Friday, December 2, 2011
PAKISTAN UNDANG BALA (THE REAL ENEMY)
Peristiwa pengeboman tentera Nato ke atas kedudukan tentera Pakistan yang mengorbankan 24 orang askar mengakibatkan bantahan diplomatik sehingga mahu menarik balik kerjasama dengan blok Barat dalam menghadapi puak Taliban. Sebenarnya bedilan rambang tentera Barat telah mengorbankan terlalu ramai orang awam dan tentera tempatan. Kalau menang pun jadi arang, kalau kalah terus jadi abu!
Sampai bila negara-negara dunia ketiga mahu bergantung kepada telunjuk lurus kelingking berkait kuasa tentera Barat? Adakah mereka masih belum serik dengan pengalaman sejarah penjajahan yang panjang oleh kuasa Barat itu? Masih tidak kenal tembelang dan niat buruk blok Barat?
Tindakan mempelawa tentera asing memasuki wilayah sendiri mengundang padah dari awal. Keselamatan awam menjadi taruhan. Kemusnahan harta benda dan prasarana awam juga tidak dapat dijamin lagi.
Apabila tentera asing menjejak kaki di sesuatu negara, mereka liat untuk berundur. Alasan lojistik dan kerjasama keselamatan akan menjadi beban kepada tuan rumah. Pertempuran menjadi medan ujian senjata dan latihan tentera asing bukan di bumi mereka sendiri.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Selagi umat tidak membina kekuatan aqidah, syariat, akhlak, jihad dan persaudaraan, selagi itu umat akan dikotak-katikkan. Ayuh, mulai dengan kekuatan ilmu pengetahuan, kesarjanaan, penyelidikan dan sikap ingin berjaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sebenarnya kita takut pada diri sendiri.
Saya berpendapat 'persaudaraan' lah yang terpenting sekali. Jangankan ngeri orang, lihatlatlah kepada diri kita - apa yang sedang berlaku dan kita boleh menelah apa yang akan berlaku. Itu lah persoalan dalam posting saya 'Where are we?'. I like to hear your comments since we are talking on a related subject.
Salam
Terima kasih atas perhatian dan maklum balas
Saya sangat setuju dengan sri mersing dan pak hasan (al-manar).
ulasan yang pak hasan minta telah saya tulis dalam laman al-manar sendiri. saya berasa kerdil dan mentah dalam wacana falsafah tinggi macam pak hasan lakukan itu...
Post a Comment