SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 1, 2012

'PENUNGGU" BAB 5 NOVEL KONSERTO TERAKHIR (THE REWARD OF HONESTY)

Pengarang novel:  Dato' Abdullah Hussain, 92
Muka surat rujukan:  70 -100

Watak utama:  Hilmi
Watak lain:  Datuk Johari / "bapa saudara" Hilmi
                :  Dr. Nathan / jiran Datuk Johari
                :  Mamat / pemandu Dr. Nathan / orang Kelantan / umur 30-an / baru nikah
                :  Esah / isteri Mamat / bakal tukang masak keluarga Dr. Nathan
                :  Encik Bakar / Pak bakar / pemandu / ketua kuartet muzik / ahli muzik terkenal
                :  Azizah / anak Encik Bakar

Latar tempat:  banglo Datuk Johari
                   :  rumah Dr. Nathan
                   :  rumah Encik Bakar

Latar masa:  sepeninggalan Datuk Johari sekeluarga ke luar negara
                 :  11.00 pagi (Hilmi keseorangan di banglo)
                 :  12.00 tengah hari (Hilmi berasa lapar / masak nasi dengan periuk elektrik)
                 :  petang  (Hilmi menyiram pokok bunga dengan riang kerana akan belajar muzik / Hilmi datang awal ke rumah Pak Bakar)

Ringkasan bab


Setelah dua hari Datuk Johari sekeluarga ke luar negara, Himi diserang sunyi. Semasa berangkat, hanya Datuk Johari yang bercakap dengan Hilmi. Ketika mahu menutup pintu pagar, Dr. Nathan menyapa Himi dan menawarkan pertolongan dan mempelawa Hilmi berkawan dengan Mamat yang akan pulang dari Kelantan. Hilmi mendapati keadaan banglo begitu berselerak dan pinggan mangkuk yang tidak dicuci berlonggok. Hilmi menetapkan sendiri jadual kerja di banglo walaupun tiada sesiapa pun yang akan memerintah dirinya. Hilmi sangat berhati-hati mengendalikan pinggan mangkuk mahal Datin Salmah. Kemudian, Hilmi mememnaskan kopi, tetapi sementara menunggu dia memeriksa bilik. Hilmi takjub dengan bilik Datin Salmah yang bagaikan syurga. Bilik Hayati berbau harum, tetapi berselerak. Hilmi mahu membersihkannya kemudian sahaja. Di bilik tamu, mata Hilmi tertumpu kepada piano. Akibat asyik bermain piano, ketel (cerek) kopi yang dipanaskan tadi kering, lalu tercampak dan berasap. Hilmi berasa seperti balasan kerana melanggar taubat untuk tidak mengusik piano berlaku ke atas dirinya.

Ketika Hilmi melayan fikiran akan kebaikan Mak Minah dalam hal kerosakan piano, Hilmi cuba tidur, tetapi teringat pula kepada kucing Siam milik Hayati. Hilmi tidak sanggup dimarahi oleh Hayati walaupun dia tidak apa-apa jika dimarahi Datin Salmah. Sekali lagi Hilmi asyik bermain piano dan hanya berhenti apabila terdengan kucing mengiau di ruang makan. Dia memeberi kucing Siam itu makan. Hilmi menyambung bermain piano hingga waktu solat Zuhur. Petang itu Mamat datang dan memberitahu dia telah nikah. Hilmi diperkenalkan dengan Esah, sambil mempelawa Hilmi makan di situ. Mamat memuji bakat Hilmi bermain piano Hilmi dan mencadangkan supaya Hilmi berguru. Hilmi gusar tentang bayaran dan izin Datin Salmah kelak, namun akhirnya Hilmi penuh harapan. 

Rumah Pak Bakar di kampung Baharu, Kuala Lumpur. Hilmi disambut mesra. Apabila disuruh bermain organ, mulanya Hilmi tidak berani, tetapi akhirnya mencuba. Pak Bakar bertepuk tangan dan terus memberi galakan. Sambil itu, anak gadis Pak Bakar keluar membawa hidangan. Hilmi lega dan gagal menahan senyum lebar kerana Pak Bakar akan mengajarnya bermain muzik secara percuma. 

Esoknya, Hilmi tiba lebih wal sebelum Pak Bakar pulang, lalu dia singgah minum di warung berdekatan. Ketika dia mengetuk pintu rumah Pak Bakar, hanya isteri Pak Bakar menyambutnya. Petang itu, pertama kali Hilmi mengetahui nama Azizah menerusi Pak Bakar yang meminta secawan teh. Pak Bakar memperkenalkan not muzik dan konsep seni. Muzik yang harmonis umpama bunga ros yang dijaga dengan rapi berbekalkan "baja" ilmu pengetahuan. Bakat Hilmi tidak harus disia-siakan. Pak Bakar terus berfalsafah bahawa muzik umpama ikan atau burung yang sukar untuk ditangkap, maka perlu berguru. Pak Bakar sangat senang dengan Hilmi yang mempamerkan kesungguhan...

Perwatakan:  bersungguh-sungguh (Hilmi)
                  :  peramah / mesra (Mamat, Dr. Nathan)
                  :  peka (Pak Bakar)

Latar masyarakat:  masyarakat yang mengamalkan kejiranan (Dr. Nathan)
                          :  masyarakat pemandu motokar
                          :  masyarakat pemain muzik
                          :  masyarakat yang bersungguh-sungguh
                          :  masyarakat yang ramah / mesra
                          :  masyarakat yang peka

Nilai murni:  kesungguhan / kerajinan, keramahan / kemesraan, kepekaan

Persoalan:  kesungguhan / kerajinan dalam pembelajaran / berguru
               :  keramahan / kemesraan dalam komunikasi
               :  kepekaan terhadap bakat seseorang

Pengajaran:  kita hendaklah bersungguh-sungguh / rajin dalam pembelajaran
                 :  kita hendaklah ramah / mesra dalam komunikasi
                 :  kita hendaklah peka terhadap bakat / kebolehan seseorang

kbkk:  unsur suspens (adakah Hilmi akan diterima belajar muzik dengan bayaran tertentu?)
        :  perkembangan watak baharu seperti Azizah dan Pak Bakar

No comments: