SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, July 14, 2011

PENGALAMAN MENAIKI KERETA API (INTER CITY RAILWAYS)

Pengangkutan kereta api pernah melalui zaman suram bagaikan akan menjadi jentera tontonan di muzium. Namun, dengan usaha gigih penyelidikan dan pembangunan teknologi termaju, perkhidmatan kereta api kembali menjadi sebutan orang ramai yang sudah rimas dengan kesesakan lalu lintas di jalan raya. Malaysia, walaupun agak lewat melakukan reformasi pengangkutan kereta api, tetapi telah berjaya memperkenalkan pelbagai pilihan perkhidmatan seperti mel biasa, sistem transit aliran ringan (LRT), kereta api laju (ETS), komuter, sistem transit landasan tunggal (MRT), ERL dan lain-lain secara serentak.

Di negara-negara besar seperti China dan India, pengangkutan kereta api sudah sinonim dengan kehidupan rakyat mereka. Di China, terdapat tren paling laju dengan catatan hampir 600 kilometer sejam. Di negara-negara Eropah dan Jepun, rangkaian kereta api dibina menerusi konsep landasan bawah tanah dan terowong (tube) yang menghubungkan seluruh negara.

Di Russia, terdapat landasan rentas benua terpanjang, iaitu dari Moscow di Eropah Timur dengan Vladivostok di Timur Jauh Asia, menghubungkan wilayah-wilayah negara tabir besi itu yang luasnya melebihi 17 juta kilometer per segi. Di Pulau Sakhaline, berhampiran Kepulauan Kurile yang masih dituntut oleh Jepun (seluas Semenanjung Tanah Melayu), pengangkutan kereta api masih menggunakan teknologi lama, iaitu dengan penggunaan bahan api arang batu. Setakat ini, tidak ramai orang asing yang berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta api rentas benua di sana justeru Russia belum menjadikan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negara mereka.

Di Malaysia, operator terbesar pengangkutan kereta api ialah Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Walaupun dari segi operasi, KTMB sering mencatat kerugian, tetapi nilai aset yang berupa tanah rezab kereta api yang begitu luas dianggarkan bernilai puluhan bilion ringgit dan akan terus meningkat sejajar dengan permintaan yang tinggi terhadap tanah. KTMB baru sahaja melepaskan salah satu tanah rezab yang paling mahal, iaitu Tanjong Pagar di Singapura walaupun mendapat ganti Woodland di sana.

bersambung...

No comments: