SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, March 2, 2012

"SABTU MALAM" BAB 14 NOVEL 6:20 (THE PUZZLE ALMOST FIX)

Pengarang novel:  Siti Jasmina binti Ibrahim
Muka surat rujukan: 167 - 179

Watak utama:  "Saya" (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / Sukma (pelajar universiti)
Watak antogonis / penentang:  Iskandar  (rakan sekuliah Sukma / anggota kanan kumpulan WX2)
Watak pembantu lain:  Su Ani (pemilik Kafe Flora / ibu saudara Teja)
                                :  Aim (kanak-kanak 6 tahun / cucu nenek misteri)
                                :  Aim (lelaki dewasa / penghidap Aids / bekas pekerja ayah Rafiq, seperti yang diceritakan oleh Rafiq)
                                :  Rafiq  (rakan sekuliah Sukma / pemuda kacukan Melayu - Turki yang pernah menetap di Amerika)
                                :  Teja  (teman rapat Sukma / rakan sekuliah Sukma)
                                :  Jerry  (rakan sekuliah Sukma / anggota WX2)
                                :  nenek Aim (bekas bidan / pengasuh Sukma)

Latar tempat:  Kafe Flora  (Aim dibawa makan malam disertai Rafiq, Teja / Iskandar memanggil Sukma)
                   :  rumah nenek Aim / rumah kayu usang  (Sukma menghantar Aim pulang)
                   :  di dalam kereta Rafiq (Sukma, Teja dan Rafiq melayan perasaan / perbualan ringkas)
                   :  di tepi kedai  (Sukma ternampak Jerry yang berpakaian aneh)

Latar masa:  malam

Ringkasan bab

Sebelum menghantar Aim balik ke rumah neneknya, dia dijamu dengan makan malam di Kafe Flora. Aim memberitahu arah rumah neneknya.  Rafiq bercerita pula tentang Aim, lelaki dewasa yang menghidap Aids serta tinggal di belakang rumah tuk siak masjid. Aim menganggur, tetapi dia menolak tawaran majikan lamanya, ayah Rafiq, untuk kembali bekerja di ladang. Dia hanya berjaya dipujuk menerima sumbangan RM500. Aim pernah muncul pada pukul 6.20 pagi di hadapan rumah Sukma, dan marah kepada keluarga Sukma, penghuni banglo putih yang "panas".

Tiba-tiba Iskandar muncul dan memanggil Sukma berbual di luar kafe. Iskandar tergamam apabila diasak dengan pertanyaan tentang Jerry. Dia juga bertegas bahawa aktiviti di ruang sepi, dia bebas membuat pilihan yang "betul". Sukma membidas Iskandar tentang konsep "kongkongan keluarga" yang merupakan tanggungjawab ibu bapa. Sukma juga mengatakan Iskandar terpesong kerana melakukan perkara terlarang yang bersifat rahsia.

Sukma dan Teja menghantar Aim dengan kereta yang dipandu oleh Rafiq. Nenek Aim bersetuju untuk berjumpa dengan Sukma dan kelihatan lega dengan kepulangan Aim yang disangkanya hilang. Sukma meminta maaf kerana membawa Aim ke rumahnya seharian. Nenek Aim bercerita tentang kisah silam keluarga Sukma. Nenek Aim pernah tinggal dengan keluarga Sukma selama dua tahun kerana mengasuh Sukma yang tidak pernah menyusu badan kerana ibunya tidak sihat. Cucu nenek Aim meninggal dua bulan selepas itu tepat pukul 6.20 pagi. Ketika nenek hendak bercerita lanjut, Aim datang mengingatkan bahawa neneknya tidak boleh bercakap lama-lama. Aim terus mengambil bekas air dan ubat nenek. Ketika Sukma hendak mengambil bantal, dia ternampak gambarnya sendiri ketika berusia 4 bulan. Walaupun ingin tahu, tetapi Sukma bergegas pulang supaya nenek Aim boleh berehat.

Sukma, Teja dan Rafiq berbual ringkas tentang misteri 6.20 di dalam kereta. Tanpa disangka, Sukma ternampak kelibat Jerry. Sukma terus menerpa ke arah Jerry sambil diikuti oleh Teja.

Perwatakan:  tegas / teguh / tetap pendirian (Sukma)
                  :  peka / prihatin / ambil berat  (Sukma tidak mendesak nenek Aim untuk terus bercerita)
                  :  suka membantu (Rafiq / Teja)
                  :  bijak / petah  (Aim)
                  :  mudah dipengaruhi  (Iskandar taksub kepada konsep kebebasan / "ruang sepi" / Kelab WX2)
                  :  berterus terang / jujur  (nenek Aim)    

Latar masyarakat:  masyarakat pelajar universiti
                          :  masyarakat yang peka / prihatin / mengambil berat tentang keperluan orang lain
                          :  masyarakat yang tegas / teguh / tetap pendirian
                          :  masyarakat yang suka membantu
                          :  masyarakat yang bijak / petah bercakap                
                          :  masyarakat yang mudah dipengaruhi
                          :  masyarakat yang berterus terang / jujur
  
Nilai murni:  ketegasan / keteguhan pendirian
                :  kepekaan / keprihatinan 
                :  bantu-membantu / tolong-menolong
                :  kebijaksanaan
                :  terus terang / kejujuran

Persoalan:  ketegasan / keteguhan pendirian dalam pergaulan / menjaga prinsip hidup
               :  kepekaan / keprihatinan terhadap keperluan orang lain
               :  bantu-membantu / tolong-menolong dalam persahabatan / sesama manusia
               :  kebijaksanaan dalam komunikasi / menilai keperluan
               :  terus terang / kejujuran dalam memberi maklumat

Pengajaran:   kita hendaklah tegas / teguh pendirian dalam pergaulan / menjaga prinsip hidup
                 :  kita hendaklah peka / prihatin / mengambil berat tentang keprluan orang lain
                 :   kita hendaklah bantu-membantu / tolong-menolong dalam persahabatan / sesama manusia
                 :   kita hendaklah bijaksana dalam komunikasi / menilai keperluan
                 :   kita hendaklah berterus terang / jujur dalam memberi maklumat

kbkk:  kebijaksanaan watak utama dalam menyelesaikan masalah / menangani konflik

No comments: