SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 6, 2012

"MUZIK" BAB 6 NOVEL KONSERTO TERAKHIR (THE LANGUAGE OF MELODY)

Pengarang novel:  Dato' Abdullah bin Hussain, 92
Muka surat rujukan:  101 - 112 (bab paling pendek)

Watak utama:  Hilmi
Watak pembantu:  Mamat / drebar Dr. Nathan
                          :  Datin Salmah / ibu Hayati
                          :  Hayati / anak Datuk Johari, Datin Salmah / pelajar sekolah swasta / tunang Mohsin
                          :  Datuk Johari / suami Datin Salmah / bapa Hayati / pemilik banglo / "ayah saudara" Hilmi

Watak tanpa dialog / imbasan sahaja:  Encik Bakar / guru muzik Hilmi / bapa Azizah / ketua kuartet muzik
                                                       :  Esah / isteri Mamat / tukang masak Dr. Nathan
                                                       :  Mohsin / tunang Hayati / anak saudara Datin Salmah

Latar tempat:  di dalam bas / hentian bas (ketika Hilmi pulang / mengelamun tentang muzik, pelajaran Pak Bakar)
                   :  banglo Datuk Johari
                   :  rumah Dr. Nathan  (Hilmi "dipaksa" makan bersama Mamat dan Esah)

Latar masa:  menjelang senja (Hilmi pulang menaiki bas dari rumah Pak Bakar)
                :   malam (ketika Hilmi tiba di rumah / disapa oleh Mamat / keluarga Hayati pulang mengejut)

Ringkasan bab


Di dalam dan di luar bas, serta ketika berjalan menuju ke banglo Datuk Johari segala-galanya terang-benderang bagi Hilmi, termasuk juga hatinya. Dia teruja dengan pelajaran muzik dan falsafah Pak Bakar tentang tamsilan burung dan ikan liar yang berjaya dijinakkan olehnya. Hilmi terlebih dahulu menyiram pokok bunga, makan roti yang masih bersisa, mengemas rumah dan diri sebelum ke bilik Mamat di rumah Dr. Nathan. Akhirnya, dia makan juga di bilik Mamat dan Esah, walaupun mulanya enggan. Ketika Esah ke dapur, Mamat mengusik Hilmi tentang Azizah, anak Pak Bakar. Hilmi menyatakan rasa bimbang tidak dapat belajar muzik jika Datuk Johari pulang. Apabila kembali ke banglo, Hilmi tidak dapat menahan diri daripada menyentuh piano.

Datin Salmah yang turun kereta berang, tetapi Datuk Johari tenang, manakala Hayati meluru ke muka pintu sambil bergenjat perlahan. Hayati memberi isyarat "diam" kerana dia terpesona dengan alunan melodi yang dimainkan oleh Hilmi. Apabila Hilmi sedar, dia terus berhenti dengan muka yang pucat walaupun Hayati bertepuk tangan memberi galakan. Datin Salmah terus sahaja memerintah Hilmi mengangkat barang. Datin Salmah memeriksa rumah untuk mencari kesalahan Hilmi, tetapi gagal. Datuk Johari pula memasang lampu taman, sambil berbual dengan Hayati tentang oleh-oleh untuk "Abang Mi" (Hilmi) yang dibeli di Vienna, Austria yang disangkanya untuk Mohsin. 

Hayati terus ke bilik Hilmi untuk menyerahkan oleh-oleh berupa boneka yang diperbuat daripada perak siap dengan melodi yang merdu. Hilmi hanya menerima hadiah Hayati setelah menyentuh perutnya. Hayati mengajar Hilmi mengunci boneka yang akan menari dengan rentak "Blue Danube" menyebabkan Hilmi terlupa dia membahasakan Hayati sebagai Yati sahaja, tetapi Hayati senang. Hayati juga memuji permainan piano Hilmi, tetapi Hilmi berkata dia hanya belajar dengan mendengar Hayati bermain. 

Datin Salmah menyuruh Hayati menelefon Mohsin, tetapi Hayati enggan. Datin Salmah tidak puas hati, lalu ke bilik Hayati bertanyakan tentang tujuan dia ke bilik "Abang Mi". Datin Salmah kaget kerana selama di Eropah, Hayati hanya menyebut Mohsin. Datin Salmah cuba mencungkil rahsia oleh-oleh Hayati untuk Mohsin, tetapi Hayati menganggap itu hal peribadi dirinya. Datin Salmah tersinggung, tetapi memberi alasan sekadar ingin tahu. Datuk Johari pula biasa-biasa sahaja.

Perwatakan:  rajin (Hilmi)
                  :  amanah / patuh / taat (Hilmi)
                  :  mesra / peramah (Mamat)
                  :  pandai memuji / budiman  (Hayati)
                  :  pemarah / suka mencari kesalahan (Datin Salmah)
                  :  tenang / tidak memihak (Datuk Johari)

Latar masyarakat:  masyarakat keluarga berada
                          :  masyarakat pembantu rumah / pemandu kenderaan
                          :  masyarakat yang rajin
                          :  masyarakat yang amanah / patuh / taat
                          :  masyarakat yang mesra / peramah
                          :  masyarakat yang pandai memuji / budiman 
                          :  masyarakat yang angkuh / pemarah / suka mencari kesalahan
                          :  masyarakat yang tenang / tidak memihak / bersikap melindungi

Nilai murni:  kerajinan, kepatuhan / ketaatan, kemesraan / keramahan, baik hati, ketenangan

Persoalan:  kerajinan dalam pembelajaran / kerja
               :  kepatuhan / ketaatan kepada majikan
               :  kemesraan / keramahan dalam komunikasi / pergaulan
               :  sikap baik hati / budiman terhadap sesama insan
               :  memberi pujian yang ikhlas / pada tempatnya / seadanya / yang wajar
               :  keangkuhan kerana perbezaan darjat / taraf kehidupan
               :  ketenangan dalam menghadapi cubaan provokasi / kemarahan

Pengajaran:  kita hendaklah rajin dalam bekerja / pembelajaran
                 :  kita hendaklah patuh / taat kepada majikan
                 :  kita hendaklah mesra / ramah dalam komunikasi . pergaulan
                 :  kita hendaklah baik hati / budiman terhadap sesama insan
                 :  kita hendaklah memuji seseorang itu dengan ikhlas / seadanya / pada tempatnya / dengan wajar
                 :  kita janganlah angkuh atas perbezaan darjat / taraf kehidupan
                 :  kita hendaklah tenang dalam menghadapi cubaan provokasi / kemarahan

kbkk:  perbezaan cara berfikir (antara Datuk Johari dengan Datin Salmah)
        :  unsur suspens (kemarahan Datin Salmah terhadap Hilmi tidak mendapat sokongan suami dan anak)
        :  tertanya-tanya tentang perkembangan watak (adakah Hayati menyambut "cinta" Hilmi?)

No comments: