Sunday, August 26, 2012
NEIL ARMSTRONG LEGENDA PENCETUS INSPIRASI MODEN (THE DEBT OF ADVANCED TECHNOLOGY)
Walaupun kontroversi tentang kesahihan manusia mendarat di
permukaan bulan masih misteri, mendiang Neil Armstrong (5.8.1930 – 26.8.2012)
akan tetap dikenang sebagai legenda misi penerokaan ke angkasa lepas. Pelbagai
versi cerita dan hujah tentang pendaratan Apollo 11 pada 20.7.1969, termasuk
ulasan teknikal kemungkinan penggambaran video dilakukan di sebuah kawasan
gurun di Arizona. Keadaan bendera yang berkibar dan terdapatnya bayang-bayang
menjadi sandaran kecurigaan versi berkenaan.
Tidak kurang hebatnya ialah cerita bahawa Amstrong mendengar
azan di angkasa lepas, kemudian beliau menganut Islam dan menyertai jemaah
tabligh, termasuk hadir dalam ijtimak di Malaysia, tersebar
dengan meluas. Kini, Neil Armstrong telah tiada lagi untuk memberi pengesahan
atau penafian tentangnya. Hanya yang pasti ialah cerita Apollo dan Neil
Amstrong telah memberi ‘kemenangan besar’ propaganda Amerika Syarikat ke atas Soviet
Union (Rusia) dalam era perang dingin pasca-Perang Dunia Kedua.
Sejak peristiwa bersejarah Neil Armstrong, penyelidikan
tentang angkasa lepas mendapat perhatian universiti di seluruh dunia, termasuk
di negara sedang membangun. Malaysia sendiri telah berjaya ‘menumpangkan”
angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar dalam misi Rusia pada
10.10.2009. Pelaburan dalam kajian angka lepas memang teramat tinggi, tetapi
pulangannya sangat berbaloi dari segi teknologi maya dan penderiaan jauh untuk
maksud ketenteraan dan kegiatan ekonomi komersial.
Neil Armstrong lebih banyak bersikap mengunci mulut daripada
menjaja cerita, peristiwa dan pengalaman sebenar yang beliau lalui sebagai
angkasawan yang mencetuskan anjakan paradigma dalam pemikiran dan pendekatan
saintifik tahap tinggi. Selepas bersara daripada perkhidmatan angkasa lepas
Amerika Syarikat (Nasa), Armstrong
memberi kuliah kejuteraan angkasa lepas di Universiti Cincinnati selama satu
dekad sebelum menyertai beberapa buah syarikat yang berkaitan dengan industri
penerbangan. Beliau juga sudi berkongsi input secara bersemuka dengan angkasawan generasi
baharu, termasuk Dr. Sheikh, sebagai sumber inspirasi yang kuat.
Sikap terpuji Armstrong yang patut diteladani oleh generasi
muda ialah sikap rendah diri dan kesederhanaan. Walaupun diangkat dengan
pelbagai gelaran hebat, Amstrong masih mengungkapkan bahawa beliau hanya
menjalankan tugas untuk negara beliau dan manusia seluruhnya. Tiada kebanggaan
peribadi dilafazkan secara berlebihan.
Teman beliau dalam misi Apollo 11, Edwin ‘Buzz’ Aldrin masih
ada untuk menjadi rujukan hidup tentang pengalaman yang dilalui oleh mereka
berdua. Nama besar angkasawan seperti John Glenn (Amerika Syarikat) dan Yuri
Gagarin (Rusia) akan terus disebut-sebut dalam sejarah kemajuan penerokaan
angkasa lepas. Pengapungan makmal angkasa dan satelit (buatan manusia) di orbit bumi oleh
beberapa buah negara, termasuk Malaysia (RazakSat) telah meningkatkan
perkembangan teknologi termaju untuk manusia mencapai tahap kualiti hidup yang
lebih baik.
Sikap rendah diri dan kesederhanaan Neil Armstrong boleh
difahami kerana Nasa diperkasakan menerusi kepakaran otak terbaik seluruh
dunia, termasuk saintis Islam dari Palestin, India dan lain-lain. Sumbangan
mereka dalam reka bentuk kejuruteraan kenderaan ke angkasa lepas, bahan api dan
bahagian kapsul kapal ialah kerja-kerja di sebalik tabir yang jarang-jarang
diberi perhatian. Sesuatu projek mega atau raksasa yang bertaraf pencetus
lembaran sejarah yang baharu seperti itu membabitkan proses perancangan dan
sumber kepakaran yang sangat imaginatif.
Walaupun masih belum berlaku peristiwa ulangan pendaratan
manusia di permukaan bulan selepas tahun 1972 (jumlah angkasawan yang mendarat di bulan dilaporkan berjumlah 12 orang), kisah Neil Amstrong (kalau diterjemahkan ialah Neil
si lengan gagah) sebenarnya ialah titik tolak penting dalam pemikiran sains dan
teknologi termaju. Kita tinggalkan perdebatan teknikal tentang kesahihan
peristiwa itu kepada mereka yang ahli. Hakikatnya, masih terlalu banyak
khazanah rahsia tentang penciptaan alam jagat raya yang belum dapat
dijangkau oleh manusia sebagaimana perumpaan ilmu yang tidak akan habis
walaupun berkali-kali air lautan menjadi kering untuk berbuat demikian.
Wallahu a’lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Heya i am for the first time here. I found this board and I find It
truly useful & it helped me out much. I hope to give
something back and aid others like you helped
me.
Also visit my weblog ... payday loan singapore
Post a Comment