Thursday, June 28, 2012
TEKS PENGACARA CERAMAH: PERSEDIAAN DAN LATIHAN (INTRODUCING GUEST SPEAKERS)
Konsep skrip pengacara majlis
Sesebuah skrip atau teks ucapan, pengacaraan dan sebagainya merupakan alat kawalan yang sangat penting untuk kelancaran sesebuah acara dan mengelakkan sebarang kesilapan yang ketara. Setelah teks disiapkan, pengacara perlu menjalani latihan, terutama dari segi kejelasan sebutan dan intonasi suara. Tanpa latihan, pengacara mungkin sekali tersasul dalam sebutan perkataan-perkataan penting yang boleh menjejaskan mutu pengendalian majlis dan mungkin menyinggung perasaan tetamu dan hadirin.
Kisah benar tentang kesilapan pengacara baru-baru ini ialah sebutan "Yang Berbahagia" kedengaran seperti "Yang Berbahaya" mungkin atas sebab masalah teknikal alat pembesar suara. Tetamu utama yang dirujuk itu bukan calang-calang individu, tetapi sebagai lelaki budiman, beliau kelihatan tenang sahaja. Dalam satu majlis perhimpunan mingguan sekolah, pengacara tersasul menyebut "Yang Berusaha Tuan Pengetua" sebagai "Yang Berusia Tuan Pengetua".
Contoh Skrip Pengacara Ladap
Assalamu alaikum w.w.
Salam sejahtera dan selamat pagi
Yang
Berusaha, Pengetua SMK St. Michael, Ipoh, Puan Loh Wei Seng, Penolong-penolong
Kanan, guru kanan dan seterusnya guru SMK St. Michael, Ipoh yang dikasihi
sekalian.
Bersyukur
kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya dapat kita berkumpul
bersama-sama dalam auditorium yang indah pada pagi yang hening ini. Marilah
kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi
kecemerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian murid dan pelajar kita.
Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada
hari Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda
ketika ini.
Bagi
pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan tuan penceramah dan pemudah cara
program Ladap guru SMK St. Michael, Ipoh buat kesekian kalinya ini. Terima
kasih tuan atas kesediaan memenuhi undangan pihak sekolah dan selamat
berkenalan. Di hadapan tuan ialah lebih 140 orang guru yang sangat penyayang
dan berpengalaman luas. Guru-guru SMI memang bersikap terbuka dan senantiasa
mengalu-alukan sebarang idea pembaharuan atau inovasi dalam amalan pendidikan.
Pendek kata, guru-guru di hadapan tuan pada pagi ini properubahan belaka, serta
dijamin bukan pelindung idea diri sendiri yang tegar.
Tuan
pengetua, dan guru-guru SMI yang dihormati,
Sebelum
slot Ladap diserahkan kepada penceramah merangkap pemudah cara undangan,
izinkan saya menyatakan serba sedikit latar belakang beliau. Tuan Haji Ismail
bin Desa ialah seorang pendidik yang berjaya dan disegani. Beliau memperoleh
ijazah asas dari Universiti Sains Malaysia, diploma psikologi kaunseling dari
UKM dan seterusnya Sarjana Kaunseling juga dari UKM. Tuan Haji Ismail memiliki
pengalaman yang panjang sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Perak
sebelum bersara sebagai pengetua di SMK Raja Chulan, Ipoh. Kecintaan Tuan Haji
Ismail dalam bidang pendidikan tidak pernah pudar, justeru sehingga hari ini
beliau masih menabur bakti sebagai pegawai kanan di Institut Teknologi Perak.
Sebelum
slot Ladap dimulakan, majlis memohon peserta lelaki dan wanita duduk berasingan
mengikut jantina atas keperluan aktiviti yang bakal dikendalikan nanti. Silakan
cikgu...
(usai asing). Terima kasih tuan puan.
Maka, majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Tuan Haji Ismail bin Desa
untuk mengendalikan sesi Ladap guru-guru SMK St. Michael, Ipoh dengan tema
”Guru Penyayang”.
Silakan
tuan.
............................................
Teks berakhir ceramah
Terima
kasih Tuan Haji Ismail bin Desa
Syabas
cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap
kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.
(Sebagai
tanda kenangan, saya bagi pihak majlis mempersilakan Puan Loh Wei Seng,
pengetua SMK St. Michael, Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Ismail
bin Desa......
Terima
kasih Puan Loh Wei Seng dan Tuan Haji Ismail)
Majlis
diakhir dengan pantun dua kerat:
Guru penyayang guru cemerlang
Selesai Ladap mari kita pulang.
Sekian. Wabillahi taufiq wal
hidayah.
Wassalamu alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Assalamualaikum.
Saya minta izin copy skrip pengacara majlis.
Terima kasih..
Salam,
o k, silakan...
Assalamualaikum... Cikgu, esok saya ada majlis untuk Air Mata Gaza. Mohon izin untuk manfaatkan teks ini dan ubah sedikit ikut kesesuaian majlis.... Terima kasih cikgu...
Sangat bermanfaat dan membantu, mohon izin copy.T,kasih
Assalamualaikum ... Saya akan mengendalikan majlis ceramah agama dan akan gunakan teks ini mengikut kesesuaian majlis. Terima kasih cikgu. Sangat membantu saya .
👍👍👍
Sangat bermanfaat.....👍👍👍
Saya minta share ye. Terima kasih berkongsi ilmu. Sangat-sangat membantu.
Post a Comment