SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, July 10, 2012

MASALAH SOSIAL DUNIA MAYA (MORAL DECADENCY IN THE AGE OF INFORMATION)

Pergaulan bebas ialah antara kepincangan masyarakat yang berlaku sejak zaman-berzaman, tetapi bentuknya berbeza-beza mengikut peredaran zaman dan persekitaran. Natijah hubungan terlarang antara pasangan bukan mahram ialah keruntuhan institusi perkahwinan dan fenomena pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Kini, dalam era komunikasi maya menerusi pelbagai peranti elektronik mudah alih telah melanjutkan pula bentuk pergaulan bebas yang lebih sukar untuk dikawal, bahkan lebih bersifat rahsia dan tersembunyi.

Pada era awal pengenalan internet kepada masyarakat awam, ruang sembang (chat room) menjadi kegilaan pelbagai peringkat usia, dari remaja hingga yang sudah tua bangka sehingga ramai yang sanggup bersengkang mata melayan rakan maya secara terbuka atau peribadi (private message) hingga dini hari, iaitu kalau di kampung, ayam sudah mula berkokok. Yang remaja menyamar sebagai orang muda, yang tua menyamar jadi remaja, lelaki menyamar sebagai perempuan dan sebaliknya. Pendek kata, dalam banyak kes ruang sembang, berlaku saling menipu dan menyamar.

Perkenalan alam siber itu kadang-kadang bertukar kepada hubungan bersemuka yang mendedahkan seseorang terhadap penipuan, penyamaran, manipulasi, eksploitasi dan pergaulan terlarang. Kumpulan ruang sembang berkenaan juga ibarat penagih candu yang tidak mampu melelapkan mata jika tidak menjengah ruang sembang masing-masing. Kemudian, hidup mereka dikuasai oleh khayalan dan imaginasi yang indah-indah (hakikatnya palsu) tentang dunia maya yang telah mengawal diri mereka tanpa disedari.

Dengan kemajuan teknologi internet jalur lebar tanpa wayar, serta kemunculan pelbagai laman sesawang interaktif, (we)blog, facebook, twitter, myspace dan friendster telah mewujudkan kesempatan yang lebih luas untuk interaksi maya. Kanak-kanak tadika pun sudah mahir dalam urusan reka bentuk blog dan facebook dan mengumpul rakan dari seluruh penjuru alam. Kaum remaja, muda, dewasa dan tua juga tidak ketinggalan mempunyai akaun maya masing-masing atas tujuan asal yang murni, iaitu untuk memudahkan komunikasi atas talian dari segi urus niaga dan kerjaya.

Tanpa menafikan faedah atau kebaikan komunikasi maya, banyak penyelidikan menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kerosakan sosial apabila pemilik akaun maya tidak mampu mengawal diri sendiri sebagai tuan punya laman, atau memang mempunyai niat jahat sejak dari awal. Celik sahaja mata terus menerkam komputer atau telefon bimbit pintar seolah-olah mesej kawan-kawan sebagai sesuatu yang amat penting dan mengatasi hal peribadi yang lain. Banyak yang menjadi murung jika gajet komunikasi mereka tiba-tiba meragam dan tersekat.

Sesetengah ulama di Indonesia dan Iran mengeluarkan 'fatwa' bahawa komunikasi maya antara bukan mahram sebagai haram dan berdosa, sama seperti pergaulan bebas secara bersemuka. Seperti lazim, sudah pasti muncul pendapat yang bersetuju atau menentang. Namun, peringatan ulama demikian ialah lambang kepekaan mereka terhadap betapa umat perlu diselamatkan sebelum terlajak lebih jauh.

Hubungan terlarang secara maya bukan sahaja membabitkan remaja, bahkan antara orang dewasa bukan mahram yang sudah berumah tangga. Suami orang bermesra dengan isteri orang menerusi laman muka buku secara terbuka atau menghantar mesej di dinding. Nama pengenalan diri dan kata laluan sudah tentu tidak diberikan kepada pasangan masing-masing.

Akhirnya, seisi keluarga mungkin terbabit dengan pergaulan bebas, bermula dari si cilik yang bersekolah tadika, abang dan kakak di sekolah menengah, serta ibu dan bapa yang sibuk melayan rakan-rakan maya masing-masing. Mereka sudah tercampak dalam kebinasaan, iaitu melakukan kegiatan yang sia-sia. Masa yang begitu berharga dalam tempoh kehidupan yang begitu singkat dibazirkan begitu sahaja dalam perkara subahat dan maksiat, astaga!

...

...

...

...

No comments: