Faktor terdiri daripada buruh, modal, tanah dan usahawan. Bentuk sumbangan faktor dan bayaran kepada faktor akan diperincikan. Seterusnya, perbincangan tentang kehendak akan dijuruskan kepada klasifikasi barang, iaitu barang ekonomi, barang percuma dan barang awam.
Sepintas Lalu Sumbangan Faktor
Faktor
|
Definisi
|
Ciri
|
Contoh (peranan)
|
Bayaran /Ganjaran
|
Buruh
|
sumbangan mental,
fizikal
|
input berubah,
boleh ± ~ Ʃ pgⁿ |
buruh mahir,
tidak mahir
|
upah / gaji
|
Tanah
|
sumber asli
|
penawaran tetap
|
beza kualiti,
lokasi
|
sewa
|
Modal
|
bentuk fizikal
tetap
|
ciptaan manusia
|
alat, jentera,
bahan mentah
|
bunga / faedah
|
Usahawan
|
m’gabung faktor
|
menanggung risiko
|
pemimpin,
perancang, penyelaras
|
untung
|
Perbandingan Kumpulan Barang
Ciri
|
Barang Ekonomi
|
Barang Percuma
|
Barang Awam
|
Penawaran
|
terhad
|
tidak terhad
|
terhad
|
Bayaran (harga)
|
ada
|
tiada
|
tiada
|
Kos Lepas
|
ada
|
tiada
|
ada
|
Pengecualian
|
ada
|
tiada
|
tiada
|
Contoh
|
makanan, pakaian
| udara, cahaya, hujan | jalan raya, sekolah |
penyedia
|
swasta
| anugerah alam | kerajaan |
Penawaran = jumlah kuantiti keluaran sesuatu barang
Harga = perbelanjaan / caj yang ditanggung oleh seseorang untuk memperoleh barang dan perkhidmatan
Kos Lepas = pilihan kedua terbaik yang terpaksa dikorbankan untuk penggunaan pilihan pertama
Pengecualian = tidak dapat menghalang sesiapa daripada menggunakannya, tidak bersaing
Barang ekonomi boleh dibahagikan kepada barang pengguna, barang modal dan barang perantaraan.
(a) barang pengguna / akhir memberikan kepuasan langsung. Contoh: barang tahan lama, tidak tahan lama
(b) barang modal = digunakan untuk pengeluaran barang lain. Contoh: mesin dan peralatan pejabat
(c) barang perantaraan = digunakan sebagai input (bahan mentah) untuk pengeluaran barang lain. Contoh: tepung.
Barang awam disediakan oleh kerajaan menerusi pembiayaan hasil cukai. Barang awam ialah satu alat agihan semula kekayaan negara dan memenuhi fungsi tunggal kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan. Contoh barang awam ialah rumah api, jalan raya, hospital, sekolah dan taman rekreasi.
Barang persendirian dibiayai oleh individu, serta tertaktuk kepada prinsip pengecualian. Maknanya, sama ada perlu membayar, atau mendapat persetujuan pemilik sebelum boleh menggunakannya. Contoh: kenderaan, buku teks.
Penutup
Perbincangan tentang sumber dan kehendak di atas akan diteruskan dengan perincian masalah asas ekonomi. Masalah kekurangan, pilihan (proses membuat keputusan ekonomi) dan kos lepas akan dilanjutkan kepada 3 masalah asas ekonomi, iaitu:
a) apakah dan berapakah }
b) bagaimanakah } barang yang hendak dikeluarkan?
c) untuk siapakah }
3 comments:
cikgu, im suganisha here ( LSA 2). ini rumusan untuk bab 1 ??
assalamualaikum cikgu.. ada satu soalan yang tidak dapat saya jawab.. soalannnya berbunyi begini 2. Untuk melariskan jualan, sesetengah penjual memberikan ‘barangan percuma’ jika membeli sesuatu barangan tertentu. Adakah barangan yang diberikan secara percuma ini ádalah barang percuma daripada segi ekonomi. Berikan alasan anda. mohon cikgu bagi pendapat mengenai soalan diatas..dan jawapan yang patut saya jawab...
W.salam,
barangkali sudah pun siap jawapannya. barang sampel walaupun percuma bukanlah barang percuma menurut perspektif ekonomi. penawaran barang sampel bersifat terhad dan pada ketika promosi sahaja ...
Post a Comment