SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, June 1, 2012

"KRISIS" BAB 12 NOVEL KONSERTO TERAKHIR (THE NEW PHASE OF LIFE)

Pengarang novel:  Dato' Abdullah Hussain, 91
Muka surat rujukan:  210 - 233

Watak utama:  Hilmi
Watak pembantu:  Encik Bakar (guru muzik Hilmi / ketua kuartet muzik / bapa Azizah / mentua Hilmi)
                          :  Ibu Azizah  (isteri Encik Bakar / mentua Hilmi)
                          :  Azizah  (anak Pak Bakar / lulusan MCE / kerani dipejabat Perbendaharaan / isteri Hilmi)
                          :  Mamat  (kawan Hilmi / suami Esah / pemandu Dr. Nathan)
                          :  Hayati  (isteri Mohsin / "sepupu" Hilmi / anak Datuk Johari, Datin Salmah)

Latar tempat:  rumah Pak Bakar
                   :  bilik sewa Hilmi di Kampung Baru, Kuala Lumpur (semasa bujang)
                   :  taman bunga (dibawa oleh mamat bertemu Hayati)
                   :  hotel (tempat kuartet Encik Bakar membuat persembahan)
                   :  rumah Hilmi sekeluarga (dengan Azizah, anak lelakinya, Hakim)

Latar masa:  pagi Sabtu (Hilmi menunggu berita keputusan mesyuarat persatuan muzik Encik Bakar)
                 :  petang Sabtu  (Hilmi merayau di Jalan Tuanku Abdul Rahman mengenangkan Hayati akan ke London)
                 :  malam minggu (sabtu malam Ahad) (bertemu Hayati, bermain muzik sebagai profesional)
                 :  selepas Subuh  (Hilmi mendapat ilham menggubah lagu "Perpisahan")
                 :  setelah Hilmi bernikah dengan Azizah  (rumah tangga goyah)

Ringkasan bab / peristiwa penting

Hilmi berasa gelisah menunggu kepulangan Encik Bakar daripada mesyuarat Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Dia risau jika Encik Bakar dipecat atas sebab membantu dirinya. Hilmi tidak menyentuh piano seperti biasa, malah tidak meneguk air teh yang dihidangkan. Ibu Azizah berasa hairan, lalu bertanya. Kemudian, ibu Azizah berjaya meyakinkan Hilmi bahawa Encik Bakar sangat jujur dan tidak mungkin dipecat. Tepat pukul 1.00 Azizah muncul.  Dia menunjukkan berita akhbar tentang Hayati akan ke London untuk belajar muzik selama dua tahun. Hilmi terus pergi tanpa menyambut pelawaan makan tengah hari. Dia ke taman bunga berhampiran Tugu Negara. Setelah balik ke rumah, Hilmi berasa lapar, lalu ke kedai nasi Padang. Kemudian, Hilmi tidur nyenyak di rumahnya hingga menjelang Maghrib. Usai solat, mamat terpacul di muka pintu memberitahu Hayati ada di dalam kereta.

Hayati berterus terang bahawa dia cintakan Hilmi, tetapi harus akur akan kehendak ibu bapa untuk dijodohkan dengan Mohsin. Hayati juga memberitahu Mohsin tahu akan hakikat itu dan memberi izin dia bertemu Hilmi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan orang tuanya, dan Hilmi memang tidak keberatan.

Sebaik tiba di hotel, Encik Bakar menyerahkan resit ahli persatuan muzik kepada Hilmi tanda dia sudah bergelar profesional dan bebas membuat persembahan. Hilmi pulang pada pukul 3 pagi dan tidak tidur-tidur. Dia solat Isyak dan kemudian menunggu waktu Subuh sambil terkenang kepada Hayati. Kemudian, dia menggesek biola, lalu beroleh ilham mencipta irama lagu "Perpisahan". Pada pukul 10 pagi, dia ke rumah Encik Bakar dengan not muzik berkenaan untuk susunan yang lebih baik. Encik Bakar mencadangkan lagu itu disimpan dahulu sementara Hilmi mencipta lagu lain untuk melengkapkan sebuah album.

Pengaruh kumpulan gitar rancak (kugiran) menerbitkan keinginan Hilmi untuk turut serta dalam aliran muzik kegilaan semasa, lalu disokong oleh Azizah. Tanpa disangka, Encik Bakar membenarkan Azizah menganggotai kugiran Dahlia (Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Arasu). Hilmi ikut menyanyi berduet bersama Azizah. Sebenarnya Hilmi menjadikan aktiviti muzik rancak sebagai pelarian daripada ingatannya terhadap Hayati. 

Setelah kugiran mereka mengalami kemerosotan, Hilmi kembali bermain orkestra dan menggubah lagu. Walaupun lagu gubahan Hilmi laris di pasaran, tetapi akibat kegiatan lanun rompak, Hilmi tidak menecapi hasil lumayan. Walaupun begitu, Hilmi masih dapat mengubat hatinya yang duka lara.

Hilmi kemudian berkahwin dengan Azizah. Setelah dikurniakan anak lelaki, rumah tangga mereka dilanda badai. Azizah mula meluahkan rasa bosan dengan sikap Hilmi yang acuh tidak acuh terhadap keluarga. Pertengkaran kerap berlaku. Mereka juga tidak sepakat tentang cadangan Azizah untuk menyerahkan Hakim di bawahb jagaan ibu bapanya. Hilmi juga berasa terkongkong dan kebebasannya diserahkan kepada Azizah. Dia mula rindu akan kehidupan zaman bujang. Namun, krisis yang dialami memberi ilham kepada Hilmi untuk menggubah lebih banyak irama lagu...



Perwatakan:  tabah  (Hilmi menjalani kehidupan berdikari tanpa bantuan keluarga Datuk Johari)
                  :  kreatif  (Hilmi berkebolehan menggubah irama lagu)
                  :  setia kawan  (Mamat merancang pertemuan Hilmi dengan Hayati yang sudah bersuami)
                  :  berterus terang  (Hayati meminta izin Mohsin untuk bertemu dengan Hilmi)
                  :  peka / prihatin  (Encik Bakar membenarkan Hilmi menubuhkan kugiran Dahlia bersama Azizah)
                  :  bersimpati  (Azizah bersedia berkongsi cerita dengan Hilmi hingga mereka berumah tangga)
                  :  yakin diri  (Ibu Azizah yakin perjuangan suaminya akan berjaya)

Latar masyarakat:  masyarakat yang tabah
                          :  masyarakat yang kreatif
                          :  masyarakat yang setia kawan
                          :  masyarakat yang berterus terang
                          :  masyarakat yang peka / prihatin
                          :  masyarakat yang bersimpati
                          :  masyarakat yang yakin diri

Nilai murni:  ketabahan, kreativiti, kesetiakawanan, terus terang, kepekaan / keprihatinan, simpati, keyakinan

Persoalan:  ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan
               :  kreativiti dalam bidang muzik
               :  kesetiakawanan sesama rakan
               :  terus terang dalam komunikasi
               :  kepekaan / keprihatinan terhadap cita rasa / minat / kecenderungan anak muda
               :  simpati terhadap penderitaan orang lain
               :  keyakinan terhadap keperibadian suami
             
Pengajaran:  kita hendaklah tabah dalam mengharungi cabaran kehidupan
                 :  kita hendaklah kreatif dalam menyelesaikan masalah / membuat keputusan / mengambil tindakan
                 :  kita hendaklah setia kawan sesama rakan
                 :  kita hendaklah berterus terang dalam komunikasi
                 :  kita hendaklah peka / prihatin terhadap cita rasa / kecenderungan / minat orang lain
                 :  kita hendaklah bersimpati atas penderitaan orang lain
                 :  kita hendaklah yakin akan keperibadian anggota keluarga sendiri

kbkk:  batas pergaulan antara bukan mahram
        :  kebijaksanaan watak utama mengendalikan konflik diri

No comments: