Tuesday, February 7, 2012
AMALAN KEBERSIHAN DI MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU (MAINTAINING A HEALTHY ENVIRONMENT)
Bidang perbincangan
1 Konsepsi tajuk
2 Pandangan mata kasar amalan kebersihan di Malaysia:
a. Kawasan perumahan / petempatan penduduk
b. Premis perniagaan: makanan, rekreasi, pusat beli-belah, tempat tumpuan awam (stesen, hentian)
c. Pejabat dan kompleks pentadbiran
d. Tandas awam
3 Cara-cara meningkatkan kesedaran masyarakat
a. Kempen bersepadu menerusi media massa, bersemuka (pemupukan budaya dan citra sosial)
b. Pendidikan generasi muda di sekolah (kawalan dalaman kendiri)
c. Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang (hukuman / ganjaran)
d. Kawalan sosial
4 Kesimpulan: Bibit amalan sihat cepat dikembangkan, tabiat buruk dikenakan isbat sosial
bersambung...
Monday, February 6, 2012
"MUZIK" BAB 6 NOVEL KONSERTO TERAKHIR (THE LANGUAGE OF MELODY)
Pengarang novel: Dato' Abdullah bin Hussain, 92
Muka surat rujukan: 101 - 112 (bab paling pendek)
Watak utama: Hilmi
Watak pembantu: Mamat / drebar Dr. Nathan
: Datin Salmah / ibu Hayati
: Hayati / anak Datuk Johari, Datin Salmah / pelajar sekolah swasta / tunang Mohsin
: Datuk Johari / suami Datin Salmah / bapa Hayati / pemilik banglo / "ayah saudara" Hilmi
Watak tanpa dialog / imbasan sahaja: Encik Bakar / guru muzik Hilmi / bapa Azizah / ketua kuartet muzik
: Esah / isteri Mamat / tukang masak Dr. Nathan
: Mohsin / tunang Hayati / anak saudara Datin Salmah
: rumah Dr. Nathan (Hilmi "dipaksa" makan bersama Mamat dan Esah)
Latar masa: menjelang senja (Hilmi pulang menaiki bas dari rumah Pak Bakar)
: malam (ketika Hilmi tiba di rumah / disapa oleh Mamat / keluarga Hayati pulang mengejut)
Ringkasan bab
Muka surat rujukan: 101 - 112 (bab paling pendek)
Watak utama: Hilmi
Watak pembantu: Mamat / drebar Dr. Nathan
: Datin Salmah / ibu Hayati
: Hayati / anak Datuk Johari, Datin Salmah / pelajar sekolah swasta / tunang Mohsin
: Datuk Johari / suami Datin Salmah / bapa Hayati / pemilik banglo / "ayah saudara" Hilmi
Watak tanpa dialog / imbasan sahaja: Encik Bakar / guru muzik Hilmi / bapa Azizah / ketua kuartet muzik
: Esah / isteri Mamat / tukang masak Dr. Nathan
: Mohsin / tunang Hayati / anak saudara Datin Salmah
Latar tempat: di dalam bas / hentian bas (ketika Hilmi pulang / mengelamun tentang muzik, pelajaran Pak Bakar)
: banglo Datuk Johari: rumah Dr. Nathan (Hilmi "dipaksa" makan bersama Mamat dan Esah)
Latar masa: menjelang senja (Hilmi pulang menaiki bas dari rumah Pak Bakar)
: malam (ketika Hilmi tiba di rumah / disapa oleh Mamat / keluarga Hayati pulang mengejut)
Ringkasan bab
Di dalam dan di luar bas, serta ketika berjalan menuju ke banglo Datuk Johari segala-galanya terang-benderang bagi Hilmi, termasuk juga hatinya. Dia teruja dengan pelajaran muzik dan falsafah Pak Bakar tentang tamsilan burung dan ikan liar yang berjaya dijinakkan olehnya. Hilmi terlebih dahulu menyiram pokok bunga, makan roti yang masih bersisa, mengemas rumah dan diri sebelum ke bilik Mamat di rumah Dr. Nathan. Akhirnya, dia makan juga di bilik Mamat dan Esah, walaupun mulanya enggan. Ketika Esah ke dapur, Mamat mengusik Hilmi tentang Azizah, anak Pak Bakar. Hilmi menyatakan rasa bimbang tidak dapat belajar muzik jika Datuk Johari pulang. Apabila kembali ke banglo, Hilmi tidak dapat menahan diri daripada menyentuh piano.
Datin Salmah yang turun kereta berang, tetapi Datuk Johari tenang, manakala Hayati meluru ke muka pintu sambil bergenjat perlahan. Hayati memberi isyarat "diam" kerana dia terpesona dengan alunan melodi yang dimainkan oleh Hilmi. Apabila Hilmi sedar, dia terus berhenti dengan muka yang pucat walaupun Hayati bertepuk tangan memberi galakan. Datin Salmah terus sahaja memerintah Hilmi mengangkat barang. Datin Salmah memeriksa rumah untuk mencari kesalahan Hilmi, tetapi gagal. Datuk Johari pula memasang lampu taman, sambil berbual dengan Hayati tentang oleh-oleh untuk "Abang Mi" (Hilmi) yang dibeli di Vienna, Austria yang disangkanya untuk Mohsin.
Hayati terus ke bilik Hilmi untuk menyerahkan oleh-oleh berupa boneka yang diperbuat daripada perak siap dengan melodi yang merdu. Hilmi hanya menerima hadiah Hayati setelah menyentuh perutnya. Hayati mengajar Hilmi mengunci boneka yang akan menari dengan rentak "Blue Danube" menyebabkan Hilmi terlupa dia membahasakan Hayati sebagai Yati sahaja, tetapi Hayati senang. Hayati juga memuji permainan piano Hilmi, tetapi Hilmi berkata dia hanya belajar dengan mendengar Hayati bermain.
Datin Salmah menyuruh Hayati menelefon Mohsin, tetapi Hayati enggan. Datin Salmah tidak puas hati, lalu ke bilik Hayati bertanyakan tentang tujuan dia ke bilik "Abang Mi". Datin Salmah kaget kerana selama di Eropah, Hayati hanya menyebut Mohsin. Datin Salmah cuba mencungkil rahsia oleh-oleh Hayati untuk Mohsin, tetapi Hayati menganggap itu hal peribadi dirinya. Datin Salmah tersinggung, tetapi memberi alasan sekadar ingin tahu. Datuk Johari pula biasa-biasa sahaja.
Perwatakan: rajin (Hilmi)
: amanah / patuh / taat (Hilmi)
: mesra / peramah (Mamat)
: pandai memuji / budiman (Hayati)
: pemarah / suka mencari kesalahan (Datin Salmah)
: tenang / tidak memihak (Datuk Johari)
Latar masyarakat: masyarakat keluarga berada
: masyarakat pembantu rumah / pemandu kenderaan
: masyarakat yang rajin
: masyarakat yang amanah / patuh / taat
: masyarakat yang mesra / peramah
: masyarakat yang pandai memuji / budiman
: masyarakat yang angkuh / pemarah / suka mencari kesalahan
: masyarakat yang tenang / tidak memihak / bersikap melindungi
Nilai murni: kerajinan, kepatuhan / ketaatan, kemesraan / keramahan, baik hati, ketenangan
Persoalan: kerajinan dalam pembelajaran / kerja
: kepatuhan / ketaatan kepada majikan
: kemesraan / keramahan dalam komunikasi / pergaulan
: sikap baik hati / budiman terhadap sesama insan
: memberi pujian yang ikhlas / pada tempatnya / seadanya / yang wajar
: keangkuhan kerana perbezaan darjat / taraf kehidupan
: ketenangan dalam menghadapi cubaan provokasi / kemarahan
Pengajaran: kita hendaklah rajin dalam bekerja / pembelajaran
: kita hendaklah patuh / taat kepada majikan
: kita hendaklah mesra / ramah dalam komunikasi . pergaulan
: kita hendaklah baik hati / budiman terhadap sesama insan
: kita hendaklah memuji seseorang itu dengan ikhlas / seadanya / pada tempatnya / dengan wajar
: kita janganlah angkuh atas perbezaan darjat / taraf kehidupan
: kita hendaklah tenang dalam menghadapi cubaan provokasi / kemarahan
kbkk: perbezaan cara berfikir (antara Datuk Johari dengan Datin Salmah)
: unsur suspens (kemarahan Datin Salmah terhadap Hilmi tidak mendapat sokongan suami dan anak)
: tertanya-tanya tentang perkembangan watak (adakah Hayati menyambut "cinta" Hilmi?)
Sunday, February 5, 2012
LAKSA JOHOR DAN MI BANDUNG MUAR (THE ORIGINAL RECIPE)
Antara perkara "wajib" jika bermalam di Bandar Maharani, Muar ialah makan-makan di warung stesen bas ekspres yang hanya dibuka mulai pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Menu istimewa di situ ialah gado-gado, tempe goreng dan laksa Johor. Makanan berkenaan mungkin ada di tempat lain juga, tetapi rasanya tidak akan sama.
Medan Selera Tanjung Emas, berhampiran Sekolah Tinggi Muar dan Masjid Sultan Ibrahim
Bandar Maharani, Muar dianggap sebagai bandar orang pencen dan sangat malap pada waktu malam. Susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan tiada yang terus ke Bandar Maharani. Kalau dari arah Kuala Lumpur, pemandu perlu melencong ke persimpangan Tangkak, manakala dari arah Johor Bahru perlu membelok ke persimpangan Pagoh. Setelah itu, pemandu perlu melewati jalan biasa sejauh 24 kilometer.
Keenakan tempe goreng Muar setanding dengan rasa tempe di Bandung dan Jakarta. Demikian juga dengan masakan asam pedas Muar yang memang cukup pedas dan pekat. Kepada yang tidak biasa, menjamah asam pedas Muar bererti mengeluarkan air mata!
Tidak banyak peniaga yang tahu menyediakan laksa Johor yang enak. Beza laksa Johor dengan laksa Kedah atau laksa Pulau Pinang ialah laksa yang digunakan sebenarnya spegheti. Kuah laksa Johor juga dicampur dengan rempah yang membuka selera.
Hanya satu masalah yang belum selesai bagi premis perniagaan di Muar sebagaimana juga di seluruh negara, iaitu tentang kebersihan. Kerusi meja nampak usang, manakala sisa makanan lambat dibersihkan. Penampilan petugas premis perniagaan makanan juga kurang baik, hingga ada yang nampak seperti tidak menggosok gigi...
Saturday, February 4, 2012
PENGHUJUNG SELATAN (THE END OF PENINSULA)
Ahad, 12 Rabiul Awal 1433 / 5.2.12
Sempena cuti sambutan Maulidur Rasul, penulis blog (PB) mengambil kesempatan mengunjungi keluarga di selatan Semenanjung. Perjalanan sejauh hampir 600 kilometer melewati Lebuh Raya Utara Selatan itu memakan masa enam jam tidak termasuk berhenti rehat. Keadaan lebuh raya begitu baik dan tidaklah begitu mencabar berbanding dengan perjalanan ke arah pantai timur yang berliku-liku dan curam.
Taman Pulai Emas terletak berdekatan kamus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang masih dalam proses pembesaran. Fakulti Perubatan UTM kelihatan hampir siap untuk pengambilan pelajar kohort pertama. UTM yang baru-baru ini dikurniakan taraf autonomi mahu menawarkan semua kursus kritikal yang menjadi rebutan pelajar terbaik.
PB juga sempat mengunjungi Teluk Danga yang lebih dikenali sebagai Danga Bay untuk makan-makan di medan selera Singgah Selalu. PB sempat berbual-bual dengan seorang peniaga roti Arab dari Gaza yang menganggap bahawa di Palestin sebagai tiada kehidupan (no life). Kedudukan Singapura juga nampak makin dekat kerana kegiatan menambak laut yang rancak dijalankan di kedua-dua buah negara.
Jika selama ini Singapura sibuk mempromosi Universal Studio di Pulau Sentosa (PB pernah naik kereta kabel merentasi laut di sana), Johor Bahru bakal memberi saingan apabila taman tema mega Lego, iaitu yang keenam seumpamanya di dunia bakal siap dalam tempoh terdekat. Taman tema itu akan menjadi daya tarikan ke bandar raya pintar Nusajaya, iaitu kota pentadbiran kerajaan negeri Johor yang sama dengan konsep Putrajaya. Barangkali setelah itu, semua negeri akan berlumba-lumba membina taman tema yang tersendiri dengan menjemput pelabur asing yang memiliki jenama yang kukuh di seluruh dunia.
PB juga sempat berkunjung ke bandar Maharani di Muar. Kebetulan Bandar Maharani baru sahaja diisytiharkan sebagai bandar di-Raja negeri Johor Darul Takzim semalamnya. Ketika berada di hadapan Hotel Muar Trader, milik usahawan Cina dari Kuala Lumpur selepas mengambil alih pengurusan hotel daripada sebuah parti politik tempatan. PB terserempak dengan seorang bekas menteri kanan dan sempat bergambar dengan beliau.
Johor Bahru dan Muar memang banyak meninggalkan kenangan kepada PB. Sebulan lamanya PB pernah bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dan berulang alik ke Kompleks Tun Razak yang kini agak sepi. Kalaulah jika tidak kerana jarak yang begitu jauh, PB akan sering berkunjung ke Johor Bahru dan Muar...

pemandangan Tanjung Emas dan Tanjung Agas yang dipisahkan oleh Sungai Muar, berhampiran Selat Melaka
PB juga sempat berkunjung ke bandar Maharani di Muar. Kebetulan Bandar Maharani baru sahaja diisytiharkan sebagai bandar di-Raja negeri Johor Darul Takzim semalamnya. Ketika berada di hadapan Hotel Muar Trader, milik usahawan Cina dari Kuala Lumpur selepas mengambil alih pengurusan hotel daripada sebuah parti politik tempatan. PB terserempak dengan seorang bekas menteri kanan dan sempat bergambar dengan beliau.
Johor Bahru dan Muar memang banyak meninggalkan kenangan kepada PB. Sebulan lamanya PB pernah bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dan berulang alik ke Kompleks Tun Razak yang kini agak sepi. Kalaulah jika tidak kerana jarak yang begitu jauh, PB akan sering berkunjung ke Johor Bahru dan Muar...
“SENYUMAN SATIAH MULAI TAWAR” BAB 6 NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUKMU (THE GENUINE FRIENDSHIP)
Pengarang novel: Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 38 – 43
Watak utama: “aku” / Tini / Hartini binti Hasrul / anak Puan Sarah / murid tingkatan 3
Watak lain: Satiah / kanak-kanak orang Asli / murid tingkatan 3 / rakan sekelas Tini
: papa / bapa Tini / Encik Hasrul / pegawai pertanian / bapa angkat Satiah
: mama / ibu Tini / Puan Sarah / suri rumah
: Pak Morit / bapa Satiah
: Mak Sukin / ibu Satiah
: Ali Sintok / ketua kelas 3 Teratai, SMK Kampung Kuala Batu, Jerantut, Pahang
: Ineng, Sinda, Mijod / murid 3 Teratai
: Cikgu Malik / guru kelas 3 Teratai
: Cikgu Anis / guru Bahasa Inggeris
Latar tempat: rumah keluarga Tini / kuarters pegawai pertanian
: kelas tingkatan 3 Teratai
Latar masa: sesi persekolahan pagi
: petang (ketika rakan dan cikgu melawat Satiah di rumah Tini)
Ringkasan bab
Setelah balik daripada rawatan awal di hospital, Satiah masih lemah. Pak Morit dan Mak Sukin sudi menerima pelawaan papa untuk bermalam dan menemani Satiah di rumah. Kira-kira pukul 3 pagi, Tini terjaga apabila Satiah mengaduh perlahan. Tini ke dapur menyediakan susu, tetapi ibunya tercegat di sana kerana menyangka ada kucing. Ketika hendak ke bilik, Tini terlanggar pula kaki Mak Sukin, lalu Mak Sukin terjaga dan terus menjenguk Satiah. Dia berjanji untuk membawa Satiah berjumpa dukun semula setelah peperiksaan selesai.
Keesokannya di sekolah, Tini dikelilingi kawan-kawan yang prihatin tentang perkembangan Satiah. Sinda mencadangkan mereka melawat Satiah, tetapi Ali Sintok meluahkan rasa bimbang. Mijod mencelah dengan mengata Ali sudah “nyanyuk” kerana Satiah di rumah Tini. Ali membuat andaian Satiah dibawa pulang ketika sakit, lalu Mijod pula yang bingung. Petangnya 25 orang murid 3 Teratai, Cikgu Malik dan Cikgu Anis menziarahi Satiah menyebabkan Satiah yang tidak biasa menerima tetamu tersipu-sipu malu. Mereka dijamu dengan cempedak goring dan kopi O. Papa berjanji akan mengadakan kenduri jika keputusan peperiksaan mereka cemerlang...
Perwatakan: peka / prihatin (Tini, papa, mama, Ali Sintok, Ineng, Sinda, Mijod, Cikgu Malik, Cikgu Anis)
: penyayang (Tini, papa, mama, Pak Morit, Mak Sukin)
: sabar / tabah (Satiah)
: ikhlas / budiman
: berfikiran konservatif (Pak Morit, Mak Sukin)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat orang Asli
: masyarakat yang penyayang
: masyarakat yang sabar / tabah
: masyarakat yang berfikiran konservatif
Nilai murni: kasih sayang,keikhlasan, kesabaran / ketabahan, berfikiran terbuka
Persoalan: kasih sayang sesama manusia
: kesabaran / ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup / penyakit / penderitaan
: berfikiran terbuka terhadap perubatan moden
: keikhlasan dalam menghulurkan pertolongan
Pengajaran: kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia
: kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi cabaran hidup / penyakit / penderitaan
: kita hendaklah ikhlas dalam pertolongan
kbkk: cara mempengaruhi pemikiran masyarakat
Friday, February 3, 2012
DILEMA SISWAZAH KEJURURAWATAN (OVER ENROLMENT AND EXCESSIVE SUPPLY IN HEALTH SECTOR)
Donald J. Blake, profesor ekonomi buruh di UKM suatu ketika dahulu pernah mengatakan bahawa kebanyakan perancangan buruh di negara sedang membangun adalah cacat. Maksudnya, dasar guna tenaga yang digunakan tidak kena dan tidak tepat. Hitungan senario dan unjuran yang sipi menyebabkan berlakunya pengangguran besar-besaran yang selanjutnya menjadi masalah sosial di negara terbabit.
Pengalaman negara China dan India dengan isu siswazah mengemis pekerjaan ke sana sini patut dipelajari. Saban tahun dianggarkan lima juta anak muda negara China tamat pengajian universiti dan memasuki pasaran buruh. Hanya segelintir siswazah yang bernasib baik atas pelbagai sebab memperoleh rezeki pekerjaan.
Di negara kita juga, masalah pengangguran siswazah ialah isu yang perlu ditangani saban tahun memandangkan bilangan universiti awam sahaja sudah mencecah 20 buah, manakala universiti dan kolej swasta mencatat jumlah lebih 30 kali ganda daripada itu. Andai kata, secara konservatif 100,000 siswazah universiti awam tamat pengajian setiap tahun, ke manakah hala tuju mereka di pasaran pekerjaan?
Dahulu siswazah pendidikan begitu terjamin dari segi penempatan, tetapi kini tidak lagi demikian. Kini, bilangan guru di sekolah kerajaan sudah mencecah angka setengah juta orang dan jumlah kekosongan sudah terhad. Semangat yang berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa mungkin pudar apabila terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama.
Kerjaya dalam bidang kesihatan dan perubatan juga beransur-ansur mengalami nasib yang serupa. Buat permulaan, siswazah kejururawatan menghadapi kesukaran memperoleh pekerjaan dalam bidang mereka. Ilmu dan kemahiran yang ditauliahkan tidak dapat menjadi amalan kerjaya.
Sumber menyatakan bahawa sejumlah 12,000 orang pelatih jururawat tamat pengajian setiap tahun, sedangkan keperluan pasaran hanya di sekitar 1,500 orang dalam tempoh yang sama. Siswazah kejururawatan dari universiti awam juga turut tidak dapat ditempatkan di hospital kerajaan. Mereka harus mengambil daya usaha untuk bersaing dengan rakan-rakan siswazah universiti dan kolej swasta.
Peluang pekerjaan sebagai jururawat di timur tengah (negara-negara Arab) juga tidak semudah yang disangka. Mereka mengutamakan jururawat berpengalaman berbanding dengan jururawat yang baru hendak mula bekerja. Sebahagian ibu bapa juga keberatan melepaskan anak dara mereka mengambil risiko keselamatan apabila berkhidmat di rantau orang.
Maka, di samping usaha pihak berkuasa mencari jalan menyelesaikan isu pengangguran jururawat bertauliah, para siswazah kejururawatan harus menubuhkan sebuah majlis atau jaringan maya mereka sendiri untuk menjana idea supaya ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh dapat disalurkan kepada bidang inovasi dan keluaran impak tinggi yang berkaitan dengan rawatan. Siswazah kejururawatan tidak boleh bergerak secara bersendirian. Mereka boleh bergabung dalam sebuah organisasi atau pasukan yang mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan rundingan dan kepakaran...
Thursday, February 2, 2012
"JUMAAT PETANG" BAB 8 NOVEL 6:20 (THE SECRET PLACE)
Pengarang novel: Siti Jasmina binti Ibrahim
Muka surat rujukan: 82 - 92
Watak lain: Teja / sahabat karib Sukma / rakan kuliah Sukma
: Alvin / rakan kuliah Sukma / anggota kumpulan tugasan Sukma
Muka surat rujukan: 82 - 92
Watak utama: Nur Sukma binti Haji Syaqir / Sukma / pelajar universiti / "saya" (pencerita sudut pandangan orang pertama)
Watak antagonis / penentang: Iskandar / rakan kuliah Sukma / anggota kanan WX2Watak lain: Teja / sahabat karib Sukma / rakan kuliah Sukma
: Alvin / rakan kuliah Sukma / anggota kumpulan tugasan Sukma
: Rafiq / pemuda kacukan Melayu - Turki / pernah menetap di Amerika Syarikat / rakan kuliah Sukma
: Lelaki kurus melengkung / pernah bersila di hadapan pintu pagar rumah Rumah tepat 6.20 pagi Selalu lalu
: Jerry / rakan kuliah Sukma / anggota kumpulan WX2
Latar tempat: belakang rumah kedai / dekat dengan Kelab WX2
Latar masa: lewat petang
Ringkasan bab
Teja resah apabila Jerry masih tidak muncul walaupun sudah pukul 6.20 petang. Alvin menolak kemungkinan mereka akan ditangkap oleh "geng" WX2. Serentak itu, Sukma ternampak lelaki kurus melengkung yang pernah dilihatnya tepat pukul 6.20 pagi di hadapan pagar rumahnya tiga hari sebelum itu. Lelaki itu cuba lari, tetapi Sukma memegang lengan bajunya. Lelaki itu menggeleng dan pergi. Kelihatannya dia kurang waras. Rafiq menawarkan diri untuk mengejar lelaki itu kerana dia berpendapat tindakan Sukma terhadap lelaki itu luar biasa, tetapi Sukma menolak.
Tiba-tiba kelibat Jerry muncul di pintu Kelab WX2. Alvin membawa Jerry jauh daripada pengawal WX2 yang curiga dengan kehadiran mereka. Jerry meminta maaf kerana mungkir janji, tetapi dia mahu segera masuk ke dalam. Rafiq, Teja dan Alvin mahu beredar, tetapi Sukma tetap di situ. Pelbagai soalan bermain di benak Sukma tentang kewujudan kelab WX2 yang tidak diketahui oleh ayahnya. Sedang Sukma mengelamun, Rafiq menarik tangannya kerana tidak mahu Sukma bersendirian. Sukma meminta Rafiq menunggu dari jauh kerana mahu masuk ke dalam. Tiba-tiba Iskandar datang menyergah dan menyekat Sukma.
Sukma terus melontarkan soalan provokasi tentang kelab WX2 menyebabkan Iskandar tergamam. Iskandar mendakwa "ruang sepi" ialah tempat berbincang hal ilmiah, lalu ditempelak oleh Sukma. Iskandar menyuruh Sukma balik sahaja sebelum dua orang anggota WX2 memanggilnya masuk. Iskandar masih cuba menghalang Sukma daripada masuk. Namun, nada suara Iskandar lebih lembut dan memujuk. Sukma beralasan tidak salah untuk dirinya mendengar perbincangan ilmiah, sambil mencabar Iskandar dengan soalan lebih mencabar seperti kesalahan undang-undang dan pegangan. Iskandar hanya mampu tersenyum, lalu meninggalkan Sukma dengan perasaan tidak keruan...
Perwatakan: berani, tegas (Sukma), suka menolong / melindungi (Rafiq), mudah gelabah (Iskandar, Jerry)
Latar masyarakat: masyarakat pelajar universiti
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang tegas
: masyarakat yang suka menolong
: masyarakat yang mudah gelabah
Nilai murni: keberanian, ketegasan, tolong-menolong, ketenangan
Persoalan: keberanian dalam melakukan sesuatu kerja / siasatan
: ketegasan dalam menyatakan pendirian / sikap
: tolong-menolong sesama rakan
: ketenangan dalam menghadapi provokasi
Pengajaran: kita hendaklah berani dalam sesuatu tindakan / kerja / siasatan
: kita hendaklah tegas dalam menyatakan pendirian / sikap
: kita hendaklah sentiasa bersedia menolong rakan
: kita hendaklah tenang dalam menghadapi provokasi
kbkk: batasan pergaulan dalam kalangan pelajar
: pendekatan pendidikan untuk remaja
: ancaman kumpulan liar dalam kalangan anak muda
"SECARIK SINAR" BAB 7 NOVEL MERENANG GELORA
Pengarang novel: Ruslan bin Ngah, 45
Muka surat rujukan: 92 - 111
Watak utama: Badri / pengawas sekolah / murid tingkatan 5
Watak lain: Taufik / rakan sekelas Badri
: Siti Cahya Nadira
: Shahrul / murid tingkatan 5 Cergas / watak penentang kepada Badri
Latar tempat: perpustakaan (ketika Taufik menghampiri Badri / Nadira duduk di sebelah Badri)
: koridor sekolah (Shahrul muncul untuk menyekat Nadira / Badri menolong Nadira)
Latar masa: sesi persekolahan pagi
Ringkasan bab
Perwatakan: suka ambil tahu (Taufik), berani, perahsia, pemaaf (Badri), prihatin (Nadira), angkuh (Shahrul)
Latar masyarakat: masyarakat murid tingkatan 5
: masyarakat pengawas sekolah
: masyarakat murid nakal / suka berfoya-foya / bergaul bebas
: masyarakat yang suka ambil tahu (hal orang lain)
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang teguh menyimpan rahsia
: masyarakat yang pemaaf
: masyarakat yang prihatin
: masyarakat yang angkuh
Nilai murni: keberanian, kerahsiaan, kemaafan, keprihatinan
Persoalan: keberanian berhadapan dengan kekasaran
: kerahsiaan maklumat peribadi / sahabat karib
: kemaafan terhadap orang kesalahan lain
: keprihatinan terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
Pengajaran: kita hendaklah berani berhadapan dengan kekasaran
: kita hendaklah merahsiakan maklumat peribadi / sahabat karib
: kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain
: kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
kbkk: cara membendung pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah
: peranan guru kaunseling dalam menangani kenakalan murid berusia remaja
: kesan penyebaran cerita yang belum sahih / propaganda / mulut tempayan

Hubungan Badri dengan Jamil menjadi dingin apabila Jamil menjauhkan diri. Taufik (watak penyibuk / kaki kepoh) cuba mencungkil rahsia, tetapi Badri menyimpannya dengan kemas. Sebaliknya, hanya Taufik yang menceritakan peristiwa Nadira disoal siasat setelah ditinggalkan oleh Shahrul tempoh hari. Badri simpati walhal Nadira tidak seperti bermusuhan. Selepas Taufik pergi, Badri pula terkejut kerana Nadira datang duduk di sebelahnya mahu memohon maaf dan mahu berkawan. Badri serba salah kerana dengan Siew Mei pun dia sengaja mengelak diri. Akhirnya mereka berjalan beriringan, tetapi Badri canggung. Shahrul menahan Nadira dan tidak peduli kepada Badri. Setelah Shahrul mendesak dan berkasar (mencengkam lengan Nadira), baharu Badri campur tangan. Shahrul mencabar Badri untuk bergaduh, tetapi Badri tidak berminat walaupun dia belajar silat dengan Pak Alang. Badri cuba berbahasa, tetapi Shahrul tetap sombong dan menuduh Badri dengki kepadanya dan cuba mempengaruhi Nadira. Nadira cemas dan meminta Badri tidak menyahut cabaran "gila" Shahrul. Demi Nadira menyuarakan kebimbangan Shahrul mungkin menyerang Badri, Nadira sendiri yang terkedu dengan pertanyaan Badri, "Sejak bila pula kaufikirkan pasal aku?"...
Perwatakan: suka ambil tahu (Taufik), berani, perahsia, pemaaf (Badri), prihatin (Nadira), angkuh (Shahrul)
Latar masyarakat: masyarakat murid tingkatan 5
: masyarakat pengawas sekolah
: masyarakat murid nakal / suka berfoya-foya / bergaul bebas
: masyarakat yang suka ambil tahu (hal orang lain)
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang teguh menyimpan rahsia
: masyarakat yang pemaaf
: masyarakat yang prihatin
: masyarakat yang angkuh
Nilai murni: keberanian, kerahsiaan, kemaafan, keprihatinan
Persoalan: keberanian berhadapan dengan kekasaran
: kerahsiaan maklumat peribadi / sahabat karib
: kemaafan terhadap orang kesalahan lain
: keprihatinan terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
Pengajaran: kita hendaklah berani berhadapan dengan kekasaran
: kita hendaklah merahsiakan maklumat peribadi / sahabat karib
: kita hendaklah sedia memaafkan kesalahan orang lain
: kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan / nasib rakan / orang lain
kbkk: cara membendung pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah
: peranan guru kaunseling dalam menangani kenakalan murid berusia remaja
: kesan penyebaran cerita yang belum sahih / propaganda / mulut tempayan
Wednesday, February 1, 2012
GAYA BAHASA DALAM KOMSAS (LANGUAGE STYLE MATCHING)
Pendahuluan
genre: bidang, cabang, jenis karya sastera / seni
hiperbola: kiasan / perbandingan secara berlebih-lebihan
imbas kembali: kejadian / peristiwa yang digambarkan semula (dalam penceritaan / ingatan / kenangan)
imbas muka: bayangan / gambaran yang dimasukkan supaya pembaca dalam membuat jangkaan / ramalan tentang perkembangan plot
improvisasi: penceritaan spontan / serta-merta tanpa perancangan / skrip yang disediakan lebih awal
inversi: susunan kata yang menyimpang daripada kebiasaan
katarsis: kelegaan perasaan / emosi daripada ketegangan dan pergolakan batin
katastrofa: babak akhir cerita yang membawa celaka / tragedi kepada watak utama
kejutan: perubahan susunan cerita secara mendadak / di luar jangkaan pembaca
klimaks: bahagian paling cemas / hebat / genting / krtitkal / puncak sesuatu cerita / konflik terakhir dalam susunan plot
klise: ungkapan yang sudah terlalu kerap digunakan hingga tidak lagi istimewa, tidak berkesan dan tidak digemari.
konflik: perselisihan / pertentangan antara watak / pihak / kuasa dalam cerita. Misalnya, konflik dengan diri sendiri (dalaman) atau alam.
kontradiksi: pernyataan asal / pertama disangkal oleh penyataan berikutnya / kedua. Contohnya: suasana begitu bising, tetapi dia sepi.
kuatren: sajak 4 baris serangkap.
kuintain: puisi 5 baris serangkap.
kuplet: sajak 2 baris serangkap, dan rima akhirnya sama.
legenda: Kisah tokoh yang bercampur aduk antara fakta sejarah dengan mitos.
mantik: cara berfikir berdasarkan logik akal semata-mata.
metafora: kiasan / perbandingan; penggunaan kata yang menyimpang daripada maksud asal / tersurat
mitos: sastera lisan yang disampaikan dengan watak dan peristiwa yang bertentangan dengan akal biasa
monolog: kata hati / pengucapan batin seseorang watak / hanya seorang watak yang bercakap
oktaf: puisi 8 baris bagi satu rangkap
pantomim: lakonan tanpa dialog; hanya bergantung kepada gerak dan mimik muka
paradoks: perkataan yang saling bertentangan, contoh: dia kuat makan, tetapi tetap kuurus melidi
parafrasa: gaya bahasa penghuraian: contohnya "sang suria mula tenggelam di ufuk barat" bagi menjelaskan "senja".
peleraian: akhir / kesudahan / penyelesaian sesebuah cerita / karya sastera
pemerian: cerita yang disampaikan secara langsung
penyelesaian: penamatan / penghentian konflik
personafikasi: unsur perorangan / memberi sifat manusia kepada flora dan fauna
picisan: (karya) bermutu rendah
plot: alur / rentetan / susunan peristiwa
protagonis: watak utama / watak dasar / watak pusat dalam sesuatu karya
responsi: perulangan pada bahagian tengah ayat
retorik: bahasa kiasan yang menyimpang daripada kebiasaan, berbunga-bunga serta kelainan yang disengajakan.
satira: mesej sindiran menerusi watak bukan manusia
septet: puisi 7 baris
simile: kiasan / perbandingan
sinkope / sinkof: kata yang dilemahkan / dipendekkan / disingkatkan (dah, nak, tak)
soneta: puisi 14 baris
stanza / untai / bait: sejumlah baris yang membina kesatuan makna
utopia: impian yang serba sempurna
Rujukan Lanjut
Ab. Rahmad Ab. Rashid, et al (2000). Kamus Sastera Melayu Terkini. Petaling Jaya: Longman
Kamus Dewan edisi keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Untuk kajian sastera tulen, pembelajaran gaya bahasa memang sangat diberi penekanan. Namun, bagi murid tingkatan 1 hingga 5 yang belajar komponen sastera (komsas), gaya bahasa yang dipelajari tidaklah terlalu mendalam. Calon PMR biasanya diuji dengan beberapa analisis gaya bahasa yang bersifat asas sahaja, manakala untuk calon SPM kebiasaannya tiada soalan yang khusus tentang gaya bahasa, melainkan calon sendiri menulisnya untuk analisis kbkk.
Beberapa istilah gaya bahasa yang asas
aliterasi: pengulangan huruf konsonan dalam baris puisi atau prosa
anafora: pengulangan kata di awal baris secara berturutan
asonansi: pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u)
asosiasi / simile: unsur perbandingan / persamaan (perkataan: bagai, laksana, seperti, umpama)
diksi: pilihan kata
eksposisi: bahagian permulaan / pengenalan dalam susunan plot
epifora: pengulangan kata pada akhir baris
genre: bidang, cabang, jenis karya sastera / seni
hiperbola: kiasan / perbandingan secara berlebih-lebihan
imbas kembali: kejadian / peristiwa yang digambarkan semula (dalam penceritaan / ingatan / kenangan)
imbas muka: bayangan / gambaran yang dimasukkan supaya pembaca dalam membuat jangkaan / ramalan tentang perkembangan plot
improvisasi: penceritaan spontan / serta-merta tanpa perancangan / skrip yang disediakan lebih awal
inversi: susunan kata yang menyimpang daripada kebiasaan
katarsis: kelegaan perasaan / emosi daripada ketegangan dan pergolakan batin
katastrofa: babak akhir cerita yang membawa celaka / tragedi kepada watak utama
kejutan: perubahan susunan cerita secara mendadak / di luar jangkaan pembaca
klimaks: bahagian paling cemas / hebat / genting / krtitkal / puncak sesuatu cerita / konflik terakhir dalam susunan plot
klise: ungkapan yang sudah terlalu kerap digunakan hingga tidak lagi istimewa, tidak berkesan dan tidak digemari.
konflik: perselisihan / pertentangan antara watak / pihak / kuasa dalam cerita. Misalnya, konflik dengan diri sendiri (dalaman) atau alam.
kontradiksi: pernyataan asal / pertama disangkal oleh penyataan berikutnya / kedua. Contohnya: suasana begitu bising, tetapi dia sepi.
kuatren: sajak 4 baris serangkap.
kuintain: puisi 5 baris serangkap.
kuplet: sajak 2 baris serangkap, dan rima akhirnya sama.
legenda: Kisah tokoh yang bercampur aduk antara fakta sejarah dengan mitos.
mantik: cara berfikir berdasarkan logik akal semata-mata.
metafora: kiasan / perbandingan; penggunaan kata yang menyimpang daripada maksud asal / tersurat
mitos: sastera lisan yang disampaikan dengan watak dan peristiwa yang bertentangan dengan akal biasa
monolog: kata hati / pengucapan batin seseorang watak / hanya seorang watak yang bercakap
oktaf: puisi 8 baris bagi satu rangkap
pantomim: lakonan tanpa dialog; hanya bergantung kepada gerak dan mimik muka
paradoks: perkataan yang saling bertentangan, contoh: dia kuat makan, tetapi tetap kuurus melidi
parafrasa: gaya bahasa penghuraian: contohnya "sang suria mula tenggelam di ufuk barat" bagi menjelaskan "senja".
peleraian: akhir / kesudahan / penyelesaian sesebuah cerita / karya sastera
pemerian: cerita yang disampaikan secara langsung
penyelesaian: penamatan / penghentian konflik
personafikasi: unsur perorangan / memberi sifat manusia kepada flora dan fauna
picisan: (karya) bermutu rendah
plot: alur / rentetan / susunan peristiwa
protagonis: watak utama / watak dasar / watak pusat dalam sesuatu karya
responsi: perulangan pada bahagian tengah ayat
retorik: bahasa kiasan yang menyimpang daripada kebiasaan, berbunga-bunga serta kelainan yang disengajakan.
satira: mesej sindiran menerusi watak bukan manusia
septet: puisi 7 baris
simile: kiasan / perbandingan
sinkope / sinkof: kata yang dilemahkan / dipendekkan / disingkatkan (dah, nak, tak)
soneta: puisi 14 baris
stanza / untai / bait: sejumlah baris yang membina kesatuan makna
utopia: impian yang serba sempurna
Rujukan Lanjut
Ab. Rahmad Ab. Rashid, et al (2000). Kamus Sastera Melayu Terkini. Petaling Jaya: Longman
Kamus Dewan edisi keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
'PENUNGGU" BAB 5 NOVEL KONSERTO TERAKHIR (THE REWARD OF HONESTY)
Pengarang novel: Dato' Abdullah Hussain, 92
Muka surat rujukan: 70 -100
Watak utama: Hilmi
Watak lain: Datuk Johari / "bapa saudara" Hilmi
: Dr. Nathan / jiran Datuk Johari
: Mamat / pemandu Dr. Nathan / orang Kelantan / umur 30-an / baru nikah
: Esah / isteri Mamat / bakal tukang masak keluarga Dr. Nathan
: Encik Bakar / Pak bakar / pemandu / ketua kuartet muzik / ahli muzik terkenal
: Azizah / anak Encik Bakar
Latar tempat: banglo Datuk Johari
: rumah Dr. Nathan
: rumah Encik Bakar
Latar masa: sepeninggalan Datuk Johari sekeluarga ke luar negara
: 11.00 pagi (Hilmi keseorangan di banglo)
: 12.00 tengah hari (Hilmi berasa lapar / masak nasi dengan periuk elektrik)
: petang (Hilmi menyiram pokok bunga dengan riang kerana akan belajar muzik / Hilmi datang awal ke rumah Pak Bakar)

Setelah dua hari Datuk Johari sekeluarga ke luar negara, Himi diserang sunyi. Semasa berangkat, hanya Datuk Johari yang bercakap dengan Hilmi. Ketika mahu menutup pintu pagar, Dr. Nathan menyapa Himi dan menawarkan pertolongan dan mempelawa Hilmi berkawan dengan Mamat yang akan pulang dari Kelantan. Hilmi mendapati keadaan banglo begitu berselerak dan pinggan mangkuk yang tidak dicuci berlonggok. Hilmi menetapkan sendiri jadual kerja di banglo walaupun tiada sesiapa pun yang akan memerintah dirinya. Hilmi sangat berhati-hati mengendalikan pinggan mangkuk mahal Datin Salmah. Kemudian, Hilmi mememnaskan kopi, tetapi sementara menunggu dia memeriksa bilik. Hilmi takjub dengan bilik Datin Salmah yang bagaikan syurga. Bilik Hayati berbau harum, tetapi berselerak. Hilmi mahu membersihkannya kemudian sahaja. Di bilik tamu, mata Hilmi tertumpu kepada piano. Akibat asyik bermain piano, ketel (cerek) kopi yang dipanaskan tadi kering, lalu tercampak dan berasap. Hilmi berasa seperti balasan kerana melanggar taubat untuk tidak mengusik piano berlaku ke atas dirinya.
Ketika Hilmi melayan fikiran akan kebaikan Mak Minah dalam hal kerosakan piano, Hilmi cuba tidur, tetapi teringat pula kepada kucing Siam milik Hayati. Hilmi tidak sanggup dimarahi oleh Hayati walaupun dia tidak apa-apa jika dimarahi Datin Salmah. Sekali lagi Hilmi asyik bermain piano dan hanya berhenti apabila terdengan kucing mengiau di ruang makan. Dia memeberi kucing Siam itu makan. Hilmi menyambung bermain piano hingga waktu solat Zuhur. Petang itu Mamat datang dan memberitahu dia telah nikah. Hilmi diperkenalkan dengan Esah, sambil mempelawa Hilmi makan di situ. Mamat memuji bakat Hilmi bermain piano Hilmi dan mencadangkan supaya Hilmi berguru. Hilmi gusar tentang bayaran dan izin Datin Salmah kelak, namun akhirnya Hilmi penuh harapan.
Rumah Pak Bakar di kampung Baharu, Kuala Lumpur. Hilmi disambut mesra. Apabila disuruh bermain organ, mulanya Hilmi tidak berani, tetapi akhirnya mencuba. Pak Bakar bertepuk tangan dan terus memberi galakan. Sambil itu, anak gadis Pak Bakar keluar membawa hidangan. Hilmi lega dan gagal menahan senyum lebar kerana Pak Bakar akan mengajarnya bermain muzik secara percuma.
Esoknya, Hilmi tiba lebih wal sebelum Pak Bakar pulang, lalu dia singgah minum di warung berdekatan. Ketika dia mengetuk pintu rumah Pak Bakar, hanya isteri Pak Bakar menyambutnya. Petang itu, pertama kali Hilmi mengetahui nama Azizah menerusi Pak Bakar yang meminta secawan teh. Pak Bakar memperkenalkan not muzik dan konsep seni. Muzik yang harmonis umpama bunga ros yang dijaga dengan rapi berbekalkan "baja" ilmu pengetahuan. Bakat Hilmi tidak harus disia-siakan. Pak Bakar terus berfalsafah bahawa muzik umpama ikan atau burung yang sukar untuk ditangkap, maka perlu berguru. Pak Bakar sangat senang dengan Hilmi yang mempamerkan kesungguhan...
Perwatakan: bersungguh-sungguh (Hilmi)
: peramah / mesra (Mamat, Dr. Nathan)
: peka (Pak Bakar)
Latar masyarakat: masyarakat yang mengamalkan kejiranan (Dr. Nathan)
: masyarakat pemandu motokar
: masyarakat pemain muzik
: masyarakat yang bersungguh-sungguh
: masyarakat yang ramah / mesra
: masyarakat yang peka
Nilai murni: kesungguhan / kerajinan, keramahan / kemesraan, kepekaan
Persoalan: kesungguhan / kerajinan dalam pembelajaran / berguru
: keramahan / kemesraan dalam komunikasi
: kepekaan terhadap bakat seseorang
Pengajaran: kita hendaklah bersungguh-sungguh / rajin dalam pembelajaran
: kita hendaklah ramah / mesra dalam komunikasi
: kita hendaklah peka terhadap bakat / kebolehan seseorang
kbkk: unsur suspens (adakah Hilmi akan diterima belajar muzik dengan bayaran tertentu?)
: perkembangan watak baharu seperti Azizah dan Pak Bakar
Subscribe to:
Posts (Atom)