SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, June 7, 2010

BANGUNAN KOLONIAL BUKTI SEJARAH (COLONIAL AGE DESIGN)

Antara bukti sejarah sesebuah negara ialah bangunan lama dan mercu tanda yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu, atau sebarang binaan tinggalan penjajah. Reka bentuk dan seni bina yang berasaskan sentuhan kejuruteraan lama seringkali menarik minat pengkaji dan orang ramai untuk mengetahui cerita di sebaliknya. Walaupun Malaysia tidak memiliki struktur binaan yang boleh dikelaskan sebagai "benda ajaib" seperti piramid, tembok besar China, menara condong Pisa, taman tergantung Babylon dan Taj Mahal, banyak sekali bangunan yang telah dimasyhurkan sebagai tapak warisan negara oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Terbaharu, SMK St John, Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai bangunan warisan bersejarah. Maknanya, sejumlah peruntukan akan disalurkan bagi tujuan pemuliharaan, selain peraturan bahawa sebarang langkah ubah suai bangunan atau sebarang kegunaan baharu mestilah mendapat kebenaran pihak berkuasa. Sebahagiannya didaftarkan dengan Unesco, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu yang bertumpu kepada pendidikan dan sains.
Banyak bangunan warisan lama yang masih kukuh struktur binaannya terus dimanfaatkan sebagai bangunan pejabat pentadbiran kerajaan dan rumah kedai. Misalnya, bandar Batu Gajah yang menjadi pusat pentadbiran daerah Kinta yang turut merangkumi Ipoh dan Kampar. Kompleks pentadbiran kerajaan dan bangunan hospital mengekalkan reka bentuk kolonial dengan proses baik pulih yang menerima sentuhan moden.
Maklumat tentang bangunan masih tertera dengan jelas. Court House dahulunya ialah pusat pentadbiran penjajah era Frank Swettenham. Terdapat catatan nama Sultan Perak ketika itu, dan jurutera negeri yang bertanggungjawab mereka bentuk bangunan berkenaan.
Antara ciri bangunan Inggeris lama ialah tiang yang besar-besar belaka dan lorong pesiar kaki (koridor) yang luas. Mungkin pada zaman dahulu bidang kejuruteraan dan seni bina termaju belum mendapat perhatian. Kini, teknologi nano dan penggunaan bahan komposit yang lebih kecil dan ringan mampu menyokong struktur bangunan yang lebih besar dan tinggi... 

No comments: