Thursday, July 5, 2012
MEMULIAKAN ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL (PROTECTING DISADVANTAGE CHILD)
Kanak-kanak yang kehilangan bapa akibat kematian dipanggil yatim, manakala kanak-kanak kematian ibu dipanggil piatu. Kehilangan salah seorang, apatah lagi kedua-dua ibu dan bapa merupakan tamparan hebat bagi seorang kanak-kanak yang masih tidak berdaya dari segi kasih sayang dan kewangan. Anak yatim akan bergantung kepada belas ikhsan keluarga terdekat dan masyarakat sebagai tempat bergantung dan tempat bermanja.
Dalam kes anak yatim, si ibu turut berubah status sebagai janda atau ibu tunggal. Seorang ibu tunggal bakal menempuh cabaran yang sangat hebat dari segi emosi dan ekonomi apabila terpaksa berhadapan dengan tekanan sosial yang cukup tinggi. Di samping harus menguruskan anak seorang diri, si ibu tunggal mungkin dipandang serong oleh wanita lain yang berimaginasi bahawa golongan janda sebagai ancaman baharu terhadap rumah tangga orang lain.
Anak yatim memiliki hak sepenuhnya terhadap harta benda dan wang ringgit peninggalan bapa mereka yang tidak boleh diganggu sama sekali, melainkan untuk kegunaan yang dibenarkan oleh syarak. Anak yatim menjadi tanggungjawab keluarga terdekat, dan tidak sepatutnya berpindah kepada rumah kebajikan anak yatim atau organisasi yang lain. Namun, atas maslahat tertentu, anak-anak yatim boleh diletakkan di bawah satu bumbung seperti konsep sekolah berasrama penuh.
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment