Point, Cape Town; 62,955:  David Villa, 62)

TAMAT PUSINGAN 2 KALAH MATI

Nampak gayanya semua pengadil kontroversi telah dihantar pulang, termasuk tiga orang pembantu pengadil yang bertugas di tepi padang atas prinsip tanggungjawab bersama. Visa mereka tamat serta-merta apabila khidmat mereka berakhir. Saranan penggunaan teknologi terhadap insiden seumpama itu mungkin akhirnya dilaksanakan, tetapi kalau berdasarkan peraturan tenis, setiap pasukan hanya boleh memohon penggunaan teknologi sebanyak dua kali sepanjang perlawanan.

Kekecohan tentang mutu pengadilan telah menjadi hangat sejak pertandingan peringkat kelayakan. Thiery Henry, ayam tambatan Peranchis mengakui telah menjaringkan gol menggunakan tangan untuk menafikan peluang Ireland sehingga menyebabkan Presiden Sarkozy memohon maaf kepada pemimpin Ireland sambil menyatakan kesediaan mengadakan perlawanan ulangan. Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa pimpinan Sapp Blatter, Switzerland) bagaimanapun mengekalkan keputusan pengadil perlawanan, kendatipun berkali-kali menyatakan kekesalan mereka.

Sementara itu, kemasyhuran Liga Perdana Inggeris, EPL dan Serie A di Itali nyata tidak membantu pasukan kebangsaan masing-masing. Ada pengunjung Yahoo menyifatkan pasukan England yang dikenali sebagai singa bertiga, the three lions sebagai  telah terlebih penarafan, terlebih bayar dan terlebih umur (overrated, overpaid, overaged). Itali dengan jolokan Azzuri pula dilabel sebagai wira hampa (from hero to zero) justeru selaku juara bertahan tersungkur seawal pusingan pertama lagi.

Peminat Portugal pula tidak berkata apa-apa dengan sindiran Portugirl yang hanya hebat ketika menentang pasukan belasahan Asia, Korea Utara. Asia gagal menempatkan wakil ke suku akhir setelah Jepun dan Korea Selatan tersekat setakat kelompok 16 pasukan terbaik. Bola sepak masih dominasi latinos (Amerika Latin) dan Eropah secara mutlak jika tidak Ghana menamatkan cabaran Amerika Syarikat.

Saingan pertama suku akhir menemukan Oranje (Belanda) yang terkenal dengan total fotball era Johan Cryuff dengan pasukan samba (Brazil). Dengan membariskan pemain terbaik yang beraksi dalam kancah liga Eropah, pertembungan buku dengan ruas ini dijangka sengit ala perlawanan akhir. Pasukan yang alpa akan dihukum dengan jaringan.

Ghana ialah pasukan harapan dan impian penyokong fanatik bafana bafana seluruh benua Afrika. Namun,  pasukan yang dihadapi bukan calang -calang lawan. Uruguay ialah juara Piala Dunia edisi sulung 1930, dan mengulanginya pada tahun 1950. 

Sepanyol dijangka mudah melepasi cabaran Paraguay, kecuali wakil latino itu mengeluarkan senjata sulit yang disimpan untuk peringkat ini. Argentina pula mempunyai kelebihan untuk mengatasi Jerman, tetapi prestasi yo-yo Jerman sukar untuk ditelah. Maka, pasukan yang berjaya mengkucar-kacirkan benteng lawan dan terus merobeknya terlebih awal akan mengungguli permainan dengan syarat tidak leka terhadap serangan balas secara tiba-tiba.

KEPUTUSAN SUKU AKHIR KALAH MATI 

Belanda kalahkan Brazil  2 - 1  (Nelson Mandela Bay, 40,186: Felipe Melo, gol sendiri, 52; Wesley Sneijder, 67;  Robinho, 9)
                                                    (Felipe Melo, Brazil dibuang padang minit 72)


Uruguay kalahkan Ghana 1 - 1 [4 - 2, penalti] (Soccer City, 84,017: Diego Forlan, 54; Sulley Muntari, 45+1)
                                                [Penjaring penalti Uruguay: Diego Forlan, Maurico Victorino, Andres Scotti, Sebastian Abreu]
                                                      [Penjaring Ghana: Asamoah Gyan, Stephen Appiah]
                                                      [gagal: Maximiliano Pareira (U); Dominic Adiyiah, John Mensah]
                                                      (Luis Suarez, Uruguay dibuang padang minit 120)

Reputasi Brazil selaku juara Piala Dunia lima kali tidak akan tercalar teruk hanya kerana tewas tipis di tangan negara kincir angin, Belanda, tetapi kerana corak permainan kasar yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemain hebatnya seperti Kaka dan Melo hingga terpaksa dilayangkan kad merah. Taktik kotor itu bagaimanapun memakan diri apabila kena taji ayam belanda (meminjam ungkapan akhbar Kosmo!). Sayang sekali kedua-dua pasukan handalan ini bertemu di peringkat suku akhir, kerana selain Argentina dan Jerman, Belanda dan Brazil boleh disifatkan kuartet bola sepak terhebat dunia.

Ghana pula terlepas peluang aksi separuh akhir gara-gara sepakan penalti Asamoah Gyan pada lewat perlawanan penuh masa (minit 120 + 1) singgah di palang gol dan terus melambung keluar ketika terikat pada kedudukan 1 - 1 dengan sebuah lagi pasukan latin, Uruguay, negara yang hanya memiliki 3 juta orang penduduk. Tindakan Luis Suarez, penyerang Uruguay menampan bola dengan tangan betul-betul di garisan gol ternyata berbaloi walaupun dia dibuang padang serta-merta, dan diikuti dengan kutukan dari seluruh dunia. Namun, itulah bola sepak bahawa keajaiban mungkin berlaku sekali-sekali, tetapi pada akhirnya pihak yang lebih licik tetap beroleh kemenangan!

Jerman kalahkan Argentina  4 - 0  (Green Point, 64,100:Thomas Muller, 2; Miroslav Klose, 67, 88; Arne Friedrich, 73)

Sepanyol kalahkan Paraguay  1 - 0  (David Villa, 82)
Kemantapan Jerman di semua posisi pemain telah membenam impian jurulatih glamor dan kontroversi, Diego Maradonna. Semua gol Jerman dijaringkan betul-betul di hadapan pintu gol. Mereka tidak memerlukan tendangan kencang jarak jauh bagi sentuhan penyudah.

SEPARUH AKHIR

Belanda kalahkan Uruguay  3 - 2

Sepanyol kalahkan Jerman  1 - 0

PENENTUAN TEMPAT KETIGA

Jerman kalahkan Uruguay  3 - 2
PERLAWANAN AKHIR
 Sepanyol kalahkan Belanda  1 - 0  (Soccer City,  84, 490: Andres Iniesta, 115)
                                                            (Johnny Hetinga, Belanda dibuang padang minit 108)

bersambung...

No comments: