SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 14, 2011

TAUBAT DAN TAQWA KEKUATAN UMAT (THE INNER STRENGTHS)

Umat akhir zaman kini menghadapi cabaran getir bagi mempertahankan aqidah, syariat dan akhlaq sebagaimana yang ditinggalkan oleh Baginda Junjungan Rasulullah Salallahu alaihi wasallam. Musuh nyata dan musuh yang tidak nyata sentiasa berhabis-habisan bagi mengheret mereka yang rapuh imannya ke kancah dosa dan noda dengan memberikan justifikasi yang zahirnya amat masuk akal. Iblis dan syaitan tidak pernah berputus asa bagi menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran.

Lantaran itu, peringatan Ibnu Mas'ud radiallahu anhu bahawa seseorang yang beriman perlu segera bertaubat setiap kali melakukan kesalahan, mengukuhkan taqwa, mendasari tindakan dengan ilmu, serta tidak jemu-jemu belajar sebagai benteng daripada cabaran dalam diri sendiri, dan cabaran persekitaran. Dalam kata lain, seseorang mukmin tidak seyogia menjadi angkuh, ego, sombong dan takbur terhadap pendirian masing-masing. Begitulah inti sari khutbah Jumaat di masjid Solatiah tengah hari tadi.

Seringkali kesalahan berlaku secara tanpa disedari atau tersembunyi bak semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita (tamsilan untuk syirik khafi). Sebab itulah amalan taubat ialah rutin para nabi dan rasul, serta ulama dan kalangan yang konsisten dalam perjuangan. Taubat bukan sekadar lafaz luaran, bahkan mempunyai disiplin dan tatacara yang tertentu.

Seruan supaya bertaqwa sentiasa diulang-ulang setiap kali khatib berada di mimbar. Pelaksanaan taqwa akan menjadi lebih mudah dalam konteks organisasi umat atau jamaah. Segala perintah Allah akan dipindahkan dalam bentuk tingkah laku masyarakat dan program yang menjana kekuatan umat.

Amalan taubat dan taqwa hanya bersifat signifikan apabila dilaksanakan dengan bimbingan ilmu. Umat hendaklah memanifestasikan ilmu dalam seluruh kehidupan supaya keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan dengan sesungguhnya. Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa amal tanpa ilmu ialah jahil, manakala ilmu tanpa amal ialah majnun (gila).

Akhir sekali, umat hendaklah berpegang kepada konsep belajar sepanjang hayat tidak kira betapa susah sekalipun. Sesebuah masyarakat yang enggan belajar akan terdedah kepada eksploitasi, kezaliman, manipulasi, penindasan dan lemah dalam serba-serbi. Sebaliknya, masyarakat yang rajin belajar akan bertambah maju dan memilik kemuliaan (izzah)...

No comments: