(Nota: hanya ubah perkataan yang bergaris, yang lain kekalkan seadanya)
Thursday, August 30, 2012
SEWA EKONOMI, PEROLEHAN PINDAHAN, SEWA KUASI (THE THEORY OF DISTRIBUTION)
Definisi umum bayaran / ganjaran kepada faktor
(Nota: hanya ubah perkataan yang bergaris, yang lain kekalkan seadanya)
(Nota: hanya ubah perkataan yang bergaris, yang lain kekalkan seadanya)
Upah ialah bayaran kepada faktor buruh atas sumbangan (fizikal dan mental) dalam aktiviti pengeluaran (barang dan perkhidmatan).
Sewa ialah bayaran kepada faktor tanah / semula jadi yang terhad penawarannya atas sumbangan dalam aktiviti pengeluaran (barang dan perkhidmatan).
Bunga ialah bayaran kepada faktor modal atas sumbangan dalam aktiviti pengeluaran (barang dan perkhidmatan).
Untung ialah bayaran kepada faktor usahawan atas sumbangan dalam aktiviti pengeluaran (barang dan perkhidmatan).
Definisi khusus
Sewa ekonomi ialah lebihan perolehan yang diterima oleh faktor dalam aktiviti pengeluaran berbanding dengan kegunaan / pilihan kedua terbaik.
Perolehan pindahan ialah bayaran minimum kepada pemilik faktor bagi mengekalkan faktor untuk pilihan kegunaan yang pertama / mengelakkan faktor berpindah kepada kegunaan kedua terbaik.
Sewa kuasi ialah bayaran lebihan kepada faktor yang tidak anjal sempurna dalam jangka pendek /
perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos berubah (TR - TVC).
Contoh Sewa Ekonomi, Perolehan pindahan
Andaikan tanah mempunyai dua kegunaan, iaitu sebagai tapak bangunan kedai dengan sewa bulanan RM5,000, berbanding dengan tapak kegunaan pertanian dengan sewa bulanan RM4,000.
Sewa ekonomi = RM5,000 - RM4,000 = RM1,000 (perbezaan sewa antara dua kegunaan tanah)
Perolehan pindahan = RM4,000 (nilai kegunaan kedua terbaik)
Analisis Gambar Rajah: Penentuan SE, PP
Permintaan faktor adalah tetap, manakala penawaran faktor boleh jadi anjal, anjal sempurna atau tidak anjal sempurna. Keluk permintaan faktor sama seperti keluk permintaan di pasaran barang, iaitu bercerun negatif. Kawasan SE terletak antara bahagian bawah garis harga keseimbangan dengan bahagian atas / kiri keluk penawaran faktor, manakala kawasan PP terletak antara bahagian bawah / kanan keluk penawaran faktor dengan bahagian kiri garis kuantiti keseimbangan.
Jika penawaran faktor tidak anjal sempurna, semua sewa ialah SE, manakala jika anjal sempurna, semua sewa ialah PP. Untuk penawaran faktor yang anjal, sila lukis kedua-dua keluk permintaan dan penawaran faktor hingga menyentuh paksi harga faktor (sewa) supaya kawasan SE, PP dapat ditunjukkan dengan tepat.
Semakin anjal penawaran faktor: semakin kurang SE, semakin banyak PP.
SE tidak wujud jika penawaran faktor anjal sempurna, PP tidak wujud jika penawaran faktor tidak anjal sempurna.
Analisis keluk bagi sewa kuasi
Sediakan keseimbangan jangka pendek bagi kes untung lebih normal firma persaingan sempurna dengan memasukkan keluk kos berubah purata (AVC) sekali. Tunjukkan titik keseimbangan dan kuantiti keseimbangan. Tanda AR dan AVC pada tingkat kuantiti keseimbangan. Kemudian, nyatakan kawasan jumlah hasil (TR), iaitu AR X Q, serta kawasan jumlah kos berubah purata (TVC) = AVC X Q.
Setelah itu, nyatakan kawasan kawasan sewa kuasi, iaitu antara garis AR dengan garis AVC pada tingkat kuantiti keseimbangan.
Hubungan sewa kuasi dengan kos tetap
Bagi kes untung lebih normal, saiz sewa kuasi melebihi kos tetap.
Huraian merujuk keluk: kawasan kos tetap ialah antara garis AC dengan AVC pada tingkat kuantiti keseimbangan.
Kes untung kurang normal / rugi: SK < FC
Kes untung normal: SK = FC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Boleh bagi definisi sewa bandar tak?
abang ni mesti dah habis form 6 tapi masih tak dapat balas....
kelakar u ni ahahahah
rasa dia dah tahun ketiga di uni dah, lol...
ehh bukan, dah habis uni dah
Hi 15 november 2023 user here
Post a Comment