Pengarang novel: Siti Jasmina binti Ibrahim
Muka surat rujukan: 82 - 92
Watak utama: Nur Sukma binti Haji Syaqir / Sukma / pelajar universiti / "saya" (pencerita sudut pandangan orang pertama)
Watak antagonis / penentang: Iskandar / rakan kuliah Sukma / anggota kanan WX2
Watak lain: Teja / sahabat karib Sukma / rakan kuliah Sukma
: Alvin / rakan kuliah Sukma / anggota kumpulan tugasan Sukma
: Rafiq / pemuda kacukan Melayu - Turki / pernah menetap di Amerika Syarikat / rakan kuliah Sukma
: Lelaki kurus melengkung / pernah bersila di hadapan pintu pagar rumah Rumah tepat 6.20 pagi Selalu lalu
: Jerry / rakan kuliah Sukma / anggota kumpulan WX2
Latar tempat: belakang rumah kedai / dekat dengan Kelab WX2
Latar masa: lewat petang
Ringkasan bab
Teja resah apabila Jerry masih tidak muncul walaupun sudah pukul 6.20 petang. Alvin menolak kemungkinan mereka akan ditangkap oleh "geng" WX2. Serentak itu, Sukma ternampak lelaki kurus melengkung yang pernah dilihatnya tepat pukul 6.20 pagi di hadapan pagar rumahnya tiga hari sebelum itu. Lelaki itu cuba lari, tetapi Sukma memegang lengan bajunya. Lelaki itu menggeleng dan pergi. Kelihatannya dia kurang waras. Rafiq menawarkan diri untuk mengejar lelaki itu kerana dia berpendapat tindakan Sukma terhadap lelaki itu luar biasa, tetapi Sukma menolak.
Tiba-tiba kelibat Jerry muncul di pintu Kelab WX2. Alvin membawa Jerry jauh daripada pengawal WX2 yang curiga dengan kehadiran mereka. Jerry meminta maaf kerana mungkir janji, tetapi dia mahu segera masuk ke dalam. Rafiq, Teja dan Alvin mahu beredar, tetapi Sukma tetap di situ. Pelbagai soalan bermain di benak Sukma tentang kewujudan kelab WX2 yang tidak diketahui oleh ayahnya. Sedang Sukma mengelamun, Rafiq menarik tangannya kerana tidak mahu Sukma bersendirian. Sukma meminta Rafiq menunggu dari jauh kerana mahu masuk ke dalam. Tiba-tiba Iskandar datang menyergah dan menyekat Sukma.
Sukma terus melontarkan soalan provokasi tentang kelab WX2 menyebabkan Iskandar tergamam. Iskandar mendakwa "ruang sepi" ialah tempat berbincang hal ilmiah, lalu ditempelak oleh Sukma. Iskandar menyuruh Sukma balik sahaja sebelum dua orang anggota WX2 memanggilnya masuk. Iskandar masih cuba menghalang Sukma daripada masuk. Namun, nada suara Iskandar lebih lembut dan memujuk. Sukma beralasan tidak salah untuk dirinya mendengar perbincangan ilmiah, sambil mencabar Iskandar dengan soalan lebih mencabar seperti kesalahan undang-undang dan pegangan. Iskandar hanya mampu tersenyum, lalu meninggalkan Sukma dengan perasaan tidak keruan...
Perwatakan: berani, tegas (Sukma), suka menolong / melindungi (Rafiq), mudah gelabah (Iskandar, Jerry)
Latar masyarakat: masyarakat pelajar universiti
: masyarakat yang berani
: masyarakat yang tegas
: masyarakat yang suka menolong
: masyarakat yang mudah gelabah
Nilai murni: keberanian, ketegasan, tolong-menolong, ketenangan
Persoalan: keberanian dalam melakukan sesuatu kerja / siasatan
: ketegasan dalam menyatakan pendirian / sikap
: tolong-menolong sesama rakan
: ketenangan dalam menghadapi provokasi
Pengajaran: kita hendaklah berani dalam sesuatu tindakan / kerja / siasatan
: kita hendaklah tegas dalam menyatakan pendirian / sikap
: kita hendaklah sentiasa bersedia menolong rakan
: kita hendaklah tenang dalam menghadapi provokasi
kbkk: batasan pergaulan dalam kalangan pelajar
: pendekatan pendidikan untuk remaja
: ancaman kumpulan liar dalam kalangan anak muda
No comments:
Post a Comment