SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, July 8, 2011

"HIKAYAT MARAKARMA" KOMSAS TINGKATAN 1 (THE FAIRY KINGDOM)

Pengenalan

Marakarma ialah anak kepada pasangan maharaja kayangan yang telah turun ke dunia, serta telah menmpuh pelbagai sengsara. Sejajar dengan penceritaan yang bersifat penglipur lara, terdapat banyak unsur magik dan sakti dipaparkan. Misalnya, ayahanda Marakarma yang bergelar Si Miskin ketika di bumi, berpakaian compang-camping dan tinggal di hutan lalu bertemu tajau berisi emas dan dimakbulkan hajat untuk menukar hutan itu kepada sebuah negeri yang lengkap dengan pembesar dan rakyat jelata sekali.

Watak dan Perwatakan

Maharaja Betara Angkasa Indera Dewa / Si Miskin / Maharaja Indera Angkasa: memiliki kerajaan besar di kayangan. Turun ke dunia bersama isteri setelah tiga kali menghadap Betara Guru, lalu mendapat murka. Bersifat berani, budiman, dermawan, gagah dan setiawan. Di bumi, baginda suami isteri dilontar dengan kayu dan batu hingga cedera, selain diusir. Mereka makan ketupat (lelaki) dan tebu (perempuan) yang diselongkar daripada tong sampah. Ketupat itu ialah jelmaan sepasang anak Betara Kama Jaya, juga dari kayangan. Sebagai suami budiman, Si Miskin sanggup menghadap raja untuk menunaikan rasa mengidam isteri terhadap buah mempelam dan nangka dalam kawasan istana. Sesudah menjumpai tajau emas, hajat mendirikan sebuah kerajaan dimakbulkan apabila hutan yang dihuni bertukar menjadi sebuah negeri yang lengkap dengan jajahan takluk dan rakyat jelata. Negeri itu dinamai Puspa Sari. Baginda memperoleh sepasang anak, iaitu Markarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.

Dewi Kencana / Tuan Puteri Ratna Dewi: Isteri yang setia, iaitu sentiasa di sisi suami sama ada ketika senang mahupun susah. Enggan makan buah mempelam daripada pasar, melainkan daripada taman Maharaja Indera Dewa.

Maharaja Indera Dewa:  menguasai kerajaan besar Anta Beranta, tempat Indera Dewa dan isteri turun ke bumi. Mulanya baginda bersikap benci terhadai Si Miskin dengan titah usir. Kemudian, baginda bertukar simpati dengan mengizinkan buah mempelam dan nagka diberikan kepada isteri Si Miskin yang mengidam.

Ringkasan Cerita

Permulaan

Perkembangan / pergolakan / konflik

Puncak / klimaks

Peleraian
bersambung...

No comments: