(muka surat 120 - 121)
a. kisah seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan angan-angan dan minat menjadi hero bangsawan idolanya;
b. amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasnya;
c. suatu hari, mendapat peluang bersemuka dengan hero pujaannya itu, lalu bertukar-tukar luahan perasaan;
e. penjaga panggung berasa sedar (dalam kecewa) bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri;
Sinopsis
(muka surat 147 - 154)
Si penjaga panggung setia dengan tugasnya menyusun kerusi hingga ke tengah malam usai pementasan bangsawan. Dia berangan-angan menjadi hero, sambil bermonolog dengan kerusi yang kaku. Ketika isterinya mempersoalkan angan-angannya itu suatu pagi, penjaga panggung masih cuba memberi justifikasi (alasan). Suatu petang penjaga panggung sengaja datang awal untuk menonton sesi latihan dan bertemu hero pujaannya. Tanpa disangka olehnya, hero pujaannya mengatakan dunia lakonan tidak sama dengan dunia sebenar, dan menyifatkan pujian penonton (khalayak) sebagai racun paling berbisa yang menjerumuskan kepada penyakit lupa diri. Dia mahu penjaga panggung berhenti memuji kerana sesuatu pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan disebabkan minat. Malah, si hero mengatakan tidak perlulah terkesima (kagum) dengan dunia lakonan (penglihatan zahir), sebaliknya perlu kembali ke dunia nyata. Akhirnya si hero berjaya meneka hasrat sebenar si penjaga panggung, lalu menasihatinya supaya menjadi dirinya sendiri. Pada sebelah malamnya, selesai persembahan, penjaga panggung tidak bernafsu menjalankan tugasnya, sebaliknya dia melemparkan satu demi satu kerusi ke dinding panggung seolah-olah letusan gunung berapi yang terpendam dalam dirinya.
Contoh tugasan
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
"Misalkan saja saudara minat memancing atau menangkap ikan. Apakah kerana minat itu saudara harus menjadi nelayan? Bukankah saudara tetap sebagai penjaga panggung? Begitulah juga saya yang minat menjadi hero. Apakah kerana minat itu saya mesti menjadi hero? Tentu tidak, bukan? Saya akan tetap bernama pelakon."
"Kenyataan saudara itu memeningkan saya."
"Tidak, saudara. Sebenarnya terlalu mudah untuk saudara memahami kata-kata saya itu."
"Bagaimana?"
"Saudara berhentilah memuji saya. Sau ... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.
Si penjaga panggung melongo, terkelip-kelip matanya menatap renungan si hero yang tidak terdaya ditafsirkannya itu.
"Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak, saudara."
Si penjaga panggung terus melongo.
"Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?"
Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.
6 comments:
err..takda ka persoalan? gaya bhasa? watak pwatakan? latar?
???????????????????????
wtf
Err , tak membantu langsung >.<
Thanks ..sangat membantu :) jangan peduli org yg x tahu bersyukur itu
It helps me a lot ! Thanks for sharing
Post a Comment