Otak pelajar tingkatan 6 yang saban waktu ligat berfikir menyebabkan mereka kelihatan seperti bersifat sangat keakuan, mementingkan diri sendiri semata-mata dan sombong. Kalau mereka masih belajar di sekolah lama, mereka seperti tidak kenal lagi dengan guru semasa mereka dari tingkatan satu hingga tamat SPM. Justeru, terlalu leka dengan dunia baharu prauniversiti, guru yang pernah berjasa kepada mereka tidak sempat disapa.
Pelajar prauniversiti tingkatan 6 sedang melalui tempoh yang kritikal dan sukar dalam proses persediaan merebut tempat di universiti terbaik. Kejutan masa hadapan yang mencabar itu telah mempengaruhi pembawaan dan watak mereka. Keupayaan menyesuaikan diri bergantung kepada penghayatan adab dan disiplin yang luhur.
Apa-apa pun alasan dan justifikasi, pelajar tingkatan 6 tidak wajar membiarkan hubungan komunikasi dan kemesraan mereka dengan warga sekolah yang lain terjejas. Sesibuk mana pun, semua guru perlu disantuni selayaknya. Paling tidak, pelajar prauniversiti tingkatan 6 perlu menghadiahkan senyuman dan mengucapkan salam kepada guru dan kakitangan sekolah selain guru yang mengajar mereka...
No comments:
Post a Comment