SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 7, 2011

CIRI-CIRI KARANGAN YANG CEMERLANG (THE ART AND SCIENCE OF WRITING)

Pendahuluan

Kebiasaannya, murid dan pelajar berasa musykil tentang jumlah isi, jumlah patah perkataan dan teknik menulis yang paling lancar. Pelbagai saranan, termasuk model penulisan yang telah mendapat hak paten, hakikatnya hanya menambah celaru dan keliru kepada pelajar. Mereka berasa tertekan hinggakan menganggap proses menulis sebagai terlalu mekanistik dan rumit.

Kemahiran menulis ialah salah satu komponen penting pembelajaran bahasa selain kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran bertutur. Kemahiran menulis boleh disifatkan sebagai puncak kebolehan seseorang murid dan pelajar dalam proses memindahkan buah fikiran dan perasaan mereka dalam bentuk susunan idea dan ayat yang mudah difahami oleh orang lain. Walaupun teknologi terkini membolehkan klip audio video lisan boleh disebarkan ke seluruh penjuru alam secara serta-merta, komunikasi secara lisan itu masih belum dapat menandingi kehebatan sesebuah karangan atau wacana yang mengungkapkan ketajamatan pengamatan seseorang dalam bentuk dokumen.

Persediaan Menulis

Pada amnya, tujuan penulisan ialah proses menyampaikan idea kepada orang lain yang menjadi khalayak sasaran. Tugasan karangan yang diberi oleh guru misalnya perlu mematuhi beberapa ciri asas yang tidak jauh berbeza dengan mana-mana peringkat penulisan, sama ada untuk maksud popular atau ilmiah. Pertimbangan utama murid dan pelajar sepatutnya menjurus kepada:

1   fokus / tumpuan tugasan soalan;

2   arahan ambilan isi: respons tertutup, atau respons terbuka;

3   idea utama: 3 - 5 isi;

4   organisasi perenggan: format am atau format khusus;

5   laras bahasa;

6   kecindan.

Proses mengenal pasti tugasan soalan sama seperti membaca papan tanda tunjuk arah jalan. Jika berlaku kesilapan, alamat sesatlah seseorang. Karangan yang sipi berkemungkinan sekali disebabkan oleh sikap gopoh-gapah dan tergesa-gesa.

Sebagaimana kecekapan matematik, proses mengenal pasti tugasan soalan juga memerlukan latihan yang banyak. Langkah pertama ialah dengan membuat tinjauan soalan-soalan peperiksaan sebenar untuk tiga tahun kebelakangan. Dalam kehidupan kita, keupayaan memberi fokus menjadi jaminan supaya kita akan senantiasa berada pada landasan yang betul.

bersambung...

No comments: