Malaysia 0 X 10 = 0 2 X 30 = 60
Jepun 2 X 25 = 50 0 X 35 = 0
______________________________________
Keluaran dunia 50 60
_______________________________________
Keluaran dunia bagi makanan telah meningkat sebanyak 15 unit (50 - 35), manakala keluaran dunia bagi pakaian telah turun sebanyak 5 unit (60 -65). Namun, keluaran dunia secara keseluruhan telah meningkat sebanyak 10 unit, iaitu + 15 unit makanan dan - 5 unit pakaian. Maknanya pengkhususan telah meningkatkan keluaran dunia, atau dalam kata lain PAB mungkin boleh dijalankan.
Bagi menjalankan PAB, satu kadar pertukaran eksport dan import mesti dipersetujui oleh Malaysia dan Jepun. Kadar pertukaran hendaklah terletak antara harga relatif makanan dengan pakaian. Harga relatif di Malaysia ialah 30 / 10 = 3, manakala di Jepun 35 / 25 = 1.4. Andaikan kadar pertukaran yang disetujui ialah 1 : 2, iaitu satu unit makanan dengan 2 unit pakaian (harga relatif antara 1.4 dengan 3 tadi).
Andaikan juga selepas pengkhususan, Malaysia menggunakan 30 unit pakaian, iaitu sama seperti sebelum pengkhususan. Semua baki 30 unit pakaian dieksport ke Jepun dengan memperoleh 15 unit makanan. Jepun pula akan menggunakan baki 35 unit makanan untuk kegunaan dalam negara.
makanan pakaian
Malaysia 15 30
Jepun 35 30
__________________________________
Keluaran dunia 50 60
___________________________________
Laba (untung) PAB bagi Malaysia dan Jepun ditunjukkan seperti jadual di bawah:
makanan pakaian
Malaysia 15 - 10 = 5 30 - 30 = 0
Jepun 35 - 25 = 10 30 - 35 = - 5
________________________________________
Keluaran dunia + 15 - 5
________________________________________
Kedua-dua Malaysia dan Jepun menikmati pertambahan penggunaan dalam negara sebanyak 5 unit, iaitu:
Malaysia: 5 unit makanan + 0 unit pakaian = 5
Jepun: 10 unit pakaian + (-) 5 unit pakaian = 5
Kesimpulannya, PAB boleh dijalankan.
Kaedah gambar rajah
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
2 comments:
Mengapa teori berbanding mengambil kos lepas yg plg rendah ?
terms of trade dalam bahasa malaysia apa ye?
Post a Comment