SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, July 16, 2011

SAFEE, SAFIQ TERJAH GAWANG LIVERPOOL (HIGH LEVEL EXPERIENCE FOR NATIONAL SOCCER TEAM)

Kuala Lumpur, Sabtu: 16.7.11 / 14 Syaaban 1432

Ternyata bahawa pasukan yang dibarisi bintang antarabangsa yang pernah beraksi dengan pasukan-pasukan kebangsaan terbaik dunia menyerlahkan kelas yang tersendiri apabila melayan skuad yang masih mengintai peluang saingan tinggi. Begitulah skrip yang tertulis apabila Liverpool, kelab ternama Inggeris singgah dalam kunjungan pramusim EPL di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang Harimau Malaya. Namun, Malaysia tetap mampu mencemaskan kelab gergasi England itu apabila tiga kali membocorkan gawang lawan, walaupun akhirnya terpaksa akur dengan jaringan berjumlah sekali ganda.
rembatan setpiece bola mati (tendangan percuma) Safiq Rahim melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool
 untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-42

Liverpool kelihatan tidak menampakkan tahap sebenar permainan mereka, seakan-akan menjadikan Harimau Malaya sebagai rakan pelatih pemanas badan. Gol pertama pasukan pelawat disumbat menerusi sepakan bola mati, iaitu penalti pada minit ke-26 oleh Charlie Adam. Setelah kedudukan terikat 1-1 dalam separuh masa pertama, David Ngoc menghukum kealpaan pertahanan Malaysia dengan dua jaringan berturut-turut pada minit 57 dan 58. 

The Reds melebarkan jurang apabila sentuhan Maxi Rodriguez pada minit ke-74 menewaskan Khairl Fahmi Che Mat. Namun, kemasukan penyerang sensasi negara Mohd Safee Mohd Salee dalam baki 20 minit terakhir membuatkan ego Liverpool tersentak. Dua gol padang Safee berselang dua minit (79, 81) merapatkan kedudukan kepada 3-4.

Ketika defisit jaringan kecil itu bagaikan muktamad, sekali lagi pengalaman menyambar peluang tepat pada waktunya membolehkan Liverpool menambah dua gol lewat menerusi Rodriguez sekali lagi (90) dan menerusi lambungan bintang Piala Dunia Belanda, Dirt Kuyt (90+3, masa kecederaan). Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia 3, Liverpool 6. Tanggal 21 Julai nanti, Malaysia akan berhadapan dengan sebuah lagi kelab handalan Inggeris, Chelsea, setelah sebelum ini Malaysia turut akur kepada Arsenal 0-4...

No comments: