SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 1, 2012

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS (LANGUAGE STYLE MATCHING)

Pendahuluan

Untuk kajian sastera tulen, pembelajaran gaya bahasa memang sangat diberi penekanan. Namun, bagi murid tingkatan 1 hingga 5 yang belajar komponen sastera (komsas), gaya bahasa yang dipelajari tidaklah terlalu mendalam. Calon PMR biasanya diuji dengan beberapa analisis gaya bahasa yang bersifat asas sahaja, manakala untuk calon SPM kebiasaannya tiada soalan yang khusus tentang gaya bahasa, melainkan calon sendiri menulisnya untuk analisis kbkk.

Beberapa istilah gaya bahasa yang asas

aliterasi:  pengulangan huruf konsonan dalam baris puisi atau prosa

anafora:  pengulangan kata di awal baris secara berturutan

asonansi:  pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u)

asosiasi / simile:  unsur perbandingan / persamaan (perkataan:  bagai, laksana, seperti, umpama)

diksi:  pilihan kata

eksposisi:  bahagian permulaan / pengenalan dalam susunan plot

epifora:  pengulangan kata pada akhir baris

genre:  bidang, cabang, jenis karya sastera / seni

hiperbola:  kiasan / perbandingan secara berlebih-lebihan

imbas kembali:  kejadian / peristiwa yang digambarkan semula (dalam penceritaan / ingatan / kenangan)

imbas muka:  bayangan / gambaran yang dimasukkan supaya pembaca dalam membuat jangkaan / ramalan tentang perkembangan plot

improvisasi:  penceritaan spontan / serta-merta tanpa perancangan / skrip yang disediakan lebih awal

inversi:  susunan kata yang menyimpang daripada kebiasaan

katarsis:  kelegaan perasaan / emosi daripada ketegangan dan pergolakan batin

katastrofa:  babak akhir cerita yang membawa celaka / tragedi kepada watak utama

kejutan:  perubahan susunan cerita secara mendadak / di luar jangkaan pembaca

klimaks:  bahagian paling cemas  / hebat / genting / krtitkal / puncak sesuatu cerita / konflik terakhir dalam susunan plot

klise:  ungkapan yang sudah terlalu kerap digunakan hingga tidak lagi istimewa, tidak berkesan dan tidak digemari.

konflik:  perselisihan / pertentangan antara watak / pihak / kuasa dalam cerita. Misalnya, konflik dengan diri sendiri (dalaman) atau alam.

kontradiksi:  pernyataan asal / pertama disangkal oleh penyataan berikutnya / kedua. Contohnya: suasana begitu bising, tetapi dia sepi.

kuatren:  sajak 4 baris serangkap.

kuintain:  puisi 5 baris serangkap.

kuplet:  sajak 2 baris serangkap, dan rima akhirnya sama.

legenda:  Kisah tokoh yang bercampur aduk antara fakta sejarah dengan mitos.

mantik:  cara berfikir berdasarkan logik akal semata-mata.

metafora:  kiasan / perbandingan; penggunaan kata yang menyimpang daripada maksud asal / tersurat

mitos:  sastera lisan yang disampaikan dengan watak dan peristiwa yang bertentangan dengan akal biasa

monolog:  kata hati / pengucapan batin seseorang watak / hanya seorang watak yang bercakap

oktaf:  puisi 8 baris bagi satu rangkap

pantomim:  lakonan tanpa dialog; hanya bergantung kepada gerak dan mimik muka

paradoks:  perkataan yang saling bertentangan, contoh:  dia kuat makan, tetapi tetap kuurus melidi

parafrasa:  gaya bahasa penghuraian:  contohnya "sang suria mula tenggelam di ufuk barat" bagi menjelaskan "senja".

peleraian:  akhir / kesudahan / penyelesaian sesebuah cerita / karya sastera

pemerian:  cerita yang disampaikan secara langsung

penyelesaian:  penamatan / penghentian konflik

personafikasi:  unsur perorangan / memberi sifat manusia kepada flora dan fauna

picisan:  (karya) bermutu rendah

plot:  alur / rentetan / susunan peristiwa

protagonis:  watak utama / watak dasar / watak pusat dalam sesuatu karya

responsi:  perulangan pada bahagian tengah ayat

retorik:  bahasa kiasan yang menyimpang daripada kebiasaan, berbunga-bunga serta kelainan yang disengajakan.

satira:  mesej sindiran menerusi watak bukan manusia

septet:  puisi 7 baris

simile:  kiasan / perbandingan

sinkope / sinkof:  kata yang dilemahkan / dipendekkan / disingkatkan (dah, nak, tak)

soneta:  puisi 14 baris

stanza / untai / bait:  sejumlah baris yang membina kesatuan makna

utopia:  impian yang serba sempurna


Rujukan Lanjut


Ab. Rahmad Ab. Rashid, et al (2000). Kamus Sastera Melayu Terkini. Petaling Jaya: Longman

Kamus Dewan edisi keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments: