Sangatlah ironis betapa sebuah entiti haram Yahudi yang kerdil itu boleh mempertahankan kewujudannya walaupun dihimpit negara-negara Arab kiri kanan dan atas bawah. Adakah kekuatan mereka didalangi oleh kuasa besar, atau kerana kelemahan bangsa Arab untuk bangkit membela saudara se-Islam mereka? Keruntuhan empayar Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924 menjadi titik tolak kemerosotan pengaruh khilafah yang menjadi kunci perpaduan umat Islam.
Dari segi sejarah, kaum Yahudi memang menjadi sebahagian penduduk Hijaz (sebelum rantau Arab dipecahkan kepada negara bangsa oleh penjajah Barat), dan terkenal dengan khianat dan onar mereka hingga menjadi kaum yang terusir ke merata pelosok dunia. Menerusi perancangan yang licik, petempatan beberapa keluarga Yahudi di bumi Palestin bermula dengan pembelian tanah kediaman sedikit demi sedikit. Langkah peluasan wilayah haram diteruskan dengan cara rampasan.
Generasi muda Palestin tidak boleh berbuat apa-apa atas kesilapan nenek moyang mereka yang berkemungkinan tidak dapat menghidu tembelang Yahudi lebih awal. Mereka terpaksa membayar kesilapan masa silam itu sekarang. Tebing Barat dan Genting Gaza tidak pernah berhenti bergolak.
Entiti haram Yahudi tidak pernah menghiraukan sebarang bantahan atau ketetapan antarabangsa. Penduduk Palestin dipenjarakan dengan tembok tinggi atas alasan untuk menghentikan intifadah. Sekatan sumber ekonomi dilakukan semahu-mahunya.
Peristiwa nakbah, serta tragedi kem pelarian Shabra dan Shatila menjadi lambang keangkuhan Yahudi dan lambang kebaculan pemimpin Arab yang tidak menunjukkan kesungguhan untuk menjaga maruah saudara-saudara mereka. Sebaliknya soldadu Palestin seolah-olah dibiarkan berjuang bersendirian dengan kelengkapan persenjataan yang sangat minimum. Hanya keyakinan terhadap janji syahid menjadi inspirasi mengekang kemaraan tentera haram Yahudi.
Kemarahan tentera haram Yahudi terhadap Palestin meningkat setelah mereka dimalukan dengan dua siri kekalahan di tangan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan dan diusir dari Gaza hujung tahun lalu. Misi balas dendam diteruskan dengan menguji reaksi antarabangsa terlebih dahulu. Kapal-kapal (Frotilla, Mavi Marmara) yang membawa muatan misi kemanusiaan daripada pelbagai pertubuhan sukarela dunia telah diserang di kawasan perairan antarabangsa...
No comments:
Post a Comment