Friday, January 29, 2016

GURU TINGKATAN 6 TIDAK LAGI ISTIMEWA? (NOTHING PERMANENT EXCEPT CHANGE)

Soalan di atas selalu dilontarkan dalam sesi perbualan santai sebahagian guru. Maklumlah kumpulan terawal guru timgkatan 6 terdiri daripada daripada guru berpengalaman, termasuk yang pernah menyandang jawatan pentabiran seperti penolong kanan. Daya tarikan skim laluan pantas 5 + 3 + 3 +2 seperti magnet yang sungguh kuat.

Sebahagian yang lain pula sudah berada dalam zon naik pangkat dari segi jawatan pentadbiran dan gred hakiki. Ringkasnya, mereka melakukan pengorbanan yang berisiko jugalah. Dari segi pertukaran tempat bertugas juga secara automatik menjadi terhad.

Pada awalnya, ada guru tingkatan 6 yang menikmati kenaikan gred DG 48 dan DG 52. Kedudukan gred itu setara dengan gred jawatan pengetua dan melebihi gred penolong kanan. Lama-kelamaan majlis pengetua dan penolong kanan pula berjaya menikmati laluan pantas.

Kemudian guru penolong juga menikmati kenaikan gred 8 + 6 + 3 + 3, sementara laluan pantas guru tingkatan 6 masih tertakluk kepada kekosongan dan juga perakuan pentadbiran sekolah. Akhirnya, kelebihan dari segi itu seakan-akan sudah  lenyap. Mungkinkah hal itu semata-mata persepsi (tanggapan) atau suatu hakikat?

Menjelang tahun 2018, pengajian prauniversiti tingkatan 6 akan bertaraf autonomi. Maksudnya, pentadbiran dan pelaksanaan pengajian tingkatan 6 akan berasingan terus dengan sekolah aliran perdana walaupun mungkin masih berada di sekolah yang sama. Pentadbiran akan diketuai oleh seorang pengarah, sama seperti politeknik, kolej komuniti dan kolej vokasional.

Perincian modus operandi pengajian prauniversiti tingkatan 6 mod A itu sudah pun bermula dengan projek rintis sekolah pusat tingkatan 6 di setiap daerah. Mod B bermaksud pengajjian tingkatan masih beroperasi di sekolah, tetapi menikmati autonomi pentadbiran dan kewangan. Mod C pula merujuk pengajian tingkatan 6 di bawah satu pentadbiran sekolah sepertimana kebanyakan yang berlaku sekarang.

Idea pengajian tingkatan 6 bertaraf autonomi telah dicetuskan sejak zaman Allahyarham Dr. Sulaiman Daud menyandang jawatan menteri pendidikan. Beliau mencadangkan nama kolej junior. Setelah beberapa dekad berlalu, proses penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan 6 dilaksanakan mulai tahun 2008.

Apabila mod A dan mod B dilaksanakan sepenuhnya, persekitaran pembelajaran tingkatan 6 bakal mengalami anjakan paradigma yang jelas. Guru akan bergelar pensyarah dan perlu dipanggil sebagai encik, puan, cik, Dr. dan sebagainya. Pelajar akan kelihatan lebih berdisiplin dan matang apabila akur terhadap etika dan kod berpakaian yang dikehendaki.

...

...

...

...

Thursday, January 28, 2016

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Wednesday, January 27, 2016

KUCARI DAMAI DI SINI: SAJAK KOMSAS TINGKATAN 2 (THE MEANING OF FREEDOM)

Pengenalan

Sajak 3 rangkap nukilan Cikgu A. Hamid Jemain, 54, termuat dalam antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa', muka surat 29. Rangkap pertama terdiri daripada 6 baris (25 patah perkataan), rangkap kedua 5 baris  (15) dan rangkap ketiga 4 baris (15). Walaupun hanya menggunakan 55 patah perkataan, serta susunan rangkap yang bersifat regresif, penyajak berjaya menyampaikan mesej patriotisme dengan baik sekali.

Maksud rangkap demi rangkap

Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.

(Penyajak mendambakan / menghajati ketenangan di bumi yang produktif / banyak hasil mahsulnya, maju dan bebas. Bumi yang luas terbentang dan bebas antara hakikat dan khayalan sehingga mengikat emosi dengan jalinan kekeluargaan yang sejajar dengan kemahuan insan)

Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.

(Penyajak mendambakan / menghajati ketenangan dengan penuh kasih sayang dan lambang keperibadian yang bersemi di dalam jiwa, kekal dalam keinginan diri)

Di sini damainya badai
moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.

(Di bumi bertuah ini, konflik / permasalahan diselesaikan. Penyak berharap supaya negaraterus cemerlang sampai bila-bila. Kejayaan yang dinikmati terpahat dalam ingatan yang boelh dikongsi oleh anak muda pewaris bangsa)

Sumber:
Antologi Pohon Tradisi,
(penyunting) Borhan Md Zin dan
Mohamad Saleeh Rahamad,
Gapeniaga Sdn. Bhd, 2011.

Tema:

Nilai murni

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Gaya bahasa

...

...

...

Perbincangan kbat

...

...

Contoh tugasan soalan

...

...

...

Cadangan jawapan

...

...

...

Saranan kepada murid

...

Saranan kepada guru

...

Kesimpulan dan Penutup

...


Tuesday, January 26, 2016

MENUAI EMAS: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (THINKING BIG)

Pengenalan

Cerpen karya Salina Ibrahim, 43, siswazah syariah, Universiti Malaya ini termuat pada muka surat 68 - 75, naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Bekas wartawan ini aktif dalam bidang penulisan genre cerpen dan novel. Walaupun kisah siswazah menceburi bidang pertanian bukanlah cerita baharu (mungkin klise), tetapi penulis berjaya menyampaikan mesej bahawa kebijaksanaan menjalin komunikasi dengan masyarakat dan pakar memudahkan perancangan projek yang berpotensi untuk maju.

Watak utama: Alif, siswazah ekonomi

Teknik penceritaan: sudut pandangan orang ketiga (pencerita bukan watak dalam cerpen)
                               :  imbas kembali (Aiman mengingati kembali saat sukar behadapan dengan pemilik petak sawah
                                          terutama Abang Man yang mahu menjual tanah kepada pemaju perumahan)

Sinopsis

Kata-kata semangat arwah abah masih terngiang-ngiang, manakala sokongan kental emak (Mak wan) dalam mempertahankan tanah bendang mereka, sambil memujuk pemilik petak bendang yang lain akhirnya membuka jalan kepada Alif untuk menggembleng muafakat penanaman padi secara estet. Galakan Tuk Ketua juga memberi kekuatan kepada Alif untuk menangani tentangan Abang Man dan orang kampung yang termakan umpan pemaju perumahan untuk menjual petak bendang masing-masing. Kemuncak sindiran Abang Man ialah Alif tidak lulus universiti, sedangkan emak sendiri menghadiri majlis konvokesyen Alif. Khidmat nasihat pegawai pertanian dan penggunaan mesin berteknologi canggih dimanfaatkan sebagai projek estet mini yang mengubah kaedah bermandi keringat dan selut kepada gaya pengurusan yang cekap dan sistematik. Akhirnya, semua 15 orang pemilik petak sawah dengan keluasan hampir 60 hektar itu setuju berganding bahu sehingga terbentang petak emas yang tersedia untuk dituai ...

...

Tema:

Watak dan perwatakan

...

...

...

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai murni

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...


Perbincangan kbat

...

...

Contoh tugasan soalan

...

...

...

...

Cadangan jawapan

...

...

...

Saranan kepada murid

...

Saranan kepada guru

...

Kesimpulan dan penutup

...

Monday, January 25, 2016

GERHANA MANUSIA: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 5 (PSEUDO-SPECIALIST SERVICE)

Pengenalan

...

Teknik penceritaan: sudut pandangan orang pertama (menerusi watak Nusia sebagai 'aku'

Watak utama: 'Aku' / Nusia

Watak pembantu / sampingan

Profesor Dr. Juaidi:

Doktor. Murni:

Pesakit

Tuan Besar Musa:

al-Hafiz:

Solehah:

Latar tempat: UnitRawatan Rapi, pusat perubatan swasta milik Profesor Dr. Juaidi

Sinopsis

...

...

Perwatakan

...

...

...

Tema

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai murni

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

..

Perbincangan kbat

...

...

Contoh tugasan soalan

...

...

...

Cadangan jawapan

...

...

...

Saranan kepada murid

...

Saranan kepada guru

...

Kesimpulan dan penutup

...

...



Sunday, January 24, 2016

INSTITUSI KELUARGA DALAM MAYARAKAT PASCAMODEN (DELAY MARRIAGE ON RISE)

Seorang lelaki Cina berusia 36 tahun yang bekerja sebagai tukang mozek memberitahu dia masih membujang kerana belum mampu menyediakan RM60,000 untuk membayar perkhidmatan pakej perkahwinan. Memang akan ada sumbangan tetamu yang datang, tetapi tidak semestinya mencukupi. Tambahan pula, amalan berkenaan bukan bermaksud bayaran meja, tethadaapi tanda ihsan dan muhibah terhadap tuan rumah.
...

...

...

...

...

...

...

Saturday, January 23, 2016

PANTUN KASIH SAYANG: PUISI TRADISIOANL KOMSAS TINGKATAN 2 (NATURAL FEELINGS)

Pengenalan
Pantun 4 kerat yang berjumlah lima rangkap ini termuat dalamnaskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa' pada muka surat 14 - 15. 
Maksud rangkap demi rangkap
1          Buah mengkudu kusangka kandis,
                 Kandis terletak dalam puan;
            Gula madu kusangka manis,
                 Manis lagi senyuman tuan.

(Pembayang: unsur alam
  Pemuisi mengatakan senyuman orang yang dikaguminya (tuan) sebagai lebih manis daripada gula madu)

2          Asap api di Tanjung Tuan,
                  Kuala Linggi bakaunya rendah;
            Harap hati kepada tuan,
                  Langit tinggi kupandang rendah.

(Pembayang: unsur alam
  Pemuisi berharap orang yang dikaguminya sudi menerima dirinya)

3          Anak udang meniti batang,
                  Berasa dahan terlampai;
            Melihat bulan di pagar bintang,
                  Bagaikan rasa hendak dicapai.

(Pembayang:  unsur alam
  Hati pemuisi tertawan kepada orang yang dikagumi, lalu berharap impian mendekatinya menjadi kenyataan)
4          Jalan-jalan sepanjang jalan,
                 Singgah-menyinggah di pagar orang;
            Pura-pura mencari ayam,
                 Ekor mata di anak orang.
(Pembayang: kerenah manusia
  Demi untuk melihat orang yang dikagumi, pemuisi sanggup menggunakan helah)
5          Bila masa dipanggil maut,
                  Cinta tidak berharga lagi;
            Asam di darat ikan di laut,
                  Sampai masa berjumpa lagi.
(Menyedari kesukaran untuk bertemu orang yang dikagumi, pemuisi berharap akan tiba detiknya mereka kembali bersama)
Sumber:
Puisi Melayu Tradisi,
(penyelenggara) Mohd. Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,
Penerbit Fajar Bakti, 1996.
Tema:
Nilai murni
1
2
3
Persoalan
1
2
3
Pengajaran
1
2
3
Perbincangan kbat
...
...
Contoh tugasan soalan
1
2
3
Cadangan jawapan
1
2
3
Saranan kepada murid
...
Saranan kepada guru
...
Kesimpulan dan Penutup
...

Friday, January 22, 2016

PANTUN KIASAN: PUISI TRADISIONAL KOMSAS TINGKATAN 2 (CONNOTATION AND DENOTATION)

Pengenalan

Pantun empat kerat yang berjumlah 17 rangkap ini termuat dalam naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa', muka surat 7 - 9. Seperti biasa, pembayang pantun pada dua baris pertama setiap rangkap merupakan unsur alam atau kerenah manusia. Tumpuan biasanya lebih menjurus terhadap maksud pantun pada baris 3 dan 4 setiap rangkap.

Maksud rangkap demi rangka

1        Tikar pucuk tikar mengkuang,
                 Alas nikah raja Melayu;
           Ikan busuk jangan dibuang,
                  Buat perencah si daun kayu.

(pembayang: unsur alam
  Bahan rosak tidak seharusnya dicampakkan
  begitu sahaja, sebaliknya dimanfaatkan 
  secara kreatif)


2        Buah bacang masak serangkai,
                 Burung dekut meniti batang;
          Saya dagang tidak terpakai,
                 Macam melukut di tepi gantang.

(pembayang:  unsur alam
  Apabila merantau di tempat orang, 
  seseorang itu hendaklah merendah diri)

3        Tebang gelam tebang kenanga,
                 Batangnya tumbang menimpa gedung;
           Kumbang mengidam nak seri bunga,
                  Bunga kembang di puncak gunung.

(pembayang:  unsur alam
 mengharapkan sesuatu perkara yang sangat sukar untuk dicapai )

4        Pokok terap tumbuh di bukit
                 Belat berbanjar panjang ke hulu;
          Jangan diharap guruh di langit,
                 Kilat memancar hujan tak lalu.

(pembayang:  unsur alam
 Seseorang itu tidak terlalu berharap walaupun tanda-tanda kejayaan sudah ada selagi tidak beroleh kepastian)

5       Limau Bentan di tepi tingkap,
                Budak-budak melempar burung;
         Harimau di hutan lagi kutangkap,
                Kononlah pulak cicak mengkarung.

(pembayang:  kerenah manusia
Jika hal yang besar berjaya ditangani, tentulah hal kecil menjadi lebih mudah)

6        Air surut memungut bayam,
                Sayur diisi ke dalam kantung;
          Jangan diikut resmi ayam,
                Bertelur sebiji riuh sekampung

(pembayang: kerenah manusia;
  perbuatan suka menghebohkan sesuatu
  perkara / pencapaian kecil adalah tidak wajar)

7        Anak punai anak merbah,
                Hinggap di tonggak mencari sarang;
          Anak sungai lagi berubah,
                Inikan pula hati orang.

(pembayang: unsur alam;
 usah dihairankan jika seseorang itu tidak lagi bersikap seperti dahulu)

8        Rotan siput rotan berlingkar,
                 Anak itik patah kakinya;
          Hujan ribut gunung terbakar,
                 Embun setitik padam apinya.

(pembayang: unsur alam;
 sesuatu masalah tidak semestinya berjaya diatasi menerusi idea hebat atau oeralatan canggih)

9        Raut bilah pembatang taut,
                 Kail berada dalam raga;
          Tidak sudah seluang melaut,
                 Akhirnya balik ke tepi juga.

(pembayang:  kerenah  manusia
 perantau / mereka yang berhijrah akan kembali ke tempat asal masing-masing)

10      Sangkut terendak dekat beranda,
                  Orang Papua ayam tak sudah;
          Jika tiada ada berita,
                  Masakan tempua bersarang rendah.

(pembayang: kerenah manusia )

11      Bunga geti bergulai temenung,
                  Di hari raya memakan tapai;
           Hajat hati nak peluk gunung,
                  Apakan daya tangan tak sampai.

(pembayang: kerenah manusia
 keinginan tinggi yang sukar tercapai kerana kurang keupayaan diri)

12      Suasa bertahil emas berbungkal,
                 Tetapi intan tiada sesaga;
          Kalau kail panjang sejengkal,
                 Usah lautan hendak diduga.

(pembayang: unsur alam;
  jika keupayaan diri terhad, seseorang itu tidak perlu mencuba)

13      Dang Nila memangku puan,
                 Berembang  buah pedada;
          Adakah gila bagimu tuan,
                 Burung terbang dipipiskan lada.

(pembayang: kerenah manusia
  jika sesuatu berita itu belum pasti, tidak wajar membuat oersiapan yang berlebihan)

14      Hari hujan puyuh mendengut,
                 Mendengut mari sepanjang jalan;
           Air dalam kapar tak hanyut,
                  Kononlah pula kemarau panjang.

(pembayang: insur alam;
  paras air yang tinggi tidak menghanyutkan timbunan sampah, apatah lagi kering kontang. maksudnya, sesuatu masalah yang sudah terlalu rumit untuk diselesaikan)

15      Berilah saya pisau raut,
                 Hendak meraut bingkai tudung;
          Gila apakah ikan di laut,
                  Mengidamkan umpan di kaki gunung.

(pembayang: kerenah manusia;
 tidak munasabah memasang impian yang tidak mungkin kesampaian)


16      Laksana gadis Menteri Bogor,
                  Bijak membilang ayam betina;
          Nyawa menangis di pintu kubur,
                  Hendak pulang ke dalam dunia.

(pembayang: kerenah manusia;
 penyesalan yang sudah tidak berguna lagi)

17      Hilir berderap mudik berderap,
                 Patah galah haluan perahu;
           Sungguh laksana bunga dedap,
                 Cantik merah tidak berbau.

(pembayang: unsur alam;
 sayang sekali wanita cantik yang tidak berakhlak mulia)

Tema:

Nilai murni

1

2

3

Persoalan

1

2

3

Pengajaran

1

2

3

Perbincangan kbat

...

...

Contoh tugasan soalan

1

2

3

Cadangan jawapan

1

2

3

Saranan kepada murid



Saranan kepada guru


Kesimpulan dan Penutup



Thursday, January 21, 2016

HIPERTENSI: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 5 (THE ENEMY OF GENIUS)

Pengenalan

Cerpen yang ditulis oleh Allahyarham Dr. Illias bin Zaidi (24.1.1943 - 14.9.2014) termuat pada muka surat 59 - 67. Teknik imbas muka banyak digunakan bagi menggambarkan betapa watak utama mempunyai impian sehingga menjejakkan kaki di permukaan bulan. Pembaca dibawa meneroka fikiran murid pintar cerdas yang sukar dimengerti dalam kalangan keluarga dan di sekolah.

Sinopsis

Aiman Aqil sering memikirkan teori-teori hebat seperti tarikan graviti Newton dengan lebih terperinci. Aiman bosan dengan pembelajaran di sekolah yang ter
lalu perlahan. Dia kerap ponteng sekolah. Dia juga sering merendah-rendahkan dua adik perempuannya, malah rakan sekelas. Akibatnya, Aiman sering dimarahi guru, babah dan ibu. Aiman dirotan. Sebagai protes, Aiman tidak ke sekolah.

Tempoh seminggu ponteng sekolah digunakan oleh Aiman membina halunisasi futuristik (khayalan masa depan) dengan anjakan umur 10 tahun ke hadapan. Kononnya dia lulusan aeroangkasa dan dua tahun kemudian menjalani latihan di Rusia. Aiman mendarat di stesen angkasa lepas antarabangsa menuju bulan. Aiman mendapati bulan tidak sesuai untuk manusia justeru suhunya sangat panas, tiada air dan tiada udara. Hakikatnya Aiman berada di pucuk pokok kelapa yang tinggi. Babah dan ibu bersedia dengan hamparan tilam di bawah. Aiman berasa kesal dengan layanan babah yang agak keras kerana dia kerap ditampar. Aiman juga sedikit gagap, tetapi tidak seteruk gagap Paul Broca yang kemudian muncul sebagai pakar rawat gagap terkemuka pada abad ke-19. Aiman yakin dia berupaya mengatasi masalahnya sendiri tanpa perlu latihan dan rawatan khas.


Tema: Keinginan yang tinggi dalam.bidang sains angkasa mendorong proses halunisasi futuristik.

Watak dan perwatakan

1  Aqil Aiman: murid pintar cerdas

2  Babah: bapa Aiman yang bengis

3  Ibu Aiman: tidak bersetuju dengan tindakan keras suami, tetapi hanya membantah di dalam hati

Latar masyarakat

1  masyarakat murid pintar cerdas

2  masyarakat yang cenderung kepada tindakan keras

3  masyarakat yang bersimpati / memahami kebolehan orang lain

Nilai murni

1  berfikiran jauh / futuristik

2  mencintai ilmu

3  saling menghormati / menghargai

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

...

...

Latar masa

...

...

Perbincangan kbat

...

...

Contoh tugasan soalan

...

...

...

...

...

Cadangan jawapan

...

...

...

Saranan kepada murid

...

Saranan kepada guru

...

Kesimpulan dan penutup

...

...

Wednesday, January 20, 2016

TALIA DAN RAKSASA QADQAD: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (THE STRUGGLE OF MARGINAL SOCIETY)

Pengenalan

Cerpen karya Zaniffa Azzura Abdullah, perunding penerbitan sukuk lulusan sains perakaunan dan kewangan Universiti London, 37, termuat dalam antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa' pada halaman 58 - 67. Kisah fantasi itu berkisar terhadap budi baik berbalas jua walaupun terhadap makhluk lain. Insan yang berkelakuan jahat dan tamak pada akhirnya akan menerima padah.

Sinopsis

Talia, kanak-kanak suku orang Asli yang berpindah-randah. Suatu hari ketika bermain sendirian di sempadan huma Bulit Ungu mendengar haiwan ganjir mirip katak yang cedera. Talia menampal pucuk daun dalut yang dikunyah lumat di kepala haiwan yang mengeluarkan bunyi 'qadqad' itu. Dodo, ayah Talia menganggapnya khayalan, tetapi mula percaya apabila heboh dalam kalangan suku mereka yang diketuai Tuk Sibat itu. Raksasa qadqad tidak mengancam kegiatan pertanian mereka. Berlainan halnya dengan kumpulan pembalak dan pelombong yang diserang qadqad setelah mandur kem balak membunuh puluhan qadqad yang terperangkap setelah ditimpa pohon balak. Serangan berlaku ketika keluarga Talia mahu menumpang kereta api lombong ke bandar bagi mendapatkan rawatan adiknya yang demam. Ketua pelombong, Binjah, begitu sombong, serta enggan membenarkan keluarga Talia berlindung dalam bangunan. Namun, qadqad tidak mengapa-apakan mereka. Binjah hairan, lalu membuat andaian qadqad alah dengan tanah ungu seperti yang melekat di tangan Talia. Dengan angkuh, Binjah mengusir suku kaum Talia dari kawasan pertanian mereka untuk melombong tanah ungu. Binjah mengupah samseng sambil menggunakan senjata api. Talia menyeru qadqad, lalu orang-orang Binjah diserang. Puluhan mayat dan bangkai bergelimpangan. Bukit Ungu bebas darioada ancaman pelombong, manakala qadqad lenyap tanpa kembali lagi ...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Tuesday, January 19, 2016

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU: SELOKA KOMSAS TINGKATAN 5 (CLASSICAL ARCHITECTURE)

Pengenalan

...

Maksud rangkap demi rangkap

Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.

( )

Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

( )

Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

 ( )

Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan'
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.

 ( )

Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

 ( )

Kalung Bunga Za'ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tema:

Nilai murni

1

2

3

Persoalan

1

2

3

Pengajaran

1

2

3

Perbincangan kbat


Contoh tugasan

1

2

3

Cadangan Jawapan

1

2

3

Saranan kepada guru

...

Saranan kepada murid

...


Kesimpulan dan Penutup

...
 
 

Monday, January 18, 2016

Thursday, January 14, 2016

Wednesday, January 13, 2016

PANTUN BUDI: KOMSAS TINGKATAN 2 (PRUDENT LEADS WISE DIRECTION)

Pendahuluan

...

Maksud rangkap demi rangkap

1           Tenang-tenang air di laut,
                   Sampan kolek mudik ke tanjung;
             Hati terkenang mulut menyebut,
                   Budi yang baik rasa nak junjung.

...

2           Yang kurik kundi,
                   Yang merah saga;
              Yang baik budi,
                    Yang indah bahasa.

...

3            Bunga melati bunga di darat,
                     Bunga seroja di tepi kali;
              Hina besi kerana karat,
                     Hina manusia tidak berbudi.

...


4            Bunga cina di atas batu,
                    Jatuh daunnya ke dalam ruang;
              Adat dunia memang begitu,
                    Sebab emas budi terbuang.

...

5          Anak beruk di tepi pantai,
                  Pandai melompat pandai berlari;
            Biar buruk kain dipakai,
                  Asal hidup pandai berbudi.

...

6          Tingkap papan kayu bersegi,
                  Sampan sakat di Pulau Angsa;
            Indah tampan kerana budi,
                  Tinggi bangsa kerana bahasa.

...


7            Padang Temu padang baiduri,
                    Tempat raja membangun kota,
              Bijak bertemu dengan jauhari,
                    Bagai cincin dengan permata.

...

Analisis komsas

Tema:


Nilai murni

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Perbincangan kbat

...

...

Contoh tugasan soalan

...

...

...

Cadangan jawapan

...

...

...

Saranan kepada murid

...

Saranan kepada guru

...

Kesimpulan dan penutup

...

Tuesday, January 12, 2016

MEMPERKENALKAN 'TIRANI' NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 (THE BEAUTY REGIME)

Pengenalan

Setelah membaca hampir satu per tiga naskhah kreatif ini, kemusykilan tentang tajuk novel karya Beb Sabariah (Puan Haja Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet) akhirnya terlerai. Ayat pertama bab 8 dengan judul 'Hadiah Alam' pada muka surat 110 itu berbunyi "Kecantikan ialah tirani yang berumur pendek." Kata-kata itu terpacul daripada mulut Dr. Rushdi yang memetik falsafah Socrates pada kurun ke-9 Masihi.

Novel tanpa ilustrasi itu memiliki ketebalan 344 muka surat bahagian penceritaan. Selain butiran teknikaliti halaman berhuruf roman, terdapat juga halaman glosari, indeks dan biodata Beb Sabariah, pesara guru yang aktif berkarya. Naskhah novel edisi murid dijual pada harga rak RM15.50 sahaja.

Watak utama: Waheeda Nurlyana binti Fadhil (halaman 62)

Watak pembantu: Raidah / ibu Waheeda
                                : Bazilah / rakan Waheeda / pelajar sarjana / tunang Dr. Zahari
                                : Ghazi / abang Waheeda / bekas jurutera Petronas
                               : Zahid bin Datuk Yasser / suami Waheeda
                               : Fatimah / sepupu Waheeda / akauntan Tajau Emas


Latar tempat : rumah agam, rumah inap desa pergunungan Matang, Sarawak
                         : rumah pangsa bapa saudara Bazilah di Singapura
                         :  Silicon Medical Centre (SMC), tempat Waheeda menjadi prosedur pembedahan kecantikan
                         : 


Sinopsis

Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa. Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre, Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya, Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah hampir tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas pembedahan berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembira.

Tema


Perwatakan


Latar masyarakat


Nilai


Persoalan


Pengajaran


Teknik penceritaan / plot


Perbincangan kbat



Contoh tugasan


Cadangan jawapan



Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


Monday, January 11, 2016

'ERTI HIDUP BERERTI': SAJAK KOMSAS TINGKATAN 5

Pengenalan

Sajak nukilan Teo Wei Sing, 33, guru Bahasa Melayu di SMK Tanah Putih ini termuat pada muka surat 18 - 19 antologi 'Sejadah Rindu'. Tiga rangkap sajak masing-masing terdiri daripada 7, 19 dan 11 baris setiap satunya. Baris 7 rangkap 1 dengan jelas menunjukkan bahawa sajak ini menggarap keluhan seorang tua sunyi.


Maksud rangkap demi rangkap

Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Warga tua melalui malam sunyi yang sama saban waktu. Tiada perbezaan berlaku kerana terus berharap supaya ada yang sudi menziarahi dan bertanya khabar.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Kebahagiaan bersama anak pinak hanyalah suatu impian yang tidak kesampaian. Anak-anak seolah-olah tidak menghargai pengorbanan ibu bapa yang menjaga mereka sejak dalam kandungan. Mereka saling menolak untuk menjaga ibu bapa sehingga ibu bapa diabaikan sebatang kara tanpa sokongan bagi menjalani usia lanut dan uzur.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Warga tua tidak dipedulikan oleh anak kandung, sama ada yang kelihatan taat mahupun yang tidak peduli. Warga tua mendoakan anak-anak segera memiliki kesedaran agar jiwa warga tua lebih tenang apabila ikatan kasih sayang kembali mengambil alih hubungan kekeluargaan yang hambar. Warga tua mengingatkan bahawa sisa kehidupan mereka semakin singkat sebwlum dijemput oleh Allah.

Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

Perbincangan komsas

Tema:


Nilai murni


Persoalan


Pengajaran


Perbincangan kbat

Contoh tugasan soalan


Cadangan jawapan


Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


Kesimpulan dan oenutup


Sunday, January 10, 2016

ROTI: SAJAK KOMSAS TINGKATAN 2

Pengenalan

Sajak nukilan Ahmad Syahrul Wahid, awal 30-an, guru pendidikan khas di SK Gong Nangka, Marang ini dipaparkan pada muka surat 27 - 28 naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Puisi lima rangkap itu terdiri daripada lima baris bagi setiap rangkap, kecuali rangkap pertama dengan 4 baris.

Maksud rangkap demi rangkap

Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

...

Perut yang lapar
selera kian me ggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

...

Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

...

Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.


Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

...

Marang

Sumber:
Tunas Cipta, Disember 2010,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
...

Saturday, January 9, 2016

PANTUN NASIHAT: PUISI TRADISIONAL KOMSAS TINGKATAN 2

Pendahuluan

Pantun 4 yang berjumlah 7 rangkap ini termuat dalam naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa" pada muka surat 12 dan 13. Seperti biasa, pembayang pantun ialah unsur alam atau kerenah manusia. Hanya rima akhir ab-ab yang dipatuhi sepenuhnya, kerana rima tengah kelihatannya sukar sekali untuk disamakan. 

Maksud rangkap demi rangkap
 
1          Tanam balik buah peria,
                  Buah peria mahal sekali;
             Buat baik berpada-pada,
                  Buat jahat jangan sekali.
            (Seseorang yang hendak melakukan perkara kebaikan masih perlu berhati-hati supaya tidak 
             disalah anggap, tetapi mesti mengelakkan diri daripada perbuatan buruk secara tuntas
 
2            Ketua-ketua raja duduk,
                    Jangan ditimpa papan;
              Diketahui ganja itu mabuk,
                    Apakah sebab maka dimakan?

(Penyajak kesal justeru walaupun ganja itu mengkayalkan, masih ramai yang mengambilnya)

3           Meninjau berpadi masak,
                   Batang kapas bertimbal jalan;             
              Hati risau dibawa gelak,
                   Bagai panas mengandung hujan.

              ( )


4          Pulau di balik Pulau Gosong,
                  Pandan di jawa diranggukan;
            Jangan kata terdorong-dorong,
                  Badan dan nyawa menanggungkan.

            (  )

5          Hangus bertih berwarna merah,
                  Mari dituang ke dalam kain;
             Suami yang letih usah di marah,
                  Kelak terbang ke bunga lain.

              (  )
    
6             Anak Cina membawa surat,
                     Dari Perak langsung ke Deli;
               Hidup di dunia biar beradat,
                      Bahasa tidak dijual beli.
S
                (  )


7              Pisang kelat digonggong helang'
                      Jatuh ke Lubuk Inderagiri;
                Jikalau berdagang ke rantau orang,
                      Baik-baik membawa diri.

                (  )
 
 
Sumber:
Puisi Melayu Tradisi,
(penyunting) Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh, 
Penerbit Fajar bakti, 1996.
 
Tema:
 
Nilai murni

1

2

3

Persoalan

1

2

3

Pengajaran

1

2

3

Perbincangan kbat


Contoh soalan


Cadangan jawapan


Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


Kesimpulan dan Penutup
 

Thursday, January 7, 2016

BANJIR DI MATA EMAK: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (EVERLASTING MOTHER'S LOVE)

Pendahuluan

Cerpen yang termuat mulai muka surat 51 hingga 57, antologi Baik Budi, Indah Bahasa ini disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Pencerita menggunakan kata ganti diri 'saya' bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah / Nek Piah dalam menghadapi peristiwa banjir secara bersendirian. Penulis cerpen, Che Soo Ismail, 56, kelahiran Alor Setar yang berkelulusan darjah lima sebenarnya sangat dikenali sebagai penulis skrip drama radio (rujuk antologi, muka surat 100).

Watak utama

1  'Saya' : pencerita

 2  Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk

3   Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah

Latar tempat:  rumah Mak Piah
                        :  rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
                        :  tanah perkuburan

Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia

Sinopsis

Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi. Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya' tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor tersalah dail itu.

Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...


Perwatakan

1  bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya
                               Nana mengabaikannya


2  penyayang:  'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang


3  prihatin / peka:  'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah
                              Mak Piah yang dilanda banjir


Nilai murni
(gunakan huraian yang sama seperti di atas)

1  baik hati: 

2  kasih sayang

3  keprihatinan / kepekaan

Persoalan
(huraian sama)

1  Bersangka baik dalam keluarga

2  Kasih sayang ibu sepanjang hayat

3  Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua

Pengajaran

1  Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga

2  Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat

3  Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua

Perbincangan kbat

Cara meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap keperluan warga emas

Contoh tugasan soalan

1


2


3

Cadangan jawapan

1

2

3

Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


Kesimpulan dan penutup

...

...


Wednesday, January 6, 2016

DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA: SAJAK KOMSAS TINGKATAN 2 (THE POWER OF LANGUAGE)4

Pengenalan

Puisi moden 5 rangkap, 25 baris, 78 patah perkataan ini termuat dalam antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Penulis sajak, Baha Zain, sasterawan negara tahun 2013, bekas pelajar Sekolah Anderson, Ipoh dan Universiti Malaya bersara sebagai timbalan ketua pengarah DBP. Beliau juga pemimpin organisasi penulis, termasuk Gapena dan Pena.

...

Maksud rangkap demi rangkap

"Dia mencipta manusia.
Mengajarnya pandai betbicara."
(Al-Quran, 55:3-4)

(Penyajak memulakan puisi dengan petikan maksud dua ayat al-Quran dari surah ar-Rahman yang menegaskan bahawa Allah yang mencipta insan, serta membimbing insan sehingga mampu berksta-kata)

Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman

(Allah mengurniakan insan percakapan dan fikiran / idea bagi menyebutnya. Insan menyebarkan pengetahuan merentasi sempadan wilayah dan merentasi masa)

Engkau jadikan kami bangsa
berkulit sawo matang.
Belayar di samudera jauh
menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh
di pantai-pantai semenanjung.

(Allah menciptakan keturunan bangsa Melayu, mengharung lautan luas lalu meneroka kepulauan dan singgah di kawasan pesisir semenanjung)

Kata-kata yang berselerakan
langit, bumi, laut, gunung,
awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Seperti kami memetik buah-buahan
kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif  tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.

(Bahasa alam yang mengungkapkan kawasan sekeliling. Berdasarkan bahasa alam, insan mempelajari aqidah / tauhid / kepercayaan. Rujukan terhadap buku suci dilakukan bagi memberi maksud kewujudan petunjuk sekeliling, selain memurnikan pemahaman)

Kata-kata mengembangkan pengalaman,
terbentang di semesta alam,
memaknakan kewujudan.

(Kebolehan berbahasa menambah ilmu pengetahuan menerusi tanda keagungan Allah di muka bumi yang mengisi tujuan penciptaan insan dan alam)

Sumber:
Dewan Sastera, Februari 2010,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tema:


Nilai murni

1

2

3

Persoalan

1

2

3

Pengajaran

1

2

3

Perbincangan kbat



Contoh tugasan soalan

1


2


3


Cadangan jawapan

1

2

3


Saranan kepada murid


Saranab kepada guru


Kesimpulan dan penutup




Tuesday, January 5, 2016

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS: SAJAK KOMSAS TINGKATAN 5

Pengenalan

Sajak 4 rangkap, 25 baris dan 115 patah perkataan (termasuk ejaan yang dilemahkan, sinkof) ini termuat pada halaman 16 -17 naskhah antologi 'Sejadah Rindu'. Penulisnya, Allahyarham Sazalee bin Hj. Yacob (1961 - 2009),  memiliki Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Malaya. Pernah bertugas sebagai penyelia Felda sehingga 31 Ogos 2007.

Maksud rangkap demi rangkap

Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

(Lelaki kecil dalam judul sajak mungkin sekali bapa kepada bakal pelajar universiti, ataupun orang kampung yang dikenali, terpulang kepada imaginasi pembaca. Kecil bukan darisegi saiz dan pengalaman hidup, tetapi kecil kerana tidak pernah berpeluang menempuh alamm pengajian tinggi. Lelaki kecil menghantar gadis itu bagi mengharungi persekitaran yang berbeza berbanding dengan persekitaran desa yang terbentang sawah padi yang menguning. Malah, gadis itu bakal menjalani kehidupan remaja yang berlainan secara tuntas. Lelaki kecil berpesan supaya si gadis bersedia mnikmati persekitaran gedung ilmudengan mempelajari segala disiplin dan kaedah pembelajaran pengajian tinggi)

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

(Lelaki kecil merelakan si gadis pergi sebagai insan suci yang memiliki hala tuju yang jelas, serta sanggup mendepani / mengharungi segala bentuk ujian kesenangan dan kesusahan. Gadis itu seharusnya mampu membezakan antara percakapan biasa dengan ungkapan bombastik / berat. Dia mesti mampu meloloskan diri daripada ketidaktentuan pencapaian dan fikiran yang sihat)

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

(Di persekitaran universiti yang padat dengan wacana ilmiah / intelektual, terdapat juga aliran pemikiran yang berbahaya. Keunggulan universiti tidak sunyi / terhindar daripada pengaruh buruk yang mengelirukan. Persekitaran universiti yang mementingkan ketelitian, muncul juga keangkuhan yang menyisihkan akhlak mulia)

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah

(Lelaki kecil mengingatkan si gadis supaya bijak membawa diri menempuh cabaran hidup di kampus antara pengalaman manis dengan dugaan tersembunyi. Walaupun dalam proses pengajian kelak mengharungi pelbagai dugaan yang menyakitkan, lelaki kecil mahu si gadis tetap bertahan tanpa berpatah balik)

Belati Cinta Zulaikha, 2004
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tema:

Nilai murni



Persoalan



Pengajaran


Perbincangan komsas




Perbincangan kbat

Contoh Tugasan Soalan

(aras petikan)



(aras kbat)


(aras komsas)


Cadangan jawapan





Saranan kepada murid



Saranan kepada guru


Kesimpulan dan Penutup



Sunday, January 3, 2016

PANTUN ALAM REMAJA: PANTUN KOMSAS TINGKATAN 2 (HOME SWEET HOME FOR KIDS)

Pengenalan

Pantun Alam Remaja dimuatkan pada muka surat 5 dan 6 naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Pantun 4 kerat ini ditulis dalam 7 rangkap. Pembayang pantun terdiri daripada unsur alam dan kerenah manusia.

Maksud setiap rangkap

1        Elok rupanya kumbang jati,
                Dibawa itik pulang petang;
          Tidak terkatakan besar hati,
                Melihat ibu sudah pulang.

pembayang pantun: unsur alam
Anak-anak berasa sangat gembira apabila ibu tiba di rumah

2        Dibawa itik pulang petang,
                Dapat di rumput bilang-bilang;
          Melihat ibu sudah pulang,
                Hati cemas menjadi hilang.

Pembayang pantun:  unsur alam
Apabila ibu sudah ada di hadapan mata, perasaan bimbang tiada lagi

3         Ayam kinantan terbang mengekas,
                 Hinggap di ranting bilang-bilang;
           Melihat bonda pulang lekas,
                 Hatiku besar bukan kepalang.

pembayang pantun:  unsur alam
glosari:  kinantan, iaitu putih seluruhnya / belaka
Demi melihat ibu balik cepat / segera, anak-anak berasa terlalu seronok

4        Kita menari keluar bilik,
               Sebarang tari kita tarikan;
          Kita menyanyi adik-beradik,
               Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

pembayang pantun:  kerenah manusia
Sebagai tanda kegembiraan ibu sudah balik, secara spontan anak-anak menyanyi girang

5        Hanyut batang berlilit kumpai,
                 Terdampar di ujung Tanjung Jati;
          Bonda pulang bapa pun sampai,
                 Kita semua berbesar hati.

pembayang pantun: unsur alam
glosari:  kumpai, iaitu sejenis rumput layu / paku-pakis
               ujung = hujung
Sejurus setelah ibu balik rumah, ayah pula muncul. Perasaan gembira bertambah-tambah.

6        Ramai orang bersorak-sorak,
               Menepuk gendang dengan rebana;
          Alang besarnya hati awak,
               Mendapat baju dengan celana.

pembayang pantun:  Anak-anak berasa lebih girang / gembira apabila dibelikan baju dan seluar baharu

7       Mahulah kami hendak melapun,
               Lapun dibawa orang menjaja;
         Jangan marah kami berpantun,
               Budak kecil biasa manja.

pembayang pantun:  kerenah manusia
glosari:  lapun, iaitu sejenis jerat bingkas apabila disentuh / jaring menangkap ikan
Anak-anak berpantun sebagai tanda kemesraan dengan ibu bapa



Sumber:
Puisi Melayu Tradisi,
(penyunting) Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,
Penerbit Fajar Bakti, 1996.

Perbincangan Komsas
Tema:  Kegembiraan anak-anak apabila ibu dan bapa pulang ke rumah


Nilai murni

1   Kasih sayang: anak-anak . Ibu bapa sentiasa menunggu kepulangan ibu bapa ke rumah. Ikatan kekeluargaan yang kukuh

2   Kemesraan: anak-anak menyambut kepulang ibu bapa dengan gembira. Ibu bapa pula
                           membelikan pakaian baharu

3   Saling menghargai: Anak-anak menghargai pemberian ibu bapa. Ibu bapa pula melayan keletah /
                                       kerenah anak dengan sabar

Persoalan
(huraian gunakan seperti dalam nilai murni)

1   Kasih sayang sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa

2   Kemesraan dalam komunikasi keluarga

3   Saling menghargai antara anggota keluarga


Pengajaran

1   Kita hendaklah saling menyayangi sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa

2   Kita hendaklah mengamalkan kemesraan dalam komunikasi keluarga

3   Kita hendaklah saling menghargai antara anggota keluarga


Persamaan rima

1   Hanya persamaan rima akhir antara pembayang pantun dengan maksud

Perulangan

1)  Rangkap1 dengan rangkap 2: baris 2 dengan baris 1; baris 4 dengan baris 3

2)  Rangkap 4:  perkataan 'sebarang' pada baris 2 dengan baris 4

Contoh tugasan

1  aras petikan:

    Berdasarkan rangkap 1 hingga rangkap 3, mengapakah anak-anak berasa gembira?

2  aras kbat:

    Hubungan antara anak dengan ibu bapa perlu dipupuk sejak anak masih kecil.
    Jelaskan pendapat anda.

3  aras komsas:

    Huraikan dua pengajaran berdasarkan pantun di atas.

Cadangan jawapan

1   Anak-anak berasa besar hati demi melihat ibu sudah pulang, lalu hilanglah rasa cemas apabila 
     ibu pulang lekas.

2   Saya bersetuju bahawa hubungan antara anak dengan ibu bapa perlu dipupuk sejak anak masih 
     kecil. Anak-anak kecil yang dilayan dengqn penuh kasih sayang dengan bahasa dan
     komunikasi mesra dalam keluarga akan membetuk perwatakan yang bakal dibawa ke alam
     remaja, muda dan dewasa. Anak-anak kecil masih mudah dibentuk seperti maksud peribahasa' 
     melentur buluh biarlah dari rebungnya.

3   (gunakan huraian yang disediakan di atas, serta contoh maksud dalam pantun)


Saranan kepada murid

Pelajarilah kaedah menulis pantun dengan betul. Pembayang hendaklah sama ada unsur alam atau kerenah manusia. Sekurang-kurangnya rima akhir / hujung baris 1 dengan baris 3, baris 2 dengan baris 4 hendaklah sama. Kesemua lima pantun dalam naskhah antologi terdiri daripada pantun 4 rangkap.

Saranan kepada guru

Beri bimbingan kepada murid melafazkan pantun dengan intonasi yang sesuai supaya kehalusan dan keindahan puisi tradisional Melayu terserlah.

Kesimpulan dan Penutup

Pantun ialah warisan puisi tradisional Melayu yang unik. Walaupun zaman telah berubah, pantun masih diungkapkan dalam majlis-majlis rasmi dan keramaian. Kehalusan dan keindahan bahasa yang terungkap dalam setiap rangkap pantun akan mengingatkan kita tentang jati diri dan akar umbi alam Melayu ...