SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 7, 2010

NOVEL HIKMAH KOMSAS TINGKATAN SATU SEPINTAS LALU (LITERATURE COMPONENT FOR FORM ONE)

Novel 'Hikmah' karya Mohd Faris Ikmal telah dipilih sebagai teks komsas tingkatan satu zon utara semenanjung mulai tahun 2010. Karya sepanjang kira-kira 12,000 patah perkataan itu sememangnya bersesuaian dengan tahap murid yang baru memulai persekolahan menengah. Penceritaannya mudah difahami, manakala hanya tiga watak penting ditonjolkan, iaitu Amri, Sapura dan emak Amri.

Novel 'Hikmah' edisi murid berkenaan dibahagikan kepada 10 buah bab dalam 78 muka surat sahaja. Selain itu,  terdapat tiga halaman glosari, sehalaman biodata pengarang dan 6 muka surat berhuruf roman sebagai lembaran-lembaran pengenalan. Setiap bab pula memperuntukkan sehalaman penuh ilustrasi bagi mewujudkan kesan imaginasi yang konkrit bagi murid yang membaca novel.
Kulit hadapan novel 'Hikmah' memaparkan ilustrasi watak Amri dan Sapura. Bahagian kulit belakang pula dihiasi dengan pengenalan ringkas novel, sambil berlatarbelakangkan tiga ekor pepatung di sebuah taman yang menghijau.  Novel terbitan V-Nice Resources itu dijual pada harga rak RM6.70 senaskhah.

Sinopsis

Novel 'Hikmah' mengisahkan tentang Amri, seorang murid yang bermasalah keluarga disebabkan oleh sikap ayahnya yang suka berjudi dan terbabit dengan dadah. Di rumah, Amri ialah anak yang penyayang, serta sangat bersimpati dengan nasib emaknya yang sering menjadi mangsa peras ugut  ayahnya. Bagi melepaskan tekanan itu, Amri bertukar watak membuli murid lain dengan mengutip wang perlindungan. Sapura, seorang pengawas menjadi penghalang kegiatan Amri. Sapura terjatuh ke dalam sawah gara-gara basikalnya terbabas dek perdayaan Amri. Namun, peristiwa Amri dibelasah oleh dua orang penyamun ketika balik dari farmasi di bandar menjadi titik tolak perubahan sikap Amri. Nasib Amri begitu baik justeru Sapura yang mengekorinya berjaya menghubungi pihak polis. Ayah Sapura juga telah membawa emak Amri ke hospital, dan kemudiannya Amri sendiri. Ayah Amri pula ditahan di penjara, lalu insaf. Keluarga Amri dan keluarga Sapura menjadi akrab.


Analisis watak dan perwatakan

Watak utama 

Amri

Sapura

Emak Amri

Watak sampingan

Ayah Amri

Ayah Sapura

Pak Dollah

Rozita

Siva

Salleh

Cikgu Salman

Latar masyarakat

Nilai

Persoalan

Pengajaran

Latar Masa

Latar Tempat

Pengajaran

bersambung...

2 comments:

cikgu m said...

salam cikgu,

saya ingin meminta kepastian berkaitan dengan tema novel hikmah ini. Hal ini kerana, banyak buku di pasaran memaparkan tema yang berbeza-beza dan setakat ini saya tidak dapat mencari maklumat berkaitan isu ini daripada ppk kpm. Hal ini kerana, untuk novel ting. 4 dan 5 ada sumber rujukan daripada ppk dan guru-guru dinasihatkan mengikut nota yang diberikan oleh pihak ppk. terima kasih.

Anonymous said...

cikgu selamat tengahari. saya nak persoalan novel hikmah bagi setiap. boleh tak cikgu menolong saya??