SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, October 5, 2010

KOLOKIUM PENYELIDIKAN PRAUNIVERSITI SMI BERAKHIR CEMERLANG (MICHAELIAN'S YOUNG RESEARCHERS PRESENTED REPORTS)

Ipoh, Selasa: 5.10.10 / 26 Syawal 1431

Dalam tempoh empat bulan, pelajar tingkatan 6 SMK St Michael, Ipoh (SMI) menerima pendedahan dan melaksanakan penyelidikan secara serentak.  Walaupun dihimpit kesibukan pengajian tahap tinggi, di samping aktiviti kokurikulum dan tugas khas yang lain, mereka masih berupaya menyudahkan tugas penyelidikan yang ditetapkan. Kolokium akhir yang membabitkan lapan pasangan penyelidik muda membentangkan kertas kerja di hadapan semua penyelidik muda yang lain, serta panel penilai, telah menutup tirai penyelidikan prauniversiti untuk tahun 2010.
Memandangkan bilangan penyelidik muda SMI yang berjumlah 201 orang, maka dua buah bilik kuliah telah digunakan. Kali ini lapan pasangan penyelidik muda yang mewakili kelas masing-masing dibenarkan menggunakan kaedah persembahan power point. Namun, pertimbangan utama masih diberikan terhadap penyampaian secara lisan supaya konsep viva dapat diaplikasikan.
Beberapa aspek penambahbaikan yang perlu diberi perhatian ialah dari segi etika dalam penyelidikan, supaya tujuan penyelidikan sebagai cara memperoleh data yang sah dan dipercayai dapat dipenuhi. Penyelidik muda harus dilatih supaya bercakap dalam nada "penyelidik mendapati", sebagai ganti kebiasaan "saya berpendapat" dalam perbincangan biasa. "Mendapati" bermaksud ada data sokongan, bukannya luahan pendapat peribadi.

Yew Jin Wah, pembentang terbaik

Pada keseluruhannya, penyelidik muda prauniversiti SMI telah menampilkan pembentangan laporan penyelidikan dengan cemerlang. Sesuai dengan kawalan sumber yang mereka miliki, kejayaan mematuhi proses dan tatacara penyelidikan yang autentik memberi pengalaman pembelajaran yang amat berharga untuk kemajuan akademik dan kerjaya masa hadapan masing-masing. Hasrat memperkenalkan asas penyelidikan kepada pelajar tingkatan 6 telah tercapai.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tahniah. Sangat terkedepan...

saya harap comment saya ini tidak disiarkan. Cuma, saya perlukan email En. Azhar untuk bertanyakan banyak perkara tentang Pra Universiti, yang saya rasa pertanyaan2 saya mungkin agak panjang dan melibatkan banyak perkara, terutama penyelidikan.


Email saya: npi5568@gmail.com
Saya seorang guru T6 di KK. Tk.