Thursday, July 19, 2012
PNGK 2.8 KE ATAS DIJAMIN TEMPAT DI IPTA (CHASING THE HIGHER ACHIEVEMENT)
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KTPM) mengumumkan bahawa pemohon lepasan Sijil Tinggi persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi yang mencatat purata nilai gred kumulatif (PNGK, CGPA) 2.8 ke atas bakal ditawarkan tempat di universiti awam tempatan dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka. Terdapat sejumlah 1,894 pemohon termasuk dalam kategori berkenaan justeru kursus pilihan pertama mereka mungkin menjadi rebutan banyak pemohon. Bidang pengajian kritikal (perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan) menawarkan tempat yang terhad, tetapi bilangan pemohon yang berminat yang layak begitu banyak.
Selain itu, bidang pengajian yang turut mendapat perhatian ialah pendidikan, sastera ikhtisas (ekonomi, komunikasi, pengurusan perniagaan) dan beberapa kursus teknikal (ukur bahan, seni bina). Sesetengah kursus pula menyediakan tempat yang sangat terhad seperti bidang pengajian sastera tulen (geografi, sejarah dang pengajian bahasa). Maka, peratusan pemohon yang tidak ditawarkan tempat menjadi lebih tinggi.
Rayuan tempat ke IPTA secara atas talian (e-rayuan di alamat URL upu.mohe.gov.my) yang berakhir 22 Julai ini adalah berdasarkan kursus yang dipilih, bukan untuk memohon kursus baharu atau berlainan daripada senarai permohonan asal. Kekosongan tempat memang akan berlaku kerana terdapat sebilangan pemohon yang menolak tawaran kursus yang tidak menjadi pilihan mereka. Dalam sebahagian kes yang lain, kursus baharu di universiti yang masih pula baharu seperti pengajian undang-undang di Universiti Sultan Zainal Abdin (UniSza), Kuala Terengganu yang masih belum masuk dalam senarai pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyebabkan terdapat pemohon yang tidak menerima tawaran kursus yang bersifat kritikal itu.
Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak semestinya akan mendaftar dalam bidang pengajian Islam di UKM, UM, UIAM dan USIM. Sebahagian mereka berharap untuk menyambung pengajian di timur tengah seperti Arab Saudi (Madinah), Jordan (al-Bayt, Yarmouk) , Maghribi (Rabat), Mesir (al-Azhar) dan Yaman. Mereka bukan tidak yakin akan kesarjanaan profesor pengajian Islam di universiti tempatan, tetapi ingin merasai pengalaman persekitaran masyarakat penutur jati bahasa Arab sebagai teras pengajian Islam. Bahasa baku, bahasa buku dan bahasa persuratan tidak mungkin dengan loghat pertuturan daerah dan kawasan pedalaman masyarakat Arab Badwi.
Pemohon dalam kalangan keluarga berada pula mungkin hanya sekadar 'menguji pasaran' tentang pencapaian akademik masing-masing, walhal sudah pun ditawarkan tempat di universiti luar negara seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Selain permohonan atas talian, di sana sini terdapat ejen dan konsortium yang menguruskan permohonan pelajar asing mengikuti pengajian perubatan di India, Indonesia, Republik Czeck, Rusia, Ukraine dan Australia. Golongan pemohon berkenaan juga tidak akan berdaftar sebagai pelajar IPTA tempatan pada 1 September ini.
Program berkembar IPTS dengan universiti ternama luar negara juga menarik perhatian segelintir pemohon IPTA dengan PNGK terbaik. Universiti Helps dan Universiti Taylor misalnya menawarkan program ijazah 3 + 1 bagi pengajian undang-undang United Kingdom. Perbelanjaan pengajian yang bakal ditanggung walaupun masih tinggi, tetapi masih boleh diikhtiarkan oleh golongan ibu bapa berpendapatan sederhana yang menabung dalam skim dana insurans atau takaful pendidikan, serta pinjaman mudah pihak bank.
Justeru selain 1,894 orang pemohon yang dijamin tempat ke IPTA awal September nanti, kekosongan tempat akan masih wujud dalam anggaran 10 peratus (lebih kurang 4,000 tempat) jika hitungan konservatif seperti yang disebut adalah tepat. Maka, pemohon dengan PNGK 2.5 hingga 2.79 yang tidak berjaya tempoh hari masih boleh berharap. Sebelum memuktamadkan rayuan, mereka boleh menghubungi pihak universiti yang dipohon bagi mendapat gambaran umum tentang peluang yang dimiliki.
Bukan mudah untuk mencatat PNGK 2.8 ke atas atau bersamaan gred B dalam semua mata pelajaran yang diambil sama ada semasa STPM atau matrikulasi. Calon-calon STPM dan matrikulasi terpaksa bertungkus-lum dan bersengkang mata untuk menyiapkan segala keperluan kerja kursus, tugasan dan peperiksaan. Dalam keadaan persaingan yang sengit mutakhir ini, pemohon yang mencatat pencapaian PNGK 3.0 ke atas sahaja yang boleh berasa selesa tanpa hanya berharap... Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
533 comments:
1 – 200 of 533 Newer› Newest»Selamat petang Cikgu Azhar,
Saya pelajar lepasan STPM, tetapi tidak mendapat tawaran di ipta. Kini,sekarang telah dijanjikan tempat di ipta. Oleh itu, soalan saya ialah,
1. Bagaimanakah saya akan tahu keputusan bahawa saya telah berjaya mendapat tempat di ipta?
2. Adakah saya akan masuk ke ipta pada bulan september yang akan datang?Atau kena menunggu proses rayuan ?
Terima Kasih.
saya juga pelajar lepasan stpm 2011 yang memperoleh cgpa 2.84 dan tidak berjaya dalam permohonan pertama.. adakah saya perlu menungu keputusan rayuan? atau ada tarikh2 tertentu untuk menyemak keputusan upu? mohon kerjasama daripada semua pihak yang mempunyai maklumat.. terima kasih
Qing,
terus ke laman upu.mohe.gov.my hingga tarikh daftar (1.9)
kes rayuan daftar sama, tetapi jika masih wujud kjekosongan tempat, tawaran ke-3, 4 tidak sama tarikh daftar
Anon July 24, sentiasa buat semakan sebelum 1 .9,
@ hubungi terus u pilihan pertama
ASSALAMUALAIKUM CIKGU SAYA INGIN BERTANYA PENDAPAT CIKGU..saya lepasan matrikulasi dan mendapat 2.76 layak atau tidak ke universiti
W.slam,
Saingan ke ipta memang sengit. berdasarkan tinjauan rambang ambilan 2013, pngk selamat ialah 3.2 dan ke atas. ada juga yang 2.4 + dapat tempat untuk kursus tertentu seperti pengajian bahasa asing di UM.
namun, jika kursus seperti itu tiba-tiba ramai pemohon, keadaan boleh berubah.
sebenarnya 2.00 sudah layak, masalahnya ialah persaingan. maka, kena pilih kursus yang bersesuaian.
laluan lain masuk kursus diploma dahulu (UiTM, politeknik @ institut kemahiran / industri, kemudian cari jalan sambung ijazah ...
salam, ckgu.. kalau pointer 3.00 keats untuk lepasan stpm dan minat bidangan pengajian islam,, agak2 ada peluang tak bidang tersebut...
Salam,
Boleh cuba Usim @ UIAM jika stpm tidak mengambil bahasa Arab dan pengkhususan (syariah, usuluddin).
Wallahu a'lam ...
Salam. Saya dapat pngk 3.34 utk sem 1, tapi saya dah rasa down sebab takut tak dapat masuk ipta. Even saya nak further study kos computer science je, kalau um just minimum 3.0 je. So ipta mana saya patut mohon?
Salam Asmira Taharafi,
Tahniah, 3.34 sangat o k, tahun lepas 3.2 sudah terjamin untuk ambilan pertama. Asmira sudah sebelah kaki ke ipta, Insya-Allah.
Kursus kritikal di RU memang tinggi (3.8 dn ke atas), tetapi di uni. komprehensif masih boleh bersaing.
Pelajar tajaan Mara tidak terhad ke ipta, bahkan ke ipts terkemuka seperti Taylor dan Help.
Didoakan berjaya, amin ...
salam... ckgu baru2 nie result stpm 2013 keluar dan saya mendpat cgpa 3.34.... saya ada mohon dalam upu kos2 berkaitan syariah, dakwah , sebb saya ambik arab n syariah masa stpm yg lalu.. .tp muet band 1 je.. saya rasa tak yakin pula untuk mohon ukm, um and upm... huhuhu..tp saya tetap isi dalm upu universti tersebut.. takut kena tolak atau tak dapat ..
Assalamualaikum cikgu,
sya sblum ni ambil diploma makmal perubatan d IPTS & dapat pointer 2.79 ja utk course tu,ada x IPTA yg layak utk sya masuk utk smbung ijazah?
Salam,
Anonny Mac 22: tiada masalah untuk memohon, sebab muet band 3 ialah syarat pengijazahan. boleh ambil lagi semasa di U.
Didoakan berjaya, amin ...
Anony Apr. 4:
boleh cuba UMT. boleh cuba juga kursus lain yang berkaitan, contohnya radiografi, fisioterapi.
Wallahu a'lam ...
salam cikgu. saya pelajar lepasan stpm2013. sye cume mendapat pointer 2.40. ade x peluang sye ke universiti? ade x bekas student cikgu y mendapat pointer 2.40 tahun lepas ditempatkan di universiti?
Salam,
Tahun lepas tidak pasti, tahun sebelumnya memang ada (pelajar perempuan Cina, Unimap) ambilan kedua @ kes rayuan.
Cuba UiTM di bawah program destini anak bangsa @ terus ke pejabat naib canselor UiTM Shah Alam.
Wallahu a'lam ...
Assalamualaikum cikgu, sy lepasan matrikulasi 2013, pngk sy 2.73 saja. sy risau sbb matematik sy dpt D+ saja. memang kene lelong ke kalau mcmtu? terima kasih cikgu.
markah kokurikulum masa sekolah mungkin banyak membantu. semoga rezeki milik sdra/i, amin ...
Assalamualaikum..saya lepasan matrikulasi. pngk saya hanya 2.71 je. saya memang rasa takut tidak.mendapat tempat di universiti kelak apabila mendapat tahu student yg pngk 2.8 ke atas akan dpt tmpt. result spm saya 7a. adakah spm saya mampu membantu? Adakah ada peluang bagi saya utk dpt tmpat di uni nnti? saya mmg plih course yg pngk nak 2.5ke atas je
salam cikgu, sy nak tanya sikit. kalau untuk ke degree boleh tak buat rayuan?
Salam..klau pngk sy 2.17 je..ade harpn x utk sy ke u wlaopon kos llong
Salam,
anony 3:13, insya-allah boleh
anony 7:40, cuba klik untuk imej 'hope'. ada tak isi uitm? walaupun harus berpatah balik untuk diploma, tidak mengapa. terdapat banyak kes siswazah cemerlang (kerjaya hebat) telah melalui pengalaman serupa itu.
Wallahu a'lam ...
Salam cikgu. PNGK Matrik saya dapat 2.97, lepas ke kalau ambil kos degree pentadbiran perniagaan(perbankan islam) , teknologi maklumat, muamalat dgn sistem pejabat di UITM?
Salam,
Insya-Allah, berjaya. Berdoalah semoga rezeki milik Nurlida, amin ...
Untuk anak saya Fatin. Insha Allah . Aminnn
salam cikgu. sy plajar asasi sains dpd uitm. sy dh mohon byk kos di uitm jgk. tpi masalahnya dgn pointer 2.89, kos apa yang sy nk apply. sy buntu nk plih kos yg bsesuaian memandangkan sy x tau pengambilan skrg mcm mana,
Salam,
o k, Puan Nurlida, amin.
Anony: mana-mana kursus kejuruteraan, sains gunaan @ sains tulen, kecuali kursus kritikal (perubatan, farmasi). 2.89 masih o k, insya-Allah ...
Cg klau dpt 2.15 ada hrpn tak nk dpt smbg degree
cuba dahulu. kalau tidak diterima, mohon diploma UiTM, laluan ijazah di situ. harapan tidak pernah tertutup. sesetengah orang bekerja dahulu sambil mengikuti program ijazah (macam Datuk K)
Wallahu a'lam ...
Salam anony june 4:
soalan asal (tersalah ke spam) ialah tentang pngk 2.71 matrik, spm 7A. Tahniah. tidak semestinya 2.8 ke atas, bergantung kepada bidang pengajian. ada yang 2.4 pun berjaya ke RU.
Berdoalah... amin.
Assalamualaikum...sy pelajar lepasan matrikulasi perakaunan 2013/2014..result sy cma dpt 1.77...akaun B-, bisnes c,math dan ekonomi sy dpt D+.jdi sy ade 2 sbjek credit je.2 sujek yg lain tu gagal.sy mintak kos yg org x mnat mcm seni kt unimas..syarat kelayakan dy cuma mntak 2 sbjek sekurang2nya 2.0 (akaun dan bisnes sy 2.0 dan keatas).tp masalahnye syrat am dy msti lulus sekurang2nya 2.0 keatas...sy cma dpt cgpa 1.77 secara keseluruhan.markah koko matrik sy 90%..sy sgt bharap sy dpt..sy penah amik seni msa spm dan mndapat A.adakah saya akn terpilih?sila cikgu tolong balas dgn segera.
W.salam
lebih baik cuba juga kursus diploma UiTM yang berkaitan (menggunakan SPM), @ politeknik dan institut lain yang setara. laluan sambung ijazah masih terbuka luas, tidak semestinya kelayakan pra-U sahaja.
assalamualaikum cikgu.
sy lepasan matrikulasi sesi 2011/12. awal tahun baru ni sy kluar dari universiti putra malaysia dan kemudian memohon upu tahun ini. permohonan sy tidak berjaya disebabkan kelewatan penghantaran dokumen2 kepada universiti yg sy mohon. pointer ketika matrikulasi 3.05. soalan sy, adakah sy akan mendapat tempat setelah membuat rayuan? kemudian boleh tak cikgu syor kan universiti mana yg mempunyai kekosongan dlm bidang sains komputer untuk sy isi dlm rayuan.
terima kasih.
W.salam,
Insya-Allah, berjaya. Amin.
Cuba semua u komprehensif, termasuk UiTM, dan UIAM. Solat istikharah dan dhuha, moga dimudahkan laluan.
insyaallah. amin. terima kasih atas pendapat cikgu. Doakan sy.
assalamualaikum cikgu..sy lpasan stpm 2013 rslt stpm 2.92 dalan bidang agama..sy gagal dpt twran upu baru2 ni..so dalam prmohonan rayuan program adakah program yg dirayu perlu sama dengan program pgajian semasa mgisi borang upu dulu..
W.salam
Didoakan berjaya dalam rayuan. boleh kekalkan senarai program, kalau boleh selitkan program pengajian bahasa asing (UM, UPM) dan UiTM.
Wallahu a'lam ...
salam cikgu. sy pljar lepasan STPM. masa STPM dan SPM sy x ambil seni, bolehkah sy mengambil kursus yg mensyaratkan spt berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya
Kepujian 6C/Gred C pada peringkat SPM dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut:
Pendidikan Seni
Lukisan Kejuruteraan
Komunikasi Visual
salam cikgu,d pringkat SPM sy dpt bi Gagal, math D. STPM pula sy dpt pointer 3.5 dgn MUET band 1. Kursus apa dan u mana yang sesuai selain drp UNIMAS dan UMS. terima kasih
Salam,
Anony aug 19: 2.19
Maknanya LK dan KV boleh menggantikan PSV. boleh diteruskan ...
Anony 4:31
Tahniah pngk cemerlang. Cuba UMK, Unimap dan u komprehensif lain. Kursus bergantung kepada pencapaian kertas STPM yang berkenaan. Muet mesti capai band 3 untuk syarat pengijazahan. kena usaha sebelum tamat pengajian di U.
Wallahu a'lam ...
Assalam cikgu Azhar. Sy fahmi, lepasan stpm 2013 baru ni dpt pointer 2.92. Tapi 3 subjek je prinsipal. Dan sy gagal dlm pmohonan upu baru ni. Sy dah mohon e-rayuan. Ada harapankah sy untuk rayuan ni cikgu?
salam. jka kta prnah tolak twaran u, adkah nma akn dsnarai hitam. klau mohon plak u yg kta prnah tolak n kursus yg sma, adakah prmohonan dterima...?
W.salam
Ahmad Fahim:
Insya-Allah, didoakan. Amin.
Jika sudah maklum keputusan rayuan, boleh e-mel untuk tindakan susulan ...
Khairuddin Awang:
Tiada dasar sedemikian. Tidak mengapa, sebab banyak pilihan dalam senarai permohonan ...
Wallahu a'lam ...
Salam ckgu sy stdnt lepasan diploma komunikasi ipts mendapat cgpa 2.92 Dan mendapat MUET band 2 adakah sy layak untuk mengisi kemasukan Uitm sesi march ini ? Ataupun sy perlu menunggu untuk Upu akan datang? Jika sy perlu menunggu Upu akan dtg U apakah yang saya patut pilih untuk menyambung pengajian diperingkat ijazah?
Salam,
Isi sahaja, usah ditunggu. Cuba baru tahu, tidak cuba memang harapan sifar. jika perlu, terus ke pejabat naib canselor UiTM di Shah Alam bersemuka dengan sekretariat destini anak bangsa.
Wallahu a'lam ...
Assalamualaikum Cikgu. Saya berminat untuk menyambung Ijazah dalam bidang Dietetik dan Pemakanan UiTM. Saya mendapat pointer 3.12 dan mendapat Band 3 (MUET). Adakah saya layak untuk memohon jurusan tersebut ?
Saya lulusan Diploma Teknologi Makanan .Harap cikgu membalas mesej saya. Terima Kasih.
W.salam
Memohon memang sangat layak, 3.0 +
kalau betul-betul berminat, berusahalah berjumpa terus dengan dekan fakulti yang berkenaan di uitm. paling kurang dengan penolong pendaftar / pegawai tadbir fakulti.
didoakan berjaya, amin ...
Salam cikgu..klu keputusan spm 1a- 4b 1c 1d 2e 1g dpt masuk tak uitm sesi 2?bm bi math smua dpt b..kcuali add math saya gagal..huhu..
Salam,
berdoalah moga rezeki berpihak kepada sdra/i. mohon sahaja,nanti dapat keputusan. kita cerita lagi, o.k.?
Salam..saya hanya mendapat pointer 3.12 dlaam foudation kejuruteraan..adakah saya layak memohon upu dalam bidang kejuruteraa??
Salam,
RU memang sukar (3.8 +, Muet band 4), u komprehensif (uitm, unimap, ump, utem) masih o k
Wallahu a'lam ...
Salam cikgu azhar.. Sy nak becakap pasal peringkat master.. Klu sy melanjutkan ke master apa kelebihan yg sy dapat?
Salam...boleh ke saya apply upu ambilan 2015/2016...saya d matrik sekarang ni...tp kurang berkeyakinan
Salam,
anony dec 5: ibaratnya sarjana muda baru melihat dari luar rumah, sarjana sudah masuk, manakala Ph.D memiliki rumah berkenaan. ringkasnya, beroleh kejituan ilmu dan epistemologi.
anony dec 8: mohon sahajalah, keyakinan urusan berikutnya.
wallahu a'lam ...
Salam,sy bdak matrik p mase sem 1 sy hanya mendpt pointer 2 point lbih je...sy risau xdpt upu setelah tmt matrik..adakah sy perlu memohon diploma kemudian smbng ijazah..
selamat pagi cikgu, saya pelajar politeknik mengambil program kejuruteraan alam sekitar. nak tanya, sekiranya saya nak sambung ijazah ke universiti dalam bidang yang sama, boleh tak transfer kredit yang saya ambil masa di politeknik?? universiti yang menawarkan kursus tersebut adalah UM, UTM, dan UNIMAP
Salam,
Anony Dec 10: tiada masalah untuk mencuba. sambil itu, lakukan langkah luar jangka seperti memohon diploma seperti yang disebutkan. cuba segala laluan untuk mendaki puncak jaya
Dhashvi Sahayam: ada uni. yang beri, ada yang tidak. Kena semak syarat pengajian bagi kursus / pengajian yang dipohon itu. tiada pindah kredit pun tidak mengapa, mudah dapat A sebab sudah memiliki asas kukuh ...
Selamat sejahtera Cikgu, bolehkah saya membuat dua permohonan sekaligus dalam program diploma dan degree untuk permohonan upu tahun depan
Assalamualaikum. saya berumur 22 tahun pada tahun hdpn dan mempunyai diploma teknologi makanan. Adakah merugikan masa dan umur saya jika saya memohon ijazah dalam jurusan dietetik dan pemakanan yang mengambil masa 4 tahun? hal ini kerana, ijazah dalam teknologi mkanan hanya memerlukan masa lebih singkat. mohon cikgu tolong saya. Terima kasih.
Assalamualaikum. saya ingin bertanya, bulan berapakah kebiasaanya intake kemasukan ijazah tahun hadapan? Terima kasih cikgu.
W.salam
Ahmad Fahim: baca syarat permohonan dengan teliti kerana perubahan boleh berlaku setiap tahun
Anony: dari segi ukuran konservatif, rugi. namun, keadaan mungkin berbeza jika prospek bidang diatetik itu lebih berbaloi. bidang teknologi makanan pun o k, tetapi dengan syarat sdra/i mencatat pngk tertinggi semasa ijazah nanti.
tarikh ambilan program ijazah asas di ipta ialah 1 September, tertakluk kepada perubahan jika dimaklumkan sebaliknya.
Wallahu a'lam ...
Assalam cikgu,
saya lepasan diploma undang-undang dari unisza dgn cgpa 3.53, saya berhajat nak sambung ke degree in law tapi masalahnya muet saya hanya band 3. ada tak peluang untuk saya melanjutkn pelajaran ke degree in law jugak ? terima kasih
W.salam,
jika RU macam UKM, UM memang perlu band 4 @ 5, tetapi masih boleh cuba uni. komprehensif Unisza sendiri. Sambil duduki lagi Muet, sertai persaingan sengit merebut tempat kerana belum cuba belum tahu ...
Salam cikgu .
Saya pelajar matrik . Sem 1 pngk saya 2.05 je . Muet band 2 . Saya nak tanye saya masih layak ke masuk u setelah tamat matrik ni ? Masih ade peluang ke untuk saya ? Universiti ape yg boleh cikgu cadangkan untuk saya ? Atau ade alternatif lain ?
Salam Afiqah,
peluang belajar dan mendaki kecemerlangan tidak pernah tertutup, cuma cara dan laluannya sahaja yang berbeza. Masih boleh baiki pngk? pilihan lain mohon semula diploma, @ pengajian di UiTM, UniKL (di bawah Mara, boleh mendapat biasiswa jika memperoleh anugerah dekan (3.7) ketika ijazah pertama.
Selamat maju jaya, amin ...
Terima kasih cikgu
salam cikgu..stpm saya baru-baru ni mencapai 2.8..tp adakah saya layak untuk memasuki universiti sebab keputusan matematik SPM saya cuma dapat D..hanya lulus dan bukan lah kepujian..saya takut tak dapat masuk U dsebabkan keputusan math saya time SPM..
Salam siti,
bergantung kepada bidang pengajian yang dipohon dan juga bilangan pemohon. RU mungkin boleh cuba pengajian bahasa asing (UM, UPM), manakala u komprehensif ada banyak pilihan, cuba kursus yang kurang persaingan. moga berjaya hendaknya, amin ...
Assalammualaikum cikgu, saya mendapat 2.92 dlm stpm baru2 ni tapi saya telah mendaftar utk ulangan penggal 3. Subjek yg saya ambil utk stpm ialah bm, pa, ekonomi dan peng. perniagaan. Kalau saya mohon course yg berkaitan dgn mata pelajaran yg saya ambil, adakah peluang saya utk mendapat tempat di universiti?
Assalamualaikum ckgu.. sya student aliran sc dan mndpt 3.00..band4 dan spm yg lalu saya dpt 9a..layak tk saya apply sains kesihatan di usm dan ukm? Mohon pencerahan ckgu..
W.salam
Afiqah, insya-Allah berpeluang, khususnya u komprehensif. doa banyak-banyak, amin ...
Anony March 3, tahniah. boleh cuba walaupun tempat di RU sangat terhad. Jika ditawarkan ke u komprehensif terima sahaja. sebabnya boleh sambung ijazah tinggi di RU.
Wallahu a'lam ...
assalamualaikum cikgu, keputusan stpm baru ni saya mndapat 3.00 dan muet saya band 3.. tp saya kurang yakin adakah saya layak masuk universiti sebab keputusan math spm saya cuma lulus shj x mndpt kepujian ..
Assalamualaikum cikgu..
Saya ingin bertanya, kalau belum ambil muet boleh tak mohon upu 2015?
Tapi saya dah daftar untuk ambil muet sesi july 2015..
tolong saya ya cikgu..
terima kasih.
Assalamualaikum , cikgu . sy mendapat pngk 2.00 stpm 2014. sy juga mengambil repeat smua paper bagi meningkatkan pngk sem 3 kerana sem 3 sy smua F . Math & BI SPM D. Sy berminat untuk sambung diploma jika tidak mendapat tawaran sambung ke ijazah . bagaimana untuk memohon diploma ?
Assalamualaikum Cikgu, sy lepasan spm 2014
Result spm truk 8b 2d... D: BI& ADDMATH
Adkh ad peluang untuk masuk matrikulasi....?
W.salam,
Anony Mac 4: insya-Allah, berkat doa ibu bapa, guru, rakan. amin ...
anony mac 7: masih ada ambilan november jika tidak sempat september
Nurul Iman: semoga berjaya dalam U3, diploma boleh cuba UiTM di bawah program destini anak bangsa. terus ke kampus induk uitm shah alam untuk lebih jelas
anony mac 8: mengapa mesti matrikulasi> ada banyak laluan lain. namun, tidak salah untuk mencuba
Wallahu a'lam ...
Salam cikgu
saya merupakan pelajar lepasan STPM 2014 aliran kemanusian,pgnk saya hanya 3.33 dan MUET band1. Adakah saya layak untuk ijazah pendidikan sejarah di UPSI dan ijazah sains sosial sejarah di UMS??
Salam ain hashim,
tahniah. muet band 3 untuk pengijazahan. muet band 1 masih layak memohon walaupun pilihan lebih terhad. sudah daftar muet julai?
As salam Cikgu stpm 2014 pgnk sy 2.92 muet band 4.english spm A- layaklah sy pohon Tesl
W.salam,
Mungkin persaingan sengit, tetapi tiada masalah meletakkan tesl dalam senarai pilihan yang panjang itu. mana tahu rezeki, amin ...
Salam ckgu.
Saya pelajar stpm 2014 aliran sastera, ambil geog dan sjrah.
Alhamdulillah, kptusan sya lepas 3.5. Ckgu ada cdangan bagaimana memohon upu, kerana persaingan terlalu tinggi.
Klau memohon um, kos apa yg perlu saya minta?
Persaingan yg terlalu tinggi menakutkan saya T.T
Salam,
tahniah atas pencapaian cemerlang stpm 2014
kalau UM: fakulti sastera dan sains sosial (pengambilan relatif tinggi, banyak pengkhususan pengajian), atau fakulti bahasa dan linguistik
3.5 tiada masalah, cuma mungkin uni. / bidang yang ditawarkan kelak mungkin berbeza sama sekali dengan yang dipohon.
Wallahu a'lam ...
Aslamuaikum sya lepasan diploma in civil engineering di politeknik dan pointer saya 2.97..saya telah memohon sambung belajar peringkat degree di uthm unimap dan ump..adakah saya layak untuk sambung bljar course yg sama diperingkat degree??
W.salam,
Insya-Allah layak, berdoalah mudah-mudahan rezeki berpihak kepada sdra.
utem, uitm, poli premier bagaimana?
Saya jugak ada memoho politeknik premier dlm degree civil engineering teknologi.. Di utem tiada course civil engineering adakah peluang utk saya smbung bljr degree ada peluang yg tinggi??
Assalamualaikum cikgu..
Saya lepasan stpm 2014 . saya mendapat pointer 2.92 . masa stpm saya mengambil subjek P.AM , BM , GEO & SENI TETAPI hanya LULUS MATH & BI time stpm .. Jika saya apply kos seni , adakah banyak persaingan?
Lagi 1 soalan . adakah yang cikgu kata "PNGK 2.8 KE ATAS DIJAMIN TEMPAT DI IPTA " masih dilakukan untuk pelajar pada tahun 2015?
Anony mac 25,
berdoalah semoga boleh lolos dalam persaingan sengit kursus kritikal itu. peluang sentiasa ada, insya-Allah ...
W.salam mohd Faiz,
semua kursus pun banyak persaingan, harap faiz memilik 'x-factor' untuk ditawarkan bidang pengajian yang dihajati. tentang jaminan tempat, ya dan tidak, bergantung kepada bilangan pemohon dan nisbah pengambilan. jumlah calon stpm 2015 ketara berkurangan, maka peluang mungkin lebih baik.
Wallahu a'lam ...
salam cikgu..Bolehkah lepasan Diploma Usuluddin Unisza sambung pengajian ijazah sarjana muda Pengajian Quran dan Multimedia di usim??
Salam akid,
layak, tetapi terkluk kepada syarat khas fakulti dan pngk.
Wallahu a'lam ...
Salam ckgu sye lepasan spm 2014 ,ad mhn uitm kos muamalat , .bi D math E yg lain ok . , sye aliran perd . ,agk2 ad peluang x ckgu? ,
Ckgu saye ad mhn di unisza dploma pngajian islam , sye lbh minat agama tasawur dpt B agama islam B+ . Tapi saya tak ambil b.arab . Blh dpt ke ckgu ? Harap ckgu blas .
Salam
Syasya Lidiya,
peluang tetap ada jika memenuhi syarat kemasukan pengajian. bilangan pemohon dan persaingan menjadi penentu seterusnya.
Anony apr 22,
program pengajian Islam mensyaratkan kepujian bahasa arab tinggi
Wallahu a'lam ...
Assalamualaikum.. sekadar bertanya.. adakah layak pelajar diploma politeknik memomohon di ukm. Klau bole mcm mane ye?
assalamualaikum cikgu . saya merupakan lepasan stpm 2014. pointer keputusan stpm saya hanya sederhana iaitu 3.17 . muet saya hanya band 3. spm saya pulak hanya 2a5b1c1e. dalam upu saya saya banyak mohon dekat uitm dan course yang banyak saya mohon ialah course yang berkaitan dengan pengurusan seperti pengurusan rekod dan lain lain lagi. cikgu rasa ada peluang tak untuk saya sambung belajar? saya takut saya tak dapat sambung je nanti. kalau tak mesti ayah dan mak saya kecewa. diaorang berharap sangat saya dapat sambung belajar ke universiti.
W.salam,
mohammad daud: insya-Allah layak jika memenuhi syarat am UKM dan syarat khas fakulti. rujuk portal upu @ kursus yang berkaitan di laman sesawang rasmi UKM.
nurul: tahniah, 3.17 bukan sederhana, tetapi masih cemerlang. insya-Allah berdoalah mudah-muadahan rezeki memihak kepada nurul. Ya Allahu Ya Rabbi, Engkau perkenankanlah permohonan hamba-Mu yang bernama Nurul, amin ...
Salam cikgu.. Saya ingin brtanya sekiranya tidk mngambil muet lgi. Adakh pluang untuk dot upu 15/16? Sya akn ambil muet sesi julai.. Sekiranya tdak brpeluang mndpt upu15/16 apakh nsiht cikgu untuk sy dpt mnyambung dgree pada masa trdekat. Adakh mnungu upu thun dpn sahaja?
Cikgu saya lepasan diploma kejuruteraan awam dari politeknik premier, hpnm saya adalah 3.83 Dan muet band 3 , ada tak saya akan di tawarkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ???
salam ckgu, sy pelajar lepasan asasi sains. cgpa 3.15.muet band 4.
apa peluang sy dlm menyambung bidang astronomi atau forensik di universiti di malaysia?
cadangan mana2 uni yg ok dgn cgpa tu?
salam cikgu, saya lepasan diploma banking uitm ,saya dapat cgpa 3.15 ,band 2 muet,adakah ada harapan untuk saya dapat degree islamic banking uitm nanti? sebab skrg bnyk persaingan..lagi2 saya perempuan..:( harap cikgu dapat bagi pendapat untuk saya..terima kasih cikgu..
Salam,
anony may 14: cuba sahajalahsebab keputusan permohonan UA hanya diumumkan pada bulan Ogos. sentiasa ikuti portal mpm tentang tarikh terakhir kemas kini permohonan. menduduki muet (walaupun dapat band 1) ialah syarat am memohon UA, manakala minimum band 3 ialah syarat pengijazahan.
Karthivellan: tahniah atas pencapaian cemerlang. UTM masuk kategori RU. pngk sudah o k, cuma muet band 3 mungkin banyak persaingan. kalau ditawarkan ke u komprehensif (uthm, utem, umo, unimap) masuk sahaja, nanti sambung master di UTM.
anony may 14:astronomi cabang pengajian sains fizik, banyak u yang menawarkannya: UKM, UM, USM. forensik di bawah pengajian sains kimia @ sains komputer. juga banyak U. boleh cuba mana-mana u sebab bukan kursus kritikal.
Zarin Zarina: insya-Allah doa banyak-banyak. kalau perlu jumpa terus dekan fakulti yang berkenaan.
Wallahu a'lam ...
Salam cikgu,
Saya pelajar matriks. Saya nak tanya, pointer sem1 saya 3.19 je. Tp utk sem 2 saya sgt2 tak confident nak dpt 3 ke atas. Saya baru check upu and saya tak dpt interview dr mana2 u yg saya pilih. Tp kebanyakan nye saya pilih uitm. Course yg saya pilih kebanyakan nye bioperubatan, kejurawatan, mlt dgn dietetik. Cikgu rasa saya sesuai ke pointer saya dgn course yg saya pilih ? Atau saya perlu tukar? Saya nak sgt smbung pljrn dlm bidang sains
Sya telah peroleh cgpa 2.12 dari PSA, dan muet band 1, cikgu boleh tak saya sambung ijazah nanti?
Salam Intan,
tidak perlu tukar semua. hanya gugurkan beberapa kursus yang bersaing tinggi dengan yang kurang persaingan. dengan pngk 3.0+ tiada masalah untuk mana-mana kursus B.Sc. Insya-Allah, berjaya. Amin.
Raj,
ke UA memang sukar, tetapi ke ipts tiada masalah.
cikgu,saya lepasan asasi sains,result 3.0 je band 3.bleh tak saya dapat uthm atau ump dalam kejuruteraan mekanikal.ke result saya teruk sangat .saya x nak dilelong
Anon may 18:
Insya-Allah, berdoalah. 'lelong' tidak dapat dielakkan jika persaingan tinggi. namun, utem, uitm @ unimap pun o k juga kan?
raj:
biasanya 3.0+, bergantung kepada bidang pengajian. kursus kritikal seperti kej. kimia, elekterik perlu lebih tinggi.
Wallahu a'lam ...
Assalamualaikum cikgu,
saya merupakan pelajar lepasan stpm 2013/2014
saya ingin bertanyakan mengenai kemasukan ke universitui awam..cikgu, pointer keseluruhan saya 2.00 dan saya telah mendapat pengajian am c-,p.perniagaan c, bm B dan ekonomi D+..adakah saya masih berpeluang utk menyambung ijazah saya di universiti awam? sekiranya saya tidak mendapat tawaran utk first intake..dan saya isi borang rayuan online di upu,adakah pihak uni awam mempertimbangkan kemasukan saya..? saya telah memohon kos komunikasi media dan pengurusan rekod, pengurusan pusat sumber di uitm. kos komunikasi juga ada saya mohon di upm ukm uum dan ums..
W.salam,
syabas kerana minat yang tinggi untuk belajar walaupun dalam keadaan seperti mendaki laluan yang sukar. jika sdra/i dari luar bandar, boleh cuba program destini anak bangsa UiTM sama ada semasa 'road show' mereka atau terus ke kampus induk UiTM Shah Alam (buat janji temu dengan pejabat naib canselor).
jalan kedua masuk ipts dan sambung ijazah tinggi di UA.
Didoakan sdra/i berjaya hendaknya. Amin ...
Assalaamualaikum cik uitm
Saya pelajar lepasan asasi kejuruteraan
Cgpa 3.33
Boleh x cikgu sarankan bidang apa yang saya mungkin layak untuk sambung degree nanti?
tahniah 3.33,
kalau RU untuk bidang persaingan tinggi seperti kejuruteraan elektrik @ kimia memang susah sikit (muet pun kena band 4), tetapi untuk u komprehensif seperti utem, uitm, unimap, ump, uthm tiada masalah untuk mana-mana kursus pun. sebenarnya bidang kejuruteraan sudah terlalu banyak bidang pengkhususan, jadi 3.33 layak untuk semuanya.
Terima kasih...umm..sebenarnya banyak benda yg saya nak tahu...saya ade search google tentang bidang kejuruteraan dan bidang yg lain juga...tapi saya kurang faham...dan nak tahu tentang peluang pekerjaan lepas degree nanti..dan ada juga tanya org yg lebih berpengalaman..
Boleh tak saya bincang lebih lanjut menerusi email cikgu?
Terima kasih...
selamat sejahtera cikgu..saya student tingkatan enam atas 2015 ingin mengetahui bilakah saya perlu beli pin no. UPU untuk memasuki ipta pada tahun hadapan..adakah saya perlu beli pada tahun ini @ tahun hadapan dan tarikh kebiasaanya pembelian no PIN.....Cikgu kalau nak mohon ijazah sarjana muda pendidikan sekurang-kurangnya perlu ada berapa pngk? dan pada pandangan cikgu universiti manakah yang paling baik untuk bidang pendidikan,,saya berharap cikgu boleh beri penjelasan :), sekian terima kasih,,,blog cikgu amat berguna buat semua pelajar stpm !!!
anon may 21: rujuk e-mel
dhalvin singh: selamat sejahtera
tunggu pengumuman dari portal mpm. ijazah pendidikan ditawarkan oleh upsi, UM, UKM, UPM, USM, UTM, UUM. pngk bergantung kepada pengkhususan. kena ambil ujian Medsi dahulu. calon tersenarai pendek akan dipanggil temu duga.
Assalamualaikum, cikgu. Selamat hari guru.
Saya Sha, lepasan matrikulasi modul 1 (math, kimia, fizik dan bio). Pointer sem 1 saya 2.71, MUET band 4, markah koko matrik 100%. Sy minat biology dan organic chemistry.
Jadi sy nak minta pendapat cikgu utk pemilihan kos upu, memandangkan sy sgt berharap dapat kerja dalam makmal. Sy still menunggu result sem 2. Sangat bimbangkan persaingan. Harap cikgu dapat bantu. Terima kasih ☺
Adakah ianya agak 'sia-sia' utk saya mohon RU?
W.salam farisha izzaty,
bagi jurusan sains 2.71 masih o k, apatah lagi dengan muet band 4. pilih bidang yang kurang diberi perhatian, tetapi berprofil tinggi juga seperti sains tumbuhan (ums), perhutanan (upm). RU memang kena isi 4pilihan, bukan?
Cikgu keputusan spm penting Kew untuk permohonan ijazah sarjana muda untuk lepasan diploma
Masa apply tu mereka suruh isi maklumat kokurikulum , yang kokurikulum tu masa sekolah menengah Kew cikgu..Saya lepasan diploma
Salam cg azhar rodzi, sy pelajar uitm dn memperoleh cgpa 2.89. Masalah sy ialah sy tdk tahu bidang apakah yg sesuai utk sy apply kerana sy risau dpt bidang sepeti pertukangan dn sbgainya kerana sy xminat. Bidang apa yg sesuai ya?
salam sekiranya asasi kejuruteraan saya hanya memperolehi 3.33 maka layakkah saya masuk dalam bidang kejuruteraan?bagaimana pula dengan ru univeristy?
Jeputusan spm saya sederhana bolehkah saya ke matrikulasi,,
ataupun saya ke politeknik capai pngk tinggi..
saya nak tanye pengalaman cikgu pengambilan matrikulasi dan politeknik ni..
contoh nye saya dapat pngk matrikulasi 3.00,, dan politeknik 3.33
manakah peluang cerah untuk ke ipta..
satu gi cikgu politeknik premier adakah sama ..
silibus dengan u lain..
Assalamualaikum cikgu . Saya telah gagal matematik pada spm 2014 , saya sedih sangat . Even keputusan lain okay . Dari dulu saya memang lemah pada subjek matematik . Masa ada ke peluang utk saya sambung belajar . Saya amat cemburu melihat kawan2 lain sambung belajar . Saya ingin berjaya seperti orang lain . Saya taknak terhenti setakat spm sahaja hanya kerana gagal matematik . Apakah harus saya lakukan ? Saya bukan dari keluarga yang senang . Saya tidak mampu utk daftar college swasta . Apa harus saya buat ? Ipta mana boleh saya mohon . Atau saya harus ke tingkatan 6 ?
Salam cikgu..result spm sye 5A4B1D...D =bi,,saya dapat politeknik kos kejuruteraan dan sy buat rayuan matrikulasi.. dari pengetahun saya matrikulasi laluan ke degree degan pantas..politeknik pulak adakah cerah untuk sambung degree kalau² dapat pointer 2.8 ke atas..mohon cg habaq mana better untuk saya pi..TQ
Salam,
Kathir: keputusan spm masih ada merit tertentu. koku sekolah dan semasa diploma sekali.
anon may 26: 2.89 pilihan agak terhad, terima sahaja yang patut
anon may 28: masih boleh ru walaupun memang sukar. u komprehensif rasanya tiada masalah
As salam cg . sy lepasan spm Dan mndapat 4A saje . says Na Tanya di matrikulasi pembelajaran Dan soalan2 exam semuanya dalam bhsa inggeris ke DWI bahsa ? SBB Bi sy dpt D Dan sy dpt matrikulasi pineng Dan bercadang akan kesitu . mohon beri pencerahan to long yee Cikgu .tq
W.salam Amir FBM,
tidak perlu khuatir tentang BI. lambat-lain kena hadapi juga. baik bermula lagi walaupun mungkin harus bekerja berkali ganda daripada orang lain. where there is a will, there is a way.
selamat maju jaya Amir FBM
Assalamualaikum cikgu. saya pelajar lepasan matriks teknikal. saya hnya mendapat pngk 2.10 . adakah saya layak utk mndpat u untuk ijazah? jika saya gagal memasuki u, adakah saya boleh buat rayua utk second intake dalam tahun ini juga? atau saya perlu buat rayuan pda tahun hadapan? kos kejuruteraan apa yang sesuai utk saya? hal kerana saya nak elak memohon diploma semula. mohon nasihat dari cikgu
assalamualaikum cikgu...macam mana ye cara nak mohon balik diploma...saya baru habis matriks 2014/2015..tp x cnfident dpt masuk u utk degree...jd saya cdg nak apply blik dip guna result spm..macam mana ye
Assalamualaikum cikgu. sy nak tnya bagaimana ingin buat rayuan kemasukan ijazah? sy lepasan matrikulasi 2014/2015. sy tidak yakin yg saya dpt terima utk kemasukan ijazah bulan september ini,
salam cikgu..adakah sy bole buat rayuan ijazah jika sy ggal mnerima mana2 ipta?atau sy hanya bole buat rayuan diploma?adakah sy dah tiada harapan utk smbung ijazah jika ggal diterima di smua ipta sesi september ini?sy harap ckgu dapat terangkan dgn detail...
assalamualaikum....cikgu,sy ingin kemaskini upu. jadi kalau sy nak mohon kemasukan ijazah,univerti awam yg mana sya patut pilih dengn pngk 2.00? dah course apa yg ssuai dgn pointer sye ya cikgu?
Assalamualaikum cikgu,
Saya lepasan matrikulasi dan hanya mendapat pngk 2.47 dan muet band 5 (spm 7A)
bolehkah saya memohon kesusasteraan inggeris , inggeris komunikasi atau pengajian bahasa asing kerana syarat kemasukan 2.00
Atau adakah saya sudah tidak layak memasuki universiti dan perlu mengambil diploma
Assalamualaikum cikgu .. Tumpang tanya .. Kalau pngk saya 2.97 dan sains komputer saya dapat A .. Agak2 dpt u yg menwarkan kos IT x cikgu
Assalamualaikum cikgu. saya nak tanya saya pelajar lepasan matrik. pointer saya 3.72 dan muet saya band 2 je. boleh ke saya dapatkan course accounting atau finance? jiwa saya kat dua ni jelah cikgu. boleh ke sy dpt tempat kat ipta sbb muet rendah.
W.salam,
anon jun 9, 12.07: memang sukar RU, tetapi u komprehensif seperti UiTM, Utem, Unimap, UMP mungkin mempertimbangkan permohonan sdra/i. cuba dahulu, termasuk e-rayuan. kita tengok bagaimana, selepas itu baru meneroka pilihan belajar yang seterusnya.
anon 12.11: boleh mohon diploma uitm, poli. sekarang ini um, upm juga menawrkan kursus diploma boleh sambung terus ijazah.jika ada kesempatan teruslah ke kampus U M @ ke portal rasmi berkenan.
anon 12.39: e-rayuan upu akan dibuka selepas 1 september. isi maklumat tambahan atau kemas kini permohonan asal secara atas talian
anon 12.46: boleh buat e-rayuan sebab pada kebiasaannya hanya 80 peratus pelajar yang ditawarkan akan mendaftar. sebabnya tawaran bertindih, dapat biasiswa ipts dan sebagainya. boleh juga berjumpa terus dengan dekan fakulti yang dipohon
anon 1.06: mohon seperti biasa, terutama uni. komprehensif. nanti setelah tahu keputusan bolehlah dibincangkan semula
Sarah Dayana: pengajian bahasa asing (u m, upm) mungkin peluang lebih besar. jika tersenarai pendek, buat persediaan rapi temu duga
anon 8.12 pm: insya-Allah berjaya. berdoalah sesungguh hati, amin.
anon jun 10: RU mungkin sedikit sukar, tetapi tidak mustahil. cuba letak perakaunan usm. u komprehensif, insya-Allah tiada masalah. jadi teruslah memohon seperti biasa. tahniah atas pencapaian 3.72 itu.
Assalamualaikum cikgu, sy lepasan matriks teknikal. bolehkah sy mngambil kos engineering yg sama? dgn cgpa sy 2.0 atau sy ptut tukar kos lain selain engineerng yg sesuai dgn cgpa sye? bgaimna ya cikgu
adakah sy sudah tidak layak utk ambil kos engineering?
Assalamualaikum cikgu. Sy lepasan matrik 14/15. Pngk sy 3.15 Je. Utk upu,sy apply kos sains komputer(software engineering) di utm,upm,uitm,uthm,upsi. Agak2,sy berpeluang tak dapat apa yg sy minta ni ? Thanks
Oh ye. Muet sy band 4. Markah koko 10/10
Assalamualaikum cikgu, saya farah, saya merupakan lepasan matriks aliran akaun. Pngk saya 2.63 dan muet band 3. Untuk upu saya memohon landscape architecture di uitm sebagai pilihan pertama saya. Soalan saya adalah :
1. Adakah permohonan saya akan diterima pihak uitm dgn pointer 2.63? Saya telah memenuhi semua syarat yg ditetapkan. Cuma pointer je lari dan saya risau persaingan yg sengit
2. Baru2 ni saya hadiri temuduga di upm utk course yg sama, temuduga berjalan dgn lancar. Soalan saya adakah saya akan diterima di upm dgn pointer 2.63 walaupun saya sudah menghadiri temuduga?
3. Memang takde harapan ke nak sambung degree dgn pointer bawah 2.8 tanpa membuat rayuan?
Saya ada banyak kemusykilan. Mohon direply. Terima kasih.
Saya lepasan matrikulasi dengan pngk 2.21
adakah saya akan dapat tawaran ijazah dengan pngk sebegitu? Tapi sejujurnya sekarang saya sedang melanjutkan diploma di uitm sementara menunggu tawaran ijazah. Kerana saya fikir takut tak dapat utk tawaran ijazah.
Salam cikgu, saya lepasan diploma uitm dgn cgpa 2.76. Muet band 5. Saya ada isi upu untuk sarjana muda dalam program english for professional. Program ni persaingan tinggi tak? Rasanya dapat tak lanjutkan? Ada 2 program yang perlu temuduga saya tak dapat. Sekarang rasa sangat cemas untuk tunggu result ogos ni
unitar okay ke untuk diploma mnagement human resources
Assalamualaikum cikgu, sy lulusan dip TESL from Kuis, sy telah menjadi guru ganti mengajar english selama lebih kurang setahun, muet saya band 3..bolehkah sy memohon ijazah pendidikan TESL di ukm? Bilakah tarikh permohonan utk ijazah sepenuh masa dibuka selepas upu?
Cgpa 3.49
Salam semua,
maaf atas kelewatan memberi maklum balas.
Anon Jun 10: kelayakan minimum 2.0 memang lepas untuk u komprehensif.
kalau masih sangkut boleh cuba uniKL milik Mara
Anon Jun 11: Tahniah pngk 3.15. Insya-Allah, peluang cerah. Berdoalah.
Farah Wahida: kalau sudah temu duga bermakna sudah sebelah kaki di kampus.
Kalau panel temu duga memberi perakuan, tinggal jawatankuasapemilihan dan senat u akan membuat keputusan terakhir
Nur Anis Syuhada Zuber: syukur kerana sudah ada tempat di UiTM sebagai laluan ijazah juga. Tentang upu teruskan berdoa. September nanti kita bincang lagi, o k?
yiiman aishah: kalau muet band 5 sudah cukup kuat untuk program yang dipohon itu.cemas perkara biasa. didoaan berjaya, amin
anon jun 15, 4.08: dari segi input ilmu memang tiada masalah. asalkan kursus itu ada akreditasi MQA, setara dengan UA. jika pngk terbaik boleh sambung di UA untuk ijazah asas.
anon 10.11: tahniah pngk 3.49. cuba ambil muet lagi untuk capai band 4. namun kelonggaran mungkin diberi jika spm BI dapat minimum gred A. iklan pengambilan khas ukm untuk pelajar separuh mas / sambilan / saluran kedua (lulusan diploma) biasanya pada awal tahun 2016. selalulah menjengah portal rasmi ukm / iklan di akhbar utama.
Salam cg. Sya pljar lpasan diploma pngjian syariah. Pointr sya 3.34 boleh lg x sy nk degree ke
ukm dlm syariah?
assalamualaikum cikgu. saya lepasan matrikulasi. pngk sy 2.8. di upu saya banyak pilih kursus sains komputer. saya boleh dpt ke kursus ni cikgu?
W.salam
anon june 22: boleh, tetapi tertakluk kepada pengesahan senat ukm untuk ambilan khas. mohon dahulu
nyssakams: insya-Allah, berdoalah. amin.
Assalamualaikum cikgu. sy Plajar lepasan matrik 14/15. pngk sy 2.87 dan muet sy band 2. Layak x sy smbung degree course perakaunan dan adakah sy prlu m'bt rayuan?? semua course akaun yg sy plih di upu..
Assalamualaikum cikgu. Sy bekas plajar asasi uitm aliran sains dan x layak memohon upu sbb terpaksa repeat satu kertas tp telah lulus. Dgn cgpa 2.7, adakah sy layak utk diterima oleh mana2 u stlah mbuat ryuan nanti? U mana cikgu cadangkan yg tbaik bg cgpa sy?
W.salam
Nurul Hani: perakaunan tergolong sebagai pengajian kritikal di UA
boleh letak sebagai pilihan, tetapi dicadangkan masukkan juga kursus keusahawanan UMK dan perniagaan UiTM
Syahirah Riffin: RU sukar sikit kecuali pengajian bahasa asing UM, UPM
kalau u komprehensif jika kena dengan pilihan kursus, insya-Allah masih berpeluang. Pilihan lain masuk UniKL yang dinaungi Mara.
Wallahu a'lam ...
assalamualaikum cikgu. saya pelajar lepasan matrikulasi aliran sains dan mendapat cgpa 2.49, muet band 3. adakah masih ada peluang utk saya ke ipta? saya hanya memohon kursus2 yg biasa dan di u konprehensif sahaja. perlukah saya memohon diploma semula. jika memohon diploma utk intake ke 2, adakah saya hanya akan mendapat tawaran salah satu sahaja? antara diploma atau ijazah. terima kasih cikgu
salam cikgu dan semua , umur saya 18 tahun , saya mendapat tawaran sambung belajar di ipts , di UNiTAR , UNITEN dan OUM , saya nak ambil management , human resources . jadi bagi cadangan anda sekalian , u apa yang bagus ? mohon cadangan , kerana saya tiada pengalaman . saya tak dpat ke ipta , saya ingin menyambung diploma di ipts , dan ishaAllah ingin ke ipta menyambung degree ����
Salam cikgu. saya pelajar lepasan diploma kejuruteraan awam di politeknik dgn cgpa 3.44. Saya sedang mengambil muet sesi julai 2015. Bolehkah saya memohon pengambilan kedua untuk program ijazah? Selain uitm, universiti apakah yang juga menawarkan pengambilan kedua untuk program ijazah?
Salam cikgu, saya pljr lepasan diploma Kjuruteraan electric, politeknik, dgn cgpa 3.51 dan muet band 3, adakh saya layak mnymbng ijazah di utm? Ataupun utem? Terima kasi cikgu
W.salam
atikah amiruddin: masih berpeluang. berdoalah. jawatankuasa pengambilan calon diploma / ijazah berlainan. boleh cuba.
anon july 4: ketiga-tiga ipts berkenaan o k dan menerima akreditasi bagi hampir semua kursus mereka.
Scyha Lutfi: Boleh. UKM, UPM, UTM (space). rujuk portal rasmi uni. terbabit.
anon july 12: layak semuanya, tetapi tertakluk kepada kelulusan senat uni. yang tersebut.
Salam...cikgu sy lepasan stpm mendapt pointer 2.92.. haritu sy ada menghadiri ujian MEDSI..tetapi tidak melepasi ujian seterusnye..adakah sy masih boleh diberi peluang kos yg lain??..
Salam,
Ya. dimasukkan dalam 'pool' permohonan yang lain
salam ckgu. rsult stpm 2014 sy dpt 3.33 aliran kmnusiaan (PA,BM,PP,SEJ) dan band 2. mse spm sbjek lukisan kejuruteraan dan tekn kjurutraan sy dpt C. bi n math pun C. adakah sy layak mhon SM senibina landskap di UTM dan UiTM ? UTM adalah 1st choice sy.
Assalamualaikum, cikgu. Saya merupakan lepasan matrikulasi PST (PNGK : 2.94 ), SPM 4A dan MUET Band 4. Saya juga telah dipanggil untuk interview di UKM dalam bidang kejuruteraan komputer di UKM. Adaah saya mempunyai peluang untuk masuk ke bidang itu?
Salam cikgu, saya adalah lepasan diploma undang undang dan syariah dari kuim, melaka dgn cgpa 2.92 dan muet band 3. Adakah saya berkelayakan utk sambung ke ijazah perundangan di ipta atau ipts?
*kejuruteraan perisian
salam cikgu. saya pelajar lepasan matrikulasi 14/15 dan mendapat pngk 3.2. saya memohon kursus kimia industri dan kimia di UTM. adakah saya layak mendapat course tersebut? saya takut xdpt sbb utm kan RU. (spm 6A) tq cikgu
Assalammualaikum cikgu. Saya pelajar lepasan STPM 14/15. PGNK 2.5 dan Muet band 3.PA B-, Eko B-, P.Perniagaan B- dan Sejarah C. SPM BI A dan Math A+. Saya apply Kajian Antarabangsa di Unimas dan Pengurusan Perhotelan di UMS. Adakah sy mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran di ipt?
salam cikgu..saya pelajR matrikulasi 2014/2015..bole ka saya smbung ke ipta dgn pointer 2.32 dan muet band 2..huu..kebanyakn permohonan saya ke ums..ada ke tempat untuk sya??
Assalamualaikum cikgu,
saya bekas pelajar asasi undang-undang dengan cgpa 3.5 dan muet band 4,saya ingin bertanya sekiranya saya mendapat tawaran bagi bidang yang saya tidak minati,bolehkah saya memohon rayuan upu.ada cara kah untuk saya kembali memohon untuk menyambung bidang undang undang semula?
Assalamualaikum. sy ingin bertnya. jika saya buat rayuan utk ijazah di uitm intake kedua, bila kemasukan nya? ada kah tahun depan atau november ini?
Assalamualaikum cikgu. Macam mana sy nak contact cg? Sy ingin bertanyakan sesuatu mengenai upu. Ni email sy hizyan96@gmail.com
Salam cikgu..sy adalah lepasan matrik aliran sains dgn pointer 2.84 dan muet band 3 tetapi tdk berjaya mendapat ke ipta fasa 1. Sy cuba membuat rayuan fasa 2, ble cadangkan apakah bidang kos yg sesuai dan layak sy pohon
Assalamualaikum cikgu,..jika sy telah membuat e rayuan utk upu,adakah saya akan mendapat kos yang baru dibuat rayuan atau kos yg sama semasa permohonan kali pertama?
Assalamualaikum cikgu,..jika sy telah membuat e rayuan utk upu,adakah saya akan mendapat kos yang baru dibuat rayuan atau kos yg sama semasa permohonan kali pertama?
Assalamualaikum cikgu,..jika sy telah membuat e rayuan utk upu,adakah saya akan mendapat kos yang baru dibuat rayuan atau kos yg sama semasa permohonan kali pertama?
Assalamualaikum cikgu,..jika sy telah membuat e rayuan utk upu,adakah saya akan mendapat kos yang baru dibuat rayuan atau kos yg sama semasa permohonan kali pertama?
Assalamualaikum cikgu,..jika sy telah membuat e rayuan utk upu,adakah saya akan mendapat kos yang baru dibuat rayuan atau kos yg sama semasa permohonan kali pertama?
Assalamualaikum cikgu.. Sy pelajar stpm tahun 2013/2014..Sy mendapat pointer 2.92 dan muet band 4.. Dalam permohonan upu sy baru2 ini sy gagal mendapat tempat.. Untuk permohonan rayuan , boleh cikgu cadangkan apa kursus yg patut dan layak sy pilih. Tq cikgu.
salam cikgu...mohon pertolongan, saya lepasan stpm 2014 pngk 3.08 muet band 1 saya tak dapat tawaran u , sekarang tunggu rayuan . u ape yang bolh sy mohon cikgu . saya lepas tak mohon upm kos bahasa melayu . ... mohon pencerahan. saya nak study lagi... baru nak membangun kerajaan tak beri peluang huhuhu kesedihan cikguuuu penat study form 6 da la susah
Salam semua,
maaf kerana lewat memberi maklum balas sehingga melepasi keputusan upu.
apakah kesudahannya?
1 Uwais Al-Qarni (mohonseni bina landskap utm)
2 anon july 27(temu duga kejuruteraan komputerukm)
3 A.A. (kelayakan UA dengan diploma kuim 2.93)
4 anon aug 2: matrikulasi 3.2 (kimia industri utm)
5 anon aug 5 UMS, unimas)
6 anon aug 10 (matrik pngk 2.32 layakkah)
7 hafiz ismail (asasi undang2 3.5, muet band 4)
anon aug 11: bulan september ini juga. kemasukan sesi akademik seterusnya bulan mac 2016
anon aug 12: sudah dapat e-mel
Amisah Durhan: pengajian bahasa asing UM, UPM, tesl upsi, ums, pengurusan kejuruteraan unimap
littlepolkadot: segalanya mungkin, bergantung kepada kekosongan tempat dan kelulusan senat universiti
anon aug 13: sama seperti amisah durhan
anon aug 14: masalahnya muet. sudah duduki ulangan?
cuba uniKL, universiti milik mara. ada pijaman boleh ubah.
Wallahu a'lam ...
salam cikgu ,,saya lepasan matrik jurusan perakaunan saya hnya mndapat pngk 2.46 muet band 3.. boleh cikgu bantu jurusan apa yang layak saya ambil ? malahan saya meminta cikgu bantu senaraikan jurusan yang kurang mendapat saingan ..
Assalam cikgu.. saya pelajar stpm 2014 .. pngk sy 3.17 .. utk tawaran pertama sy xdpt.. rase sedih sgt.. jadi sy buat rayuan dan memohon uitm kos pengurusan sistem pejabat.. boleh tak saya dpt??.. sbb bi sy cuma dapat D ... :( ..
W.salam,
Siti Wawa: cuba pengajian bahasa asing UM, UPM. jurusan akaun pun layak, hanya persaingan yang jadi isu.
Aina Najihah: muet band berapa? sebenarnya kelebihan kepada calon yang dapat muet band 4 ke atas walaupun pngk rendah. cuba sahaja uitm tu. sambil itu daftar muet sekali lagi sebagai langkah tambahan.
Wallahu a'lam ...
Oo yeke cikgu ... Muet cuma dpt band 2 je cikgu.. cikgu ada apa2 cadangan lain tak utk jurusan sy ambil .. sbb sy nak sgt masuk uitm ...
salam cikgu,saya lepasan STPM dengan PNGK 3.83 DAN muet band 5...saya memohon jurusan undang-undang dlm permohonan UPU...Tetapi saya tidak berjaya malahan mendapat JURUSAN EKONOMI ANTARABANGSA DI unimas (pilihan ke -7) dan saya juga memohon di UM ... di situ pun saya tidak berjaya... sekarang saya tiada pilihan lain ...saya membuat rayuan di UM utk jurusan undang-undang lagi..cikgu ada tak peluang untuk saya di UM?saya betul-betul nak belajar jurusan ini cikgu...nak jadi seoarang peguam
Salam cikgu saya pelajar lepasan stpm...dan memperolehi 2.84 dan muet band 3 ....namun saya tak dapat permohonan upu...masih ada peluang ke untuk saya diterima apabila saya membuat rayuan.....
Salam saya nk tnye..kwn saya dpt pointer 2.29 utk lepasan matrikulasi..kos apa yg ptut dia pilih dlm erayuan?
salam cikgu, saya nak tanya.saya lepasan stpm 2013/2014.saya gagal mendapat tempat di IPTA, pointer saya 2.75. kos apa yang sesuai untuk saya mohon.
Salam cikgu, saya pelajar lpasan stpm 2014 dengan pngk 3.00 dan muet band3..malangnya saya xmndpt tmpt di mna2 ipta sbaik shaja kputusan upu diumumkan pd 11/8/2015...padahal kos yg sy pilih hanyalah kos yg berkaitan dgn bidang sy sperti bhasam melayu,sains sosial,sejarah dan lain2...soalan saya, kos apakah yg paling sesuai untk sy kemukakan rayuan berdasarkan kelulusan stpm sy
Salam cikgu, saya pelajar lpasan stpm 2014 dengan pngk 3.00 dan muet band3..malangnya saya xmndpt tmpt di mna2 ipta sbaik shaja kputusan upu diumumkan pd 11/8/2015...padahal kos yg sy pilih hanyalah kos yg berkaitan dgn bidang sy sperti bhasam melayu,sains sosial,sejarah dan lain2...soalan saya, kos apakah yg paling sesuai untk sy kemukakan rayuan berdasarkan kelulusan stpm sy
Salam,
Aina Najihah: Insya-Allah berjayalah nanti. banyakkan berdoa. pilihan ke-2 boleh cuba umk atau unimap berkaitan pengajian keusahawanan, pengurusan teknologi
anon aug 16, 3.33: mungkin kerana persaingan. pelajar saya yang berjaya ke fakultiundang2 seorang 4.0, manakala seorang lagi sama dengan sdra/i. mungkin sdra/i calon simpanan. jika berdekatan dengan kampus UM, terus ke pejabat dekan. jika jauh, telefon dan bercakap sendiri dengan sama ada dekan, timbalan dekan (ijazah asas)atau penolong pendaftar fakulti undang2. dapatkan kepastian sebelum tindakan selanjutnya. masih ada masa.
Ainnia Adnan: peluang tidak pernah tertutup, berdoalah. jika masih sangkut cepat-cepat hubungi atau pergi ke universiti berkenaan untuk proses selanjutnya
anon aug 16, 7.17: cuba uitm, ump, unimap, unisza (sebarang kursus B.Sc)
Nurhusna Muthalib: cuba umk (keusahawanan), UM (pengajian bahasa asing)
Izzat Zakaria: bidang pengajian yang dipohon itu memang terhad dari segi pengambilan pelajar. cuba kursus bersifat gunaan seperti kerja sosial, sains pentadbiran dll
Wallahu a'lam ...
Encik Saya dapat cgpa 3.83 dari PSA, bagi program dip kejuruteraan awam, muet band 3, SPM BM B+, Bi D, Modern Math A+, ada tak saya akan ditawarkan ke University, dan adakah keputusan SPM BI saya akan menyebabkan peluang saya berkurang untuk masuk Uni ???
Hai Kumares,
tahniah atas pencapaian cemerlang 3.83 dip. kejuruteraan awam psa.
peluang memang cerah ke UA komprehensif, BI SPM sudah boleh diganti dengan muet band 3. kalau ke RU sebaik-baiknya band 4 @ band 5
ada memohon politeknik premier untuk diploma lanjutan yang setara dengan ijazah sarjana muda UA?
Terima Kasih Encik, so saya tak berpeluang untuk masuk RU Kew Encik???
Post a Comment