SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, February 4, 2012

PENGHUJUNG SELATAN (THE END OF PENINSULA)

Ahad, 12 Rabiul Awal 1433 / 5.2.12

Sempena cuti sambutan Maulidur Rasul, penulis blog (PB) mengambil kesempatan mengunjungi keluarga di selatan Semenanjung. Perjalanan sejauh hampir 600 kilometer melewati Lebuh Raya Utara Selatan itu memakan masa enam jam tidak termasuk berhenti rehat. Keadaan lebuh raya begitu baik dan tidaklah begitu mencabar berbanding dengan perjalanan ke arah pantai timur yang berliku-liku dan curam.

Taman Pulai Emas terletak berdekatan kamus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang masih dalam proses pembesaran. Fakulti Perubatan UTM kelihatan hampir siap untuk pengambilan pelajar kohort pertama. UTM yang baru-baru ini dikurniakan taraf autonomi mahu menawarkan semua kursus kritikal yang menjadi rebutan pelajar terbaik.

PB juga sempat mengunjungi Teluk Danga yang lebih dikenali sebagai Danga Bay untuk makan-makan di medan selera Singgah Selalu. PB sempat berbual-bual dengan seorang peniaga roti Arab dari Gaza yang menganggap bahawa di Palestin sebagai tiada kehidupan (no life). Kedudukan Singapura juga nampak makin dekat kerana kegiatan menambak laut yang rancak dijalankan di kedua-dua buah negara.

Jika selama ini Singapura sibuk mempromosi Universal Studio di Pulau Sentosa (PB pernah naik kereta kabel merentasi laut di sana), Johor Bahru bakal memberi saingan apabila taman tema mega Lego, iaitu yang keenam seumpamanya di dunia bakal siap dalam tempoh terdekat. Taman tema itu akan menjadi daya tarikan ke bandar raya pintar Nusajaya, iaitu kota pentadbiran kerajaan negeri Johor yang sama dengan konsep Putrajaya. Barangkali setelah itu, semua negeri akan berlumba-lumba membina taman tema yang tersendiri dengan menjemput pelabur asing yang memiliki jenama yang kukuh di seluruh dunia.
pemandangan Tanjung Emas dan Tanjung Agas yang dipisahkan oleh Sungai Muar, berhampiran Selat Melaka

PB juga sempat berkunjung ke bandar Maharani di Muar. Kebetulan Bandar Maharani baru sahaja diisytiharkan sebagai bandar di-Raja negeri Johor Darul Takzim semalamnya. Ketika berada di hadapan Hotel Muar Trader, milik usahawan Cina dari Kuala Lumpur selepas mengambil alih pengurusan hotel daripada sebuah parti politik tempatan. PB terserempak dengan seorang bekas menteri kanan dan sempat bergambar dengan beliau.

Johor Bahru dan Muar memang banyak meninggalkan kenangan kepada PB. Sebulan lamanya PB pernah bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dan berulang alik ke Kompleks Tun Razak yang kini agak sepi. Kalaulah jika tidak kerana jarak yang begitu jauh, PB akan sering berkunjung ke Johor Bahru dan Muar...

No comments: