SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, August 13, 2012

BERBUKA PUASA DI HOTEL (APPRECIATING EXPERT)

Paling murah pun caj buffet Ramadan di hotel ialah RM35 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Namun, jika tempahan dibuat secara spontan atau cuba-cuba menjadi pelanggan walk-in, anda hanya dilemparkan senyuman dan ucapan maaf. Pihak hotel memberi keutamaan kepada penghuni mereka dan tempahan yang dibuat jauh lebih awal sebelum bulan puasa lagi oleh organisasi atau individu tertentu.
Tanda harga RM50 - RM80 mungkin dianggap mahal dan membazir bagi sebahagian orang, tetapi dianggap biasa-biasa bagi orang yang duit moncah. Namun, jika seseorang itu teragak-agak untuk membuat keputusan, tempat yang diintai itu akan segera disambar oleh orang lain. Keadaan yang sama berlaku di pasar basah apabila udang bermutu tinggi RM60 sekilogram lebih cepat laris daripada udang bermutu sederhana RM40 sekilogram.

Menu hidangan hotel disediakan oleh para chef tersohor yang memiliki kepakaran dan latihan di kolej masakan dan universiti ternama hingga ke luar negara. Petugas-petugas kafe atau restoran di hotel akan segera membersihkan meja makan anda setiap kali didapati selesai satu hidangan untuk bertukar kepada hidangan berikutnya. Suasana ruang makan juga begitu eksklusif dan santai, sambil diiringi alunan muzik yang sesuai dengan majlis berbuka puasa.

Di hotel juga, setiap tetamu atau pengunjung akan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga diri semasa menikmati hidangan supaya kelihatan sentiasa beradab sopan. Tiada sesiapa pun yang berani bercakap dengan suara yang sangat lantang sebagaimana di kedai makan biasa atau restoran tanpa bintang. Makanan juga mencukupi justeru pihak chef telah membuat perancangan masakan yang teliti, di samping pelan luar jangka, jika perlu.

Kepakaran, perkhidmatan dan ciri eksklusif yang disebutkan ialah harga yang perlu dibayar oleh pengunjung dan tetamu buffet Ramadan di hotel. Tiada sesiapa yang memaksa seseorang untuk menikmati hidangan di hotel, justeru perkara berkenaan ialah suatu pengecualian. Tawar-menawar harga dengan pihak hotel mungkin boleh dilakukan jika tempahan dibuat secara pakej atau kumpulan yang besar.

Isu pembaziran makanan tidak timbul jika seseorang pengunjung atau tetamu hotel dapat mengawal diri ketika mengambil makanan. Memang aneka hidangan disediakan, tetapi tiada sesiapa yang menyuruh anda mengaut makanan secara luar biasa dan berlebihan. Risiko berlebihan gula, kolestrol dan lemak bukanlah tanggungjawab pihak hotel, melainkan kena tanggung sendiri!

Lazimnya, orang berbuka puasa di hotel hanyalah sekali sekala, melainkan ahli perniagaan yang mempunyai urusan dengan rakan kongsi atau klien penting mereka. Setelah berdoa dan menjamah buah tamar, pengunjung dan tetamu boleh menunaikan solat Maghrib yang singkat di surau yang disediakan secara bergilir-gilir. Selepas itu, baharulah lega dan lebih tenang menikmati hidang yang lazat belaka.

Bekas yang paling buruk untuk diisi dengan penuh oleh manusia ialah perutnya. Secara ideal, isi sepertiga perut dengan makanan, sepertiga dengan air dan sepertiga lagi untuk udara. Saranan al-hadith berkenaan perlu melekat di minda setiap kali berhadapan dengan ujian di meja hidangan...

No comments: