SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, July 25, 2011

PELAJAR TEKNIK BAKAL PECAH REKOD (MARATHON OF SUCCESS)

Ipoh, Selasa: 26.7.211 / 24 Syaaban 1432

Pelajar tingkatan 5 SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash (SMTI) tahun ini mungkin merupakan kumpulan kedua akhir yang mengikuti pengajian sains tulen teknikal sebelum sistem kolej vokasional diperkenalkan mulai tahun 2012. Mata pelajaran akademik dan teknikal akan ditawarkan di sekolah-sekolah harian dan asrama penuh terpilih. Kolej vokasional akan tertumpu kepada kursus kemahiran asas dan pertengahan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1973, SMTI telah mengeluarkan modal insan penting negara, termasuk pakar kejuruteraan, akauntan, pemimpin masyarakat, profesor dan tokoh perniagaan. Menjelang usia matang 40 tahun, sekolah teknik asal daripada 9 buah seumpamanya di seluruh negara itu harus akur kepada keputusan kerajaan bagi memperkasakan latihan kemahiran teknikal hands-on pertengahan. Namun, bagi pelajar, guru, kakitangan dan semua pihak yang pernah menjadi sebahagian sejarah SMTI, jasa dan sumbangan SMTI tetap terpahat dalam sanubari mereka selama-lamanya.
Penulis blog (PB) memenuhi undangan sahabat-sahabat lama dalam Panitia Bahasa Melayu, iaitu Hajjah Hashimah (kini Penonong Kanan Kokurikulum), Hajjah Jamaliah (Guru Kanan Kemanusiaan), Mohd Nizam Sohor (Guru Kanan Bahasa), Miswan (Penyelaras Bestari IT), Ghazali Itam (pakar pengangkutan) dan Cikgu Haslizah (ketua panitia) untuk bertemu dengan sejumlah 298 orang pelajar tingkatan 5. Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di SMTI memang sudah hebat, iaitu 80 peratus calon memperoleh gred A untuk SPM 2010. Maka, tidak salah untuk SMTI membuat sasaran pencapaian lebih tinggi.

Objektif utama pertemuan ialah untuk memberi pengukuhan terhadap pengetahuan sedia ada pelajar, dan pengukuhan terhadap pengalaman pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar tingkatan 5. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan semula tentang beberapa bentuk kesilapan yang mungkin menjejaskan pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam. Kepintaran dan kerja kuat sahaja tidak mencukupi tanpa memiliki kepekaan yang tinggi terhadap tugasan soalan dan unsur pengganggu dalam item soalan yang bertujuan memisahkan aras pencapaian calon.

Kepekaan yang tinggi juga perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Insan yang peka dapat membaca isyarat daripada tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumi, ayatullah fi'l-kaun, lantaran mereka terikat dengan iman. Tanpa kepekaan yang tinggi, seseorang itu akan senantiasa berada dalam kerugian...

No comments: