Walaupun seloka di atas boleh ditafsirkan secara lebih jauh, iaitu tentang kenegaraan dan sejarah, tetapi untuk tujuan pembelajaran komsas tingkatan 4, memadai sekadar maksud seloka yang zahir, atau selapis sahaja. Berdasarkan batasan itu, seloka di atas menjurus kepada tema budi berpada-pada. Walaupun meraikan tetamu itu satu amalan mulia, tetapi janganlah hingga menggadai keperluan diri sendiri dan keluarga.
Emak Si Randang telah melakukan perkara di luar kemampuan (tiada kayu, rumah diruntuhkan; dagang pergi, awak terhutang)) demi melayan tetamu asing (dagang lalu, kera di hutan). Lebih malang lagi bahawa si emak telah membiarkan anak pulang kelaparan, sambil anak di pangkuan diletakkan. Beras habis ditanak (dimasak), sedangkan (tanaman) padi tidak menjadi.
Soalan:
i. Nyatakan layanan Emak Si Randang terhadap dagang lalu? (2 markah)
Emak Si Randang menanakkan nasi dan meruntuhkan rumah untuk dibuat kayu api.
ii. Jelaskan cara melayan tetamu mengikut pendapat anda. (3 markah)
Tetamu hendaklah dilayan dengan penuh rasa hormat supaya dia berasa selesa di rumah saya. Selain itu, tetamu dihidangkan makan minum seadanya kerana kebiasaannya tetamu tidak akan memintanya secara terus terang.
iii. Terangkan dua pengajaran daripada seloka. (3 markah)
Pertamanya, kita hendaklah melayan tetamu berdasarkan kemampuan supaya tidak timbul kesusahan pada kemudian hari. Keduanya, kita jangan mengabaikan keluarga sendiri kerana mereka merupakan tanggungjawab kita.
No comments:
Post a Comment