SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 13, 2011

KEMBARA AMIRA BAB 7 (THE ACCIDENT)

Malique berasa bosan kerana terpaksa menemani O'Hara mengadakn perbincangan dengan pelabur emas di Pulau Pinang, sedangkan dia tidak dibenarkan bersuara. Rungutan malique disambut oleh O'Hara yang mengatakan Malique berpeluang memperoleh banyak maklumat untuk perjuangannya menyelamatkan hutan. Pengalaman O'hara hampir membunuh orang di sebuah ladang opal di tengah Australia hingga meninggalkan parut di tepi matanya memancing perhatian Malique. Daripada buruh biasa, O'hara kini menjadi prospector upahan mengesan emas, dan Malique pembantu memasukkan data dalam internet. Percubaan Malique untuk mencungkil hubungan O'hara dengan ibunya gagal. Sementara itu, dalam perjalanan menuruni cerun berliku-liku Pak Lias yang memandu kenderaan pacuan empat roda seakan-akan tidak senang dengan cara Profesor Zaidah melayan Amira, terutana ketika dalam proses pulih daripada lemas. Prof. Zaidah menjelaskan dia lebih pentingkan hal Jacinta, selain tertekan dengan saingan yang dihadapi dalam ekspedisi arkeologi kali ini. Prof. Zaidah cuba mengalih tajuk dengan bertanyakan hal keluarga Pak Lias yang ditinggalkan di kampung. Ketika bercakap tentang barang-barang yang hendak diperiksa di stesen kereta api Dahan Hijau, tiba-tiba kenderaan mereka tidak dapat dikawal. Pak Lias terpaksa mengambil risiko menghimpit tebing curam sebelah diri yang disertai hentaman yang kuat, serta jeritan Prof. Zaidah...

bersambung...

No comments: