Tuesday, August 14, 2012
TRADISI BALIK KAMPUNG (FESTIVE SEASON ON THE ROAD)
Buat masa sekarang, tradisi berhari raya di desa masih berjaya dipertahankan walaupun bilangan keluarga Melayu yang tinggal di kawasan perumahan semakin besar bilangannya. Ibu bapa yang berusia 40-an ke atas masih kuat dengan kenangan suasana kemeriahan beraya di desa. Mereka mahu anak-anak kecil mereka turut menghargai pengalaman seumpamanya.
Bandar raya yang biasanya mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak tiba-tiba mengalami suasana lengang yang luar biasa. Namun, di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia pula yang memenuhi pusat beli b elah dan taman tema. Pihak keselamatan tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang bentuk provokasi dan kejadian rusuhan.
Halaman rumah datuk nenek yang luas tidak mendatangkan masalah untuk tempat meletak kenderaan. Jalan kampung juga sudah diturap dan boleh tahan luasnya untuk kenderaan berselisih. Segala kemudahan bandar juga sudah ada di kampung seperti saluran televisyen berbayar, jalur lebar dan bekalan air bersih. Rumah di kampung juga dilengkapi dengan perabot yang selesa, selain kemasan lantai dan jubin dinding yang setara dengan mutu rumah bandar.
Jalan raya dan lebuh raya mula sessak dan pergerakan kenderaan mula perlahan. Perangkap had laju menerusi sistem kamera automatik (AES) mungkin sukar mencatat bilangan kenderaan yang memecut melebihi 110 kikometer sejam di lebuh raya atau 80 kilometer sejam di jalan persekutuan dan bandar.
...
....
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment