Mengapa Kembara Amira?
Pertama, sudah tentu kerana watak utama novel, iaitu Amira binti Amir. Nama Amira mungkin sekali berkaitan dengan nama Cikgu Amer (Hamzah), iaitu pengarang novel. "Kembara" mungkin sekali bermaksud perjalanan, tetapi mungkin juga mengambil sempena hadiah hari lahir istimewa Encik Amir, sebilah pisau "kembara" yang sentiasa terselit di pinggang Amira sebagai senjata pada detik cemas.
Latar Masa
tahun 2002 ke atas; waktu pagi (di stesen kereta api), waktu petang (air terjun), waktu malam (kompleks arkelogi)
Latar Tempat
1 Desa Karpus: tapak cari gali artifak / kompleks arkeologi yang dinamakan (secara tidak rasmi) sempena nama tulang karpus yang dijumpai. Lokasinya di belantara Titiwangsa, berhampiran Bukit Mat Raya. Kebanyakan penceritaan novel berkisar di situ. Pesawat Cessna yang dinaiki Ripley, isterinya (Brenda), dan anak (Samantha @ Ipah @ Jeniffer) terhempas di situ menandakan detik bermulanya konflik keluarga Tau. Dianggap sebagai "tapak suci" oleh Tau yang saban malam menjenguknya sejak berbelas-belas tahun.
2 Perkampungan orang Asli di sekitar Bukit Mat Raya: petempatan keluarga Itai, bersama-sama Ludin (ayah saudara, ketua kampung), Tau (adik Ludin), Jidin (bapa Ludin, Tau).
3 Air Terjun Angin: tempat Malique datang berjumpa Amira dan JC, memberikan alamat e-mel. Amira tergelincir ke dalam arus sungai yang berhampiran ketika berharap untuk bertemu Malique buat kali kedua.
4 Gunung Gua Gajah: terdapat dinding lakaran arang yang ditunjuki Tau dan jumpaan kapak batu zaman neolitik oleh Rusdi. Amira pula terpijak mobile disk milik Malique yang terjatuh gaung bersama-sama pacuan empat roda. Peranti itu menjadi petunjuk dalam misi menyelamat Malique yang 'ditawan' oleh makhluk misteri separuh beruang.
5 Bukit Kerengga: sebuah bukit curam yang hanya boleh didaki dengan pacuan empat roda oleh pemandu berpengalaman seperti Roslan yang membawa John O'Hara dan Malique.
6 Stesen kereta api Dahan Hijau: tempat Amira dan JC menunggu Pak Lias menjemput mereka ke Desa Karpus. Amira juga mengqada solat Subuh di situ. Menghubungkan belantara Titiwangsa dengan pekan terdekat.
7 Lata Bukit Hijau, Kulim: lokasi dusun nenek Amira.
8 Batu Feringghi: banglo keluarga Jacintha yang dijaga oleh Baba Teck dan Nyonya Sim setelah bapa JC berkahwin lain.
9 Bilik asrama sekolah sawasta di Pulau Pinang: tempat Amira memancing perhatian JC untuk mengajaknya menyertai rombongan kajian arkeologi Desa Karpus. JC tetap menginap di situ pada waktu cuti persekolahan bagi mengelakkan diri daripada ibu tirinya walaupun disediakan tiket penerbangan ke London.
10 Koc (gerabak kereta api: pertama kali Amira terpandang Malique (berkulit agak gelap), kontras dengan seorang lelaki kulit putih yang nyenyak di sebelahnya.
Remaja perempuan yang bijak, peramah, lasak, penyayang, nekad, tegas dan pandai memujuk. Amira sangat memahami kesibukan ibunya (Profesor Zaidah) dan bapanya (Amir, yang selalu ke luar negara). Amira ialah pembantu ibunya dalam mengemas kini laman sesawang maklumat arkeologi.
Jacintha (JC)
Teman akrab Amira, anak tunggal seorang jutawan yang berkahwin semula setelah kematian ibu JC. Perwatakan JC digambarkan sebagai sensitif (mudah tersentuh) dan sedikit penakut (manja), tetapi lasak, setia kawan, peramah, berterus terang dan pemaaf.
Profesor Zaidah
Penyelidik arkeologi terkemuka yang kerap membentangkan dapatan di serata dunia. Digambarkan sebagai kuat bekerja, prihatin, berdedikasi, lemah lembut, tetapi sesekali tegas. Daya kepimpinannya teruji apabila perlu memuktamadkan sesuatu keputusan yang penting, misalnya ketika Dr. Zawawi menyarankan supaya projek arkeologi mereka ditunda ekoran beberapa peristiwa kemalangan yang menimpa Amira, JC dan Profesor Zaidah sendiri.
Dr Zawawi
Doktor perubatan yang bertindak sebagai orang kanan Profesor Zaidah dalam projek penyelidikan arkeologi. Dr. Zawawi prihatin (tentang keselamatan), kelakar, bijak (mententeramkan keadaan), setia dan beretika.
Pak Lias
Pemandu pacuan empat roda projek arkeologi. Pak Lias cekap (memandu dan bersilat), prihatin, berterus terang, penyayang dan berhati-hati. Pak Lias bertanggungjawab menumpaskan makhluk misteri dengan pencak silat gerak songsang yang pernah dipelajari daripada Kiai Rashid.
Rusdi
Ketua kepada pelajar yang menyertai projek penyelidikan arkeologi. Rusdi berfikiran positif, tidak mudak mengalah, jujur dan amanah.
Tau
Usianya menginjak separuh abad, tetapi tangkas, bijak dan cekap (dengan selok-belok rimba), penyayang, pendendam,misteri dan kuat berahsia. Tau menggantikan Ludin, abangnya mengahwini Ipah dan memperoleh dua orang cahaya mata (Sabi @ Malique - dilarikan Ipah; dan Tau - diserahkan kepada Ludin). Apa kaitan Tau dengan makhluk misteri separuh beruang? (jawapannya... baca dulu sendiri!)
Itai
Remaja orang Asli yang pintar hingga pernah mewakili negeri dlam pameran saintis muda, serta menggondol tempat kedua. Projek perubatan herbanya menewaskan kumpulan Amira dan JC (sebelum berkenalan di rimba dengan penampilan yang jauh berbeza). Dilatih oleh Tau untuk mengambil alih jawatan ketua kampung daripada Ludin.
Ludin
Ketua kampung orang Asli. Mahir dalam rawatan herba, termasuk merawat tangan kiri Profesor Zaidah yang cedera akibat kemalangan pacuan empat roda yang terjunam ke sungai. Ludin penyayang, tetapi juga perahsia dan tegas. Kontras dengan adiknya Tau, Ludin lebih lembut dan teliti dalam segala tindakan.
Ipah @ Jeniffer @ Samantha
Anak kepada Ridley, pensyarah universiti di Australia dan Brenda yang terbunuh di lokasi Desa Karpus. Berkahwin dengan Tau setelah perawan, tetapi disisihkan oleh masyarakat orang Asli kerana Ipah dianggap sebagai perempuan sihir yang jelik. Kemudian, Ipah lari dengan Johnny membawa Sabi sekali, tetapi meninggalkan Itai.
Malique @ Sabi
Patuh kepada arahan ibunya supaya menyertai John O'Hara memasuki hutan Gunung Mat Raya. Dia menyangka Amira terpikat dengannya. Malique berasa sangat rapat dengan hutan berkenaan.
John O'Hara
Seorang pengesan emas. prospector berpengalaman dari Australia. O'Hara amanah, kuat bekerja, tetapi kadang-kadang panas baran.
Roslan
Pemandu pacuan empat roda O'Hara. Roslan, bekas pemandu lori balak yang sangat berpengalaman melepasi laluan curam dan licin. Roslan penyayang (tidak sanggup berjauhan dengan ibunya). Roslan suka menolong.
Ah Chin
ketua pekerja O'Hara. Ah Chin sangat tegas mengawal pekerja yang berkelakuan kasar dan suka mengambil kesempatan ketika ketiadaannya.
Diharap analisis Kembara Amira menerusi sinopsis, latar dan perwatakan yang dicoretkan ini dapat mendorong murid membaca novel yang begitu menarik dan mengesankan itu...
12 comments:
terima kasih cikgu... walaupun sy dah bce buku ni berkali2... tp sy still x dpt na wat sinopsis yg mnrik... sinopsis gkgu lngkap.. terima kasih....
TERIMA KASIH CIKGU !
ezza ambik sebgai rujukan eh ?
free of charge ~
terima kasih cikgu...
salam...
nur, eunhwa: sama-sama
ezza: memang itu pun tujuan blog
p/s: peristiwa penting tiap bab bakal menyusul, insya-Allah
salam... sipnosis cikgu amat membantu saya dalam pelajaran dan sy mudah faham ape yg berlaku dlm cerita ini.. sekali lagi, sy ucapkan terima kasih byk2 pd cikgu..
eunhwa, terima kasih juga kerana muncul sebagai "follower", sekali gus mempromosikan blog yang turut didedikasikan kepada generasi remaja ini. mungkin satu hari nanti boleh buat rangkaian...
sama-sama.. saya cuma nak berkongsi apa yang saya rasa dapat memberi manfaat kepada diri setiap individu..
terima kasih sebab sediakan tempat untuk rujukan novel Kembara Amira...
Walaupun saya tidak kenal kamu siapa, tetapi saya sangat berterima kasih...^^
uuurrrmmm.... satu lagi, sinopsis kamu memang menarik ^^
watak dia xpenuh la....
boleh x klau saya tlis latar masa
masa cuti sekolah
salam abdin
insya-Allah boleh...
Post a Comment