Penggunaan khidmat selebriti sebagai duta produk di Malaysia sudah semakin menjadi-jadi. Persaingan merebut pasaran, termasuk untuk keluaran makanan suplemen dan herba turut menggunakan selebriti yang sudah "hijrah". Maksudnya, selebriti wanita yang baharu mengenakan tudung kepala, atau selebriti lelaki yang mula beralih ke genre kerohanian.
Tidak dinafikan bahawa selebriti memiliki pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Para peminat sudah tentu berasa teruja apabila insan pujaan mereka bercakap tentang keberkesanan sesuatu produk. Misalnya, aktres yang berjaya menurunkan berat badan akan disambar oleh industri pelangsingan tubuh.
Namun, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa dalam sebilangan kes, selebriti hanya memberi impak negatif terhadap pemasaran. Merujuk http://www.brandingstrategyinsider.com/2011/02/celebrities-in-advertising-a-marketing-mistake.html, Brad VanAuken dan Derrick Daye, pakar strategi penjenamaan, menjelaskan bahawa pengguna hari ini lebih banyak bergantung kepada maklumat jaringan sosial sesama sendiri berbanding dengan selebriti yang tidak berkomunikasi secara langsung dengan mereka. Malah, maklum balas pengguna menunjukkan bahawa daya tarikan selebriti dalam pengiklanan sangat lemah, dan lebih kelihatan sebagai cerita lucu yang tidak bernilai sama sekali...
No comments:
Post a Comment