Hari Sabtu itu Iman gembira kerana menerima e-mel ibunya yang memberi galakan agar memenangi pidato dan bersabar atas tingkah Linda. Pagi itu, ayahnya juga menelefon dari Kuala Lumpur. Iman mencadangkan Yusri mengirim kad ulang tahun Ruhaida ke-38, namun Yusri hanya berdiam. Ketika membantu datuk neneknya membersihkan reban ayam, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial muncul. Pei Wen membawa buah tangan, iaitu ikan sungai. Di sekolah mereka bertembung dengan Linda, Suzana dan Aminah di kelas sedang berlatih pidato. Linda mengajak Iman ke satu sudut dan terus melampiaskan lagi rasa cemburunya, sambil mendesak Iman menarik diri. Di rumah, Yusri muncul, lalu mengajak Iman, datuk dan nenek ke Port Dickson (rumah mereka di Seremban). Mereka makan ikan bakar di sebuah restoran sambil bercerita. Kemudian, berlaku perbincangan antara Yusri dengan datuk dan nenek tanpa kehadiran Iman. Sejak itu, nenek tidak ceria lagi. Akhirnya, Iman mendapat jawapan bahawa nenek berasa cemburu dan gusar jika cadangan Yusri mengajak Iman tinggal di bandar menjadi kenyataan. Iman bertegas bahawa dia hanya akan mengikut Yusri jika Ruhaida, ibunya ada bersama-sama. Ada sesuatu yang tidak dicakapkan oleh nenek...
1 Iman mengingatkan ayahnya tentang ulang tahun kelahiran ibunya yang ke- 38 pada 15 hari
bulan. Iman mendesak Yusri mengirim kad ucapan, dan Iman sanggup menjadi wakil bagi pihak ayahnya.
Watak: Iman Zulaikha
Perwatakan: Penyayang / peka / prihatin
Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang / peka / prihatin; masyarakat murid sekolah / masyarakat anak peniaga
Nilai: Kasih sayang / kepekaan / keprihatinan
Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga / kasih sayang anak kepada ibu bapanya / kepekaan / keprihatinan anak kepada ibunya
Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga / ibu bapa; kita hendaklah peka / prihatin terhadap ibu bapa
2 Iman segera berlalu pergi apabila menyedari dirinya tidak bertudung ketika rakan-rakannya
datang. Iman juga tidak bau busuk yang melekat pada pakaiannya ketika membersihkan reban
ayam tidak menyenangkan rakan-rakannya.
Watak: Iman Zulaikha
Perwatakan: suka membantu / menjaga penampilan (aurat) / taat ajaran agama
Latar masyarakat: Masyarakat yang suka membantu / masyarakat yang menjaga penampilan aurat
Nilai : Kerajinan / tolong-menolong / ketaatan / kepatuhan
Persoalan: Kerajinan dalam membantu warga tua / Tolong-menolong dalam kerja di rumah / ketaatan, kepatuhan terhadap perintah menutup aurat.
Pengajaran: Kita hendaklah rajin menolong warga tua / kita hendaklah patuh menutup aurat
3 Bapa Pei Wen berkirim ikan sungai kepada nenek Iman
Watak: Bapa Pei Wen
Perwatakan: Berbudi bahasa / pemurah
Latar masyarakat: masyarakat peniaga ikan / masyarakat yang berbudi bahasa / pemurah
Nilai: Murah hati
Persoalan: Bermurah hati terhadap jiran tetangga
Pengajaran: Kita hendaklah bermurah hati terhadap jiran tetangga
4 Iman bertegas enggan menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun diberi kata dua oleh Linda
Watak: Iman Zulaikha
Perwatakan: Tegas / tetap pendirian
Latar masyarakat: Masyarakat yang tegas / tetap pendirian
Nilai: Ketegasan
Persoalan: Ketegasan dalam mempertahankan pendirian
Pengajaran: Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pendirian
5 Datuk Iman menegur Iman supaya akur dengan kehendak ayahnya supaya Iman bersiar-siar kerana ada perbincangan orang tua-tua sahaja
6 Sebagai remaja, Iman tidak dapat menangkap maksud sebenar nenek menyatakan kesunyian jika Iman
mengikut Yusri ke bandar sedang kata Iman ayahnya hanya bergurau.
2 comments:
cikgu~
boleh tak post persoalan bab ni?
terima kasih yuki,
sudah ditulis dalam analisis peristiwa 1 - 4... ada kemusykilan tentang itu?
Post a Comment