SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, March 10, 2012

"SABTU MALAM YANG SAMA" BAB 15 NOVEL 6:20 (MESS UP THOUGHT)

Pengarang novel:  Siti Jasmina binti Ibrahim
Muka surat rujukan:  180 - 204

Watak utama / protagonis:  Sukma / "saya"{ (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / mahasiswi }
Watak penentang / antagonis:  Iskandar (rakan kuliah Sukma / anggota kanan kelab WX2)
Watak sampingan:  Jerry (rakan kuliah Sukma / anggota kelab WX2)
                           :  Rafiq (rakan kuliah Sukma / pemuda kacukan Melayu - Turki / pernah menetap di Amerika)
                           :  Teja (teman akrab Sukma / rakan kuliah Sukma)
                           :  Tuk siak (petugas masjid / jiran Abang Aim)
                           :  Abang Aim (bekas pekerja ladang ayah Rafiq / lelaki misteri yang pernah muncul di luar pagar rumah Sukma)
                           :  Haji Syaqir  (ayah Sukma / pengerusi JKKK / pemimpin mukim)
                           :  Puan Delila / ibu Sukma (pegawai risikan kerajaan untuk kelab WX2)
                           :  Haji Rashid (pemandu kenderaan keluarga Sukma)
                           :  Kak Ros (jiran Sukma / inspektor polis)

Latar tempat:  di tepi sebuah rumah kedai  (Jerry cuba bersembunyi dalam gelap)
                   :  di dalam kereta (dipandu oleh Rafiq)
                   :  rumah Jerry  (ibu bapa Jerry menyambut kepulangan Jerry dengan gembira)
                   :  rumah Teja  (Teja mengingatkan Rafiq supaya menjaga keselamatan Sukma)
                   :  rumah Abang Aim (bersebelahan rumah Tuk Siak)
                   :  rumah Sukma (ruang tamu / tingkat atas / kamar ibu bapa Sukma / hadapan pagar)
                   :  rumah Kak Ros (Iskandar muncul dan cuba berkasar / Kak Ros menyalakan lampu)

Latar masa:  malam Sabtu

Ringkasan bab

Jerry mulanya enggan dihampiri, tetapi Sukma bijak menggunakan taktik provokasi. Jerry masih berpakaian pelik dan mahu bersembunyi, serta menyatakan keinginan untuk lari. Apabila Rafiq cuba memaksa Jerry berjalan, dia cuba melepaskan tumbukan, tetapi Rafiq lebih tangkas hingga Jerry mengerang kesakitan. Di dalam kereta, Jerry menangis kesal sambil mengatakan peristiwa besar akan berlaku. Rafiq memberhentikan kereta, sambil Sukma dan Teja cuba menenangkan Jerry yang menggigil. Sukma tergamam apabila Jerry melafazkan Sukma sahaja boleh menghentikan kegiatan kelab WX2. Kemudian, Jerry meminta dihantar pulang, lalu disambut gembira oleh ibu dan bapanya.

Rafiq membawa Sukma ke rumah Aim, sementara Teja pula balik kerana bimbang dimarahi ibunya. Isteri tuk siak melarang mereka masuk ke rumah Aim, sebaliknya dia sendiri pergi menjenguk. Sejurus itu, tuk siak dan Abang Aim pun muncul. Dia mendakwa lebih baik Sukma tidak tahu hal sebenar. Abang Aim mengusik Rafiq bahawa kesungguhannya menolong Sukma ada kaitan dengan perasaan. Dia mengaku kenal akan nenek Aim, tetapi tidak berpakat muncul pada pukul 6.20 pagi di luar pagar rumah Sukma. Abang Aim memberitahu bahawa kumpulan WX2 sangat licik sehingga mampu mengelirukan pihak berkuasa dan pihak yang cuba mengadu akhirnya dihukum. 80 peratus pengikut kelab WX2 ialah remaja pintar. Mereka tidak mensasarkan Sukma bukan kerana takut kepada Haji Syaqir, tetapi kerana Puan Delila. Ujaran tuk siak bahawa ibu Sukma lebih daripada sekadar pengikut WX2 menyebabkan Sukma gempar, lalu bingkas bangun mengajak Rafiq menghantarnya pulang.

Haji Syaqir sudah sedia menunggu, lantas memberitahu Inspkektor Ros ada datang. Ayah Sukma tahu tentang kelab hiburan berlesen itu dan hairan Sukma ke sana. Sukma hilang kawalan, lalu meninggikan suara membuat penjelasan tentang Jerry. Sukma meminta maaf, tetapi Haji Syaqir masih tidak mendapat maklumat tentang tetamu misteri 6.20 pagi. Sukma kecewa ayahnya menganggap kerisauan yang dialaminya remeh-temeh. Sukma mendesak untuk bertemu ibunya hingga menyebabkan Haji Syaqir kaget. Sukma meluru ke kamar ibunya untuk mencari bukti. Sukma cuba meyakinkan Haji Syaqir tentang perubahan sikap isterinya, tetapi dia marah. Sukma bertembung dengan Haji Rashid dan Puan Delila di pintu pagar, tetapi Sukma terus berlalu ke arah rumah Kak Ros. 

Sukma terserempak pula dengan Iskandar yang mahu mempertahankan agenda kelab WX2, serta cuba menghalang Sukma daripada bertindak. Ketika Iskandar cuba berkasar, lampu rumah Kak Ros menyala dan dia terpaksa beredar. Kak Ros akur bahawa kelab WX2 licik hingga penduduk yang cuba mematahkan kegiatan mereka pula yang ditahan oleh pihak berkuasa. Sukma menawarkan Jerry dan Iskandar untuk mendapatkan maklumat, tetapi masih berahsia tentang kedudukan ibunya. Sekembali di rumah, Sukma mengambil wuduk, sambil air matanya menyatu dengan air pili...


Perwatakan:  bijak / peka / prihatin (Sukma)
                  :  berani / tegas / teguh / tetap pendirian / istiqamah (Sukma)
                  :  suka membantu / menghulurkan pertolongan (Rafiq, Teja, Kak Ros)
                  :  penyayang / budiman  (Haji Syaqir)
                  :  berhati-hati / waspada (Kak Ros)
                  :  berterus terang / jujur (Abang Aim, tuk siak)
                  :  mudah dipengaruhi / makan pujukan (Jerry, Iskandar)
                  :  degil / keras kepala  (Iskandar)

Latar masyarakat:  masyarakat yang bijak / peka / prihatin
                          :  masyarakat yang berani / tegas / tetap / teguh pendirian / istiqamah
                          :  masyarakat yang suka membantu / menghulurkan pertolongan
                          :  masyarakat yang penyayang / budiman
                          :  masyarakat yang berhati-hati / waspada
                          :  masyarakat yang berterus terang / jujur
                          :  masyarakat yang mudah dipengaruhi / makan pujukan
                          :  masyarakat yang degil / keras kepala

Nilai murni:  kebijaksanaan / kepekaan / keprihatinan
                :  keberanian / ketegasan / keteguhan pendirian
                :  bantu-membantu / tolong-menolong
                :  kasih sayang
                :  kewaspadaan
                :  kejujuran / terus terang
                :  jati diri
               
Persoalan:  kebijaksanaan / kepekaan / keprihatinan dalam mengambil tindakan / membuat keputusan
               :  keberanian / ketegasan / keteguhan pendirian dalam pergaulan / komunikasi
               :  bantu-membantu / tolong-menolong sesama rakan
               :  kasih sayang sesama keluarga
               :  kewaspadaan dalam tugas
               :  kejujuran / terus terang dalam menyampaikan maklumat
               :  jati diri dalam memilih haluan hidup / memilih kegiatan

Pengajaran:  kita hendaklah bijak / peka / prihatin dalam mengambil tindakan / membuat keputusan
                :   kita hendaklah berani / tegas / teguh pendirian dalam pergaulan / komunikasi
                :   kita hendaklah  bantu-membantu / tolong-menolong sesama rakan
                :   kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga
                :   kita hendaklah waspada / berhati-hati dalam tugas
                :   kita hendaklah jujur / berterus terang dalam menyampaikan maklumat
                :   kita hendaklah memiliki jati diri dalam memilih haluan hidup / memilih kegiatan

kbkk:  batasan pergaulan dalam kalangan pelajar
        :  pendidikan generasi muda
        :  pengaruh kumpulan subversif (bawah tanah) / ekstrem / pelamapau / militan dalam kalangan generasi muda

No comments: