Nilai: Kejujuran
Persoalan: Kejujuran dalam komunikasi
2 Dr Zawawi yang pendiam tiba-tiba memulakan usik-mengusik tentang aroma dan keenakan daging rusa panggang yang dihidangkan kepada warga Desa Karpus. Dr Zawawi hendak menyakat Amira dan JC, tetapi akhirnya dia sendiri yang terkena.
Watak: Dr Zawawi
Perwatakan: Pendiam / kelakar / suka bercanda
Latar masyarakat: Masyarakat yang pendiam / kelakar / suka bercanda
Nilai: Berhati-hati (merujuk sifat pendiam)
Persoalan: Berhati-hati dalam komunikasi
Pengajaran: Kita hendaklah berhati-hati dalam komunikasi
3 Dr Zawawi cuba menenangkan kegelisahan peserta perkhemahan tentang bunyi pelik dan bau keretek semasa berkawal pada waktu malam. Dr Zawawi membuat andaian Pak Lias yang menghisap keretek itu (walhal perbuatan Tau - bab kemudian).
Watak: Dr Zawawi
Perwatakan: Bijak / panjang akal
Latar masyarakat: masyarakat yang bijak / panjang akal / masyarakat pensyarah / masyarakat doktor muda
Nilai: Kebijaksanaan
Persoalan: Kebijaksanaan dalam menenangkan suasana yang tidak menentu
Pengajaran: Kita hendaklah bijaksana menenangkan keadaan yang tidak menentu
4 Rusdi, ketua kumpulan peserta ekspedisi berjaya mendesak Profesor Zaidah menerangkan hal sebenar di sebalik peristiwa aneh yang berlaku. Rusdi memang halus pengamatannya kerana dialah yang menjumpai tulang karpus yang menjadi nama kompleks arkeologi mereka.
Watak: Rusdi
Perwatakan: Teliti
Latar masyarakat: Masyarakat yang teliti
Nilai: Ketelitian
Persoalan: Ketelitian dalam melaksanakan tugasan
Pengajaran: Kita hendaklah teliti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
5 Profesor Zaidah akhirnya mengalah lalu menerangan kedudukan sebenar cabaran yang dihadapi dengan kehadiran pencari emas di sekitar Bukit Mat Raya. Namun, Profesor Zaidah menegaskan bahawa selagi tiada bukti, mereka perlu bertahan menyiapkan kerja cari gali tanpa membuat sebarang tuduhan.
Watak: Profesor Zaidah / pengarah projek arkeologi
Perwatakan: Amanah / Bijak memimpin / bertanggungjawab
Latar masyarakat: Masyarakat yang amanah / bijak memimpin / bertanggungjawab
Nilai: Amanah / berkepimpinanan
Persoalan: Amanah dalam menyimpan rahsia / Bertanggungjawab terhadap kumpulan
Pengajaran: Kita hendaklah amanah dalam menyimpan rahsia / bertanggungjawab terhadap kumpulan
No comments:
Post a Comment