SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, April 1, 2012

PESTA RIA KUMPUL DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH (CENTENNIAL FUN FAIR OF ST MICHAEL'S)

Pendahuluan

Sebagai sekolah bantuan modal, SMK St. Michael, Ipoh (SMI) perlu mengambil daya usaha tambahan untuk mengumpul dana pembiayaan projek kemudahan dan pembangunan sekolah bagi menyediakan persekitaran pembelajaran terbaik kepada pelajar. Demikian juga keselesaan yang dinikmati oleh seluruh warga sekolah akan dipulangkan dalam bentuk kecemerlangan dan keberkesanan sekolah bagi menolong pelajar menuju puncak jaya dalam kehidupan mereka. Maka, sempena sambutan perayaan 100 tahun penubuhannya, SMI menganjurkan projek skala besar, iaitu pesta ria yang merangkumi aktiviti jualan, pertandingan muzikal dan pameran sejarah se-abad SMI.

2   Matlamat

Meneruskan tradisi dukungan masyarakat terhadap kecemerlangan sekolah


3   Objektif

3.1   Memperoleh jualan kupon sebanyak RM100,000

3.2   Mendapatkan derma, tajaan dan sumbangan individu dan organisasi

3.3   Mengisi acara sambutan gilang-gemilang 100 tahun penubuhan sekolah



4   Konsep

Menyumbang sambil bersuka ria



5   Tema

"Menjejak kegemilangan silam, menakluk masa hadapan"

(Cherishing our past, embrace the future)



6   Tarikh


6.1   Pada 29 April 2012  (Ahad)

6.2   Mulai pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang



7   Tempat


7.1   Tapak perhimpunan / gelanggang bola tampar

7.2   Blok kelas tingkatan 3

7.3   Dewan sekolah




8   Sasaran Kutipan

8.1  Jualan kupon         :  RM100,000

8.2  Derma, sumbangan, tajaan    :   RM150,000


9   Aktiviti

9.1   Jualan gerai:  makanan, permainan, cenderamata

9.2   Pertandingan muzikal 

9.3   Pameran 100 tahun sekolah


10   Penyertaan

10.1   Warga SMI:  pelajar, guru, kakitangan

10.2   PIBG

10.3   Persatuan Bekas Pelajar:  OMA, Gapis

10.4   Rakan kecemerlangan SMI:  individu, organisasi berkepentingan

10.5   Media:  cetak, elektronik, maya

10.6   Orang ramai / masyarakat



Penutup

Selama 100 tahun ini, SMI tegak berdiri dengan megah hasil dukungan dan sokongan masyarakat dan kerajaan. Kini, SMI melangkah masuk ke abad yang kedua penubuhannya dengan harapan dan impian yang sama. Sesungguhnya sumbangan semua pihak ke arah menjayakan  pesta ria SMI bakal menjadi bekalan yang paling berharga bagi membawa SMI ke mercu yang lebih tinggi dari segi kecemerlangan dan kejayaan pendidikan generasi muda kita.

No comments: