SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, July 21, 2011

MALAYSIA LAYAN CHELSEA (ONLY ONE GOAL)

Kuala Lumpur, Khamis: 21.7.11 / 19 Syaaban 1432

Hanya gol 'hadiah' daripada sepakan bola mati (tendangan percuma) minit ke-80 sentuhan Didier Drogba memisahkan kedudukan Pilihan Malaysia dengan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Penjaga gol gantian Malaysia kelihatan seolah-olah memohon simpati penjaga garisan yang mengatakan bola di kawasan garisan gol itu masuk. Suhu panas yang melanda negara belakangan ini barangkali cepat memenatkan pemain-pemain Chelsea yang berkulit putih.
Strategi bertahan yang direncanakan oleh jurulatih, Ong Kim Swee ternyata berjaya mengekang pergerakan bintang-bintang antarabangsa kelab terkemuka EPL itu. Walaupun pasukan pelawat berjaya menguasai 70 peratus kawalan bola, hanya beberapa percubaan ke atas pintu gol Malaysia berjaya dihasilkan. Peluang terbaik Malaysia untuk mengikat Chelsea hadir apabila Thamil Arasu hanya berhadapan dengan penjaga gawang lawan, tetapi dia nyata gugup dengan acahan benteng terakhir lawan yang bijak menyempitkan ruang untuk rembatan tepat ke arah sasaran.

Pasukan yang diturunkan ialah gabungan pemain-pemain Olimpik bawah 23 tahun dengan pemain senior negara yang tidak tersenarai dalam skuad pra-Piala Dunia kebangsaan. Berbanding dengan kesebelasan skuad yang akan bertarung di Stadium Jalan Besar, Singapura lusa, barisan pertahanan Pilihan Malaysia lebih teratur. Barangkali anak buah Datuk Rajagobal boleh belajar sesuatu...

No comments: