Sunday, January 16, 2011
INTERLOK: KELUARGA MANIAM (THE FACTS OF HISTORY)
Pengenalan
Dalam Buku 1 (Keluarga Seman), ada dikisahkan tentang kelemahan masyarakat Melayu dahulu yang masih mempercayai bomoh. Buku 2 tentang Keluarga Cing Huat juga turut memaparkan pergaduhan antara puak Hakka dan Hokkien di tanah leluhur (nenek moyang) mereka tidak dilanjutkan apabila mereka berhijrah ke "Rantau Selatan". Justeru, apabila Buku 3 menyelitkan tentang perbezaan kasta yang berlaku di tempat asal Maniam tidak lagi berlanjutan kerana hampir semua yang berhijrah sama darjat terbawah, tiada halangan bagi mereka untuk bercampur gaul dan bersentuhan kulit.
Watak dan Perwatakan
Maniam: berasal dari Kerala, India. Berhutang dengan Pillay, serta terpaksa meninggalkan isteri untuk mencuba nasib di rantau selatan. Bermula sebagai kuli kebun, akhirnya menjadi tandil (mandur). Berkahwin pula dengan Malini, anak Perumal. Akibat fitnah, Maniam terpisah dengan Malini dan tidak pernah kembali untuk melihat anaknya, Ramakrishnan. Dua kali diselamatkan daripada cubaan bunuh, iaitu daripada pertolongan Seman ketika diserang dua orang yang tidak dikenali, dan kali kedua ditolong oleh Poh Eng ketika dia hendak ditembak oleh Suppiah. Bertemu buat pertama kali dengan anaknya secara kebetulan ketika ditahan oleh pihak Jepun di balai polis.
Malini: Pulih daripada kekecewaan setelah bertemu Maniam. Anak dan isteri yang taat. Enggan mempercayai fitnah yang disebarkan oleh Mariamma dan Suppiah. Meninggal dunia sebelum sempat bertemu dengan Maniam semula.
Perumal: Tandil di perkebunan syaitan putih. Tegas dalam pendirian, tetapi mudah lembut hati.
Inspektor Ramakrishnan: pegawai penyiasat polis berlainan zaman penjajahan. Berjaya menumpaskan ketumbukan komunis yang bergerak di hutan.
Suppiah: Penjahat yang lari dari India, tetapi terus membuat onar untuk mendapatkan kedudukan dan pengaruh. Kemudia menghilang, lalu menggatai pasukan komunis. Ketika cuba menembak Maniam, dia rebah akibat bidikan tepat Poh Eng.
Mariamma: Janda, 40-an. Suka mengumpat dan memfitnah, serta bersekongkol dengan Suppiah.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment