SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 9, 2011

"PEMILIHAN" BAB 2 ERTI SEBUAH PENGORBANAN (THE ORATOR)

Sinopsis


Pada waktu pertama pembelajaran di kelas Satu Dinamik, Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial, yang baru bertukar dari SMK Damansara dan duduk di sebelah Zulkarnain, di belakang Iman dan Pei Wen. Linda terus merapati Adif untuk menonjolkan diri. Ai Ling mencadangkan Iman sebagai wakil pidato sekolah, tetapi Linda ternyata mahu terus-terusan menentang Iman, walaupun belum pernah menyertai pertandingan pidato. Semasa rehat pula, Pei Wen menjelaskan memberitahu bahawa ibu tirinya meminta maaf kerana dia sebenarnya tertekan. Kemudian, datang Zulkarnain dan Adif (yang juga pemidato) menyatakan sokongan kepada Iman. Setelah menetapkan tajuk, Iman terus membuat rujukan di perpustakaan (pusat sumber) ditemani Pei Wen, dan kadang-kadang Zulkarnain dan Adif. Iman kurang selesa dengan sikap dingin Linda, lalu mahukan penjelasan. Linda tanpa berlengah melampiaskan kesumatnya terhadap Iman dengan melabel Iman sebagai hipokrit (pura-pura). Sebenarnya Linda cemburukan Iman yang sering mendapat perhatian rakan sekelas. Pei Wen yang menyaksikan tingkah Linda akhirnya berjaya memujuk Iman supaya tidak sesekali mengalah atau menarik diri hanya disebabkan kata-kata Linda itu.

Watak 1:  Iman Zulaikha binti Yusri 
Perwatakan:  ikhlas / jujur / berterus terang
Latar masyarakat:  Masyarakat murid sekolah / masyarakat yang ikhlas / jujur / berterus terang
Nilai:  Keikhlasan / kejujuran / berterus terang
Persoalan:  Keikhlasan / kejujuran / sikap berterus terang dalam berkawan 
Pengajaran:  Kita hendaklah ikhlas / jujur / berterus terang dalam persahabatan 

Watak 2:  Azlinda binti Borhan (Linda)
Perwatakan:  cemburu / iri hati / pemarah / suka bermusuh
Latar masyarakat:  Masyarakat yang kuat cemburu / iri hati / marah / bermusuh
Nilai:  -
Persoalan:  Sikap cemburu / iri hati / bermusuh dalam berkawan 
Pengajaran:  Kita janganlah bersikap cemburu / iri hati / bermusuh dalam berkawan

Watak 3:  Pei Wen / Zulkarnain / Adif Danial
Perwatakan:  Setia kawan
Latar masyarakat:  Masyarakat yang setia kawan
Nilai:  Kesetiakawanan
Persoalan:  Semangat kesetiakawanan dalam persahabatan
Pengajaran:  Kita hendaklah bersemangat setia kawan dalam persahabatan

Latar tempat:  Kelas Satu Dinamik, kawasan kantin

Latar masa:  sesi pagi persekolahan

Permulaan bab:  Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial, dan memaklumkan hal pertandingan pidato

Perkembangan (eksposisi):  Cadangan pencalonan Iman dicabar oleh Linda

Konflik / pergolakan:  Linda memarahi dan menuduh Iman dengan tidak-tidak

Unsur cemas / saspens:  Berjayakah Pei Wen memujuk Iman yang sedang terluka akibat kata-kata Linda? /
                                     Iman memberitahu Pei Wen dia mahu menarik diri daripada pertandingan pidato

(Sub)klimaks untuk bab 2:  Linda melayan Iman dengan kasar, dan Iman berlari menuju bilik air

(Sub)peleraian:  Iman kembali tersenyum dengan pujukan Pei Wen

Teknik penceritaan:  sudut pandangan orang ketiga (pencerita, pengarang novel)
                             :  dialog / perbualan

Peristiwa menarik:  Pei Wen berjaya melepaskan ayat berbisa, "Iman yang aku kenal, gadis yang tabah dan bersemangat. Bukan pengecut macam sekarang." Iman termakan kata-kata Pei Wen itu... (muka surat 29)

Unsur lucu:  Adif tidak menyertai pertandingan pidato kerana "takut" kedua-dua Iman dan Linda kalah

No comments: