Thursday, December 22, 2011
BANDAR DUNGUN, TELUK LIPAT SERABUT (THE THREAT OF BEACH EROSION AND SLOW CONTRACTOR)
Sudah bertahun-tahun penduduk Dungun bersabar dengan keadaan jalan bandaran di Sura Gate yang menjadi zon aktiviti ekonomi dan pentadbiran setempat seperti projek terbengkalai layaknya. Tiada notis besar yang terpampang tentang tempoh kesusahan yang perlu dilalui. Lencongan ke laluan tepi pantai pula berhadapan dengan risiko hakisan yang kritikal.
Sejak dimasyhurkan sebagai perbandaran, Dungun menerima peruntukan besar naik taraf prasarana bandar. Sebelum menikmati kemudahan canggih, lengkap, selamat dan selesa, penduduk Dungun harus berkorban. Paling tidak, mereka tidak berhenti berharap.
Laluan alternatif sepanjang pantai yang bermula dari Teluk Lipat pula nyata bukan pilihan terbaik. Hempasan dan hentaman ombak Laut China Selatan yang terbentang luas mengakibatkan hakisan pantai yang serius. Pokok rhu terguling, manakala guni pasir yang berfungsi sebagai benteng pencegahan dengan mudah diasak oleh ombak. Sudah banyak kali kawasan jalan ditelan oleh laut hingga makin hampir ke kawasan premis niaga dan institusi pendidikan yang terdapat di situ.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment