Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek yang telah lanjut usia telah menjadi isu penyelidikan dalam bidang demografi dan psikologi. Masyarakat awam pula sering berbahas tentang tanggungjawab yang seharusnya dikongsi oleh generasi lapisan kedua dan seterusnya. Cakap-cakap bahawa seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, sedangkan sepuluh orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu seolah-olahnya suatu hakikat.
Kisah warga tua yang tinggal bersendirian di hujung kampung atau kesepian di rumah kenangan bukanlah kisah baharu. Anak-anak yang sibuk dengan urusan kerjaya jarang-jarang menjengah. Tega mereka melupakan pengorbanan dan susah payah yang dilalui dua orang insan yang telah membesarkan mereka daripada sebesar tapak tangan hingga mendaki puncak kesenangan hidup bagaikan menatang minyak yang penuh.
Kepincangan sosial yang menjejaskan kemuliaan institusi keluarga seperti itu hendaklah dihentikan. Anak-anak kecil perlu dibiasakan mendampingi warga tua dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Ibu bapa mesti ingat bahawa giliran mereka untuk menjadi warga tua akan tiba jua suatu hari kelak.
bersambung...
No comments:
Post a Comment